29 Jun 2012

Ikan Bakar Portugis

Masa aku mengandungkan anak sulung pada tahun 2010 dulu, Encik Lee yang terkena alahan, asek pening-pening, mual & muntah. Aku yang mengandung, suami yang alahan, heheehehe.. Bila aku masak ikan bakar Portugis nih, dia cakap sedap sgt, mungkin sebab rasanya masam-masam pedas, sesuai dengan dia yang tengah pening-pening lalat masa tuh. Sbb tu setiap kali aku masak masakan ni, mesti aku teringat pada kenangan Encik Lee alahan masa aku mengandung sulung..

Senang je nak buat ikan bakar Portugis.

1. Mula-mula bersihkan ikan siakap, perap ikan tu dengan garam, gula dan lada sulah sesedap tekak korang. Biarkan seketika.

2. Buatkan sambal tumis cam biasa. Cili kering yang dah dicelur, bawang putih, bawang merah, halia, belacan dan sedikit udang geragau kering dikisar hingga lumat. Sukatan cili tu ikut selera korang la, kalu nak lagi pedas, tambah cili padi. Pastu tumis hingga bau tumisan melekat pada langsir umah korang. Bila tumisan dah agak garing, masukkan sedikit air, bawang besar yang dihiris nipis, buah tomato yang dipotong, air asam jawa, daun limau purut, garam, gula dan bahan perisa secukupnya.


3. Bila sambal tumis dah masak, sediakan pulak acuan ikan. Bentukkan aluminium foil mengikut ukuran ikan tadi. Pastu letakkan beberapa helai daun kunyit yang dah dikoyakkan. Pastu letak sambal tumis atas helaian daun kunyit tadi.


4. Letak ikan yang diperap di atas susunan sambal dan daun kunyit tadi pastu tutup ikan dengan baki sambal tumis dan daun kunyit.



5. Tutup keseluruhan ikan dengan aluminium foil. Pastu buatkan lubang pada bahagian atas supaya ikan cepat masak. Masukkan dalam oven yang panas pada suhu 150 darjah celcius selama 45 minit atau hingga ikan masak.



6. Masa nak makan nanti perahkan asam limau, wallaaa yummy mummyy !!!.. Hasilnya :




Aglio Olio Spaghetti (i)

9 Jun (Sabtu) - tetiba anggota badan terasa amat rajin nk masak spageti Aglio Olio.. Google resepi sana sini so terhasil la masakan yang di idamkan. Kpd yg tk prnh masak masakan tuh, kt bwh ni aku sediakan resepi..

1. Mula-mula tumiskan bawang putih guna minyak zaitun. Klo tkde minyak zaitun, minyak masak biasa pong buley janji bukan minyak diesel. (Peringatan : jgn kutuk kuali aku oke !!)Bila dh harum wangi semerbak satu rumah, masukkan seafood. Tp aku campur isi daging ayam skit. Bila Lauk pauk dh agak masak & mengeluarkan air, cepat-cepat masukkan garam, gula & serbuk perasa sesedap tekak korang.


2.  Then masukkan spageti yang dh direbus tadi. Aku dpt satu tip drpd aziejaya.blogspot.com, rebus spageti dlm air mendidih yang dibubuh garam dan minyak, baru la sedap spageti, lemak-lemak masin gitu. Tima kasih kak sbb share tip berkenaan.


3. Bila spageti dh mesra dengan lauk & bahan perasa tadi, masukkan plk sayur. Terpulang la nk pakai sayur apa, aku guna capsicum merah dgn button mushroom dlm tin.


4. Akhir sekali, masukkan Italian Herb. Aku suka buh banyak-banyak, rasa sedap sgt.. Bila dah masukkan Italian Herb tu terus padamkan api, tk perlu kacau lama-lama atas api.


5. Hasilnya : 




28 Jun 2012

Mum's Place Restaurant

28 Jun 2012 - Kul 12 lebih dpt call drpd Hanan, ajak makan kt Jaring. Then Hanan jemput aku kt lobi opis. dkt simpang keluar bgnn opis, Hanan dpt call drpd our big bos, Abg Nizam, nk ajak kitorg makan, tp Abg Nizam tk ckp kt mana, surprise la kekdahnye kot.. Hahahaha...

Akhirnya smp kt Damansara Perdana, baru tau tmpt makan yang kekonon rahsia itu, Mum's Place.. Interior design restoran tu ala Bali.. A few minutes later, Wany plk sampai.. Jom tgk ape yg kitorg bereempat makan arini :

Motif snap gmbr air kosong ..?? Saje nk tunjuk bahawa kitorg hanya minum air kosong saje, tkde order minuman lain.. heheeheh

Nasik putih pn nk snap ker..? Suka ati lar.. hahahahaha !!

Chicken Pong Teh with Sauce

Daun Keledek Goreng Belacan

Tomyam Seafood yang mantopss !!

Fried Jenahak Fish with Mum's Special Belacan Paste

ABC yang mewah dgn jagung !!


Banana Flitters with Vanilla Ice-Cream, feberet Wany..



Satu elemen yang sangat menarik pada aku tentang restoran ni adalah banyak sgt sign yang kelakar ditepek serata dinding premis, termasuk la dinding dalam toilet nya. Antara sign yg menarik nye : "Notice : Price Subject To Change According To Customer's Attitude".. hahahahha.. Tima kasey byk Abg Nizam sbb blanje kitorg mamam. Utk maklumat lebih lanjut tentang restoren ni, korang blh rujuk kt sini : Mum's Place.

24 Jun 2012

Takoyaki & Okonomiyaki @ The Mines

17 June 2012 - Sempena Hari Bapa arini, aku nk belanje Encik Lee dan anak-anak makan takoyaki dan okonomiyaki kt The Mines. Aku plan nk bwk dorang makan kt Plaza Masalam tmpt yg Hanan bwk aku mkn dlu. Bile google, rupanya kt The Mines pn ada jgk, lg dekat ngn umah aku. Sesapa yang gile makan makanan jepun kompom tau ape itu takoyaki & oknomiyaki. Kalu tk tau, sila google, aku malas nak explain.. heheheeheh !!

Senang je nk carik gerai makanan jepun ni. Ground floor betul-betul tepi escalator.

 Takoyaki in the making... Saiznya dua kali ganda drpd Jusco punya, mmg betul-betul besar..

 Tiga superheroku yang berpakaian tema hijau aritu tu sedang menanti ketibaan makanan

 Yey takoyaki dh smp !! Aku pilih takoyaki udang, satu set RM4.90 ada 4 ketul takoyaki yg sgt tembam saiznya.

Ibu tengah snap gmbr, abg Afieq dok hulur garfu usha takoyaki tersebut..

Encik Lee dan anak sulung nye tgh khusyuk mengerjakan takoyaki udang

Adik pun tk ketinggalan merasa keenakan takoyaki tuh..

Dapur tempat penyediaan takoyaki terletak betul-betul depan meja makan, jadi aku berkesempatan ambik gambar step-by-step cara memasak takoyaki.


 1. Adunan tepung dituang ke dalam acuan yang panas.

 2. Masukkan inti yang dihendaki customer cth : udang ke crabstick ke...

3. Pastu akak tu taburkan udang geragau kering, tu yg sedap tuh !!

 4. Kobis yang dihiris halus ditabur plk diatas lapisan udang tadi tu.

5. Adunan tepung dituangkan lagi sekali sehingga menutupi
keseluruhan adunan dan segala inti tadi.

6. Dengan menggunakan sepasang kayu kecik, akak tu golekkan adunan menjadik bulat. Aku ada rekod video tp tk blh nk upload sbb size besar sgt. Mmg aku kagom dan terkasima ngn kehebatan akak tu.. Tabik spring katil oke !!

 Bila dh abih makan takoyaki, akhirnya oknomiyaki chicken sausage with cheese tiba. tapi dek kerana hero-hero kecikku melasak tak hengat, Encik Lee  suh akak kedai bungkuskan dan makan kat umah jer... Satu hidangan okonomiyaki ni harganya RM8.80, cukup utk makan dua org.

Dan sblm balik sempat aku suh akak kedai bungkuskan lagi satu set takoyaki udang... Wat to do, perut stokin la katakan...

Tak sesia datang makan takoyaki dan oknomiyaki kt The Mines nih, mmg mabeles dan memenuhi selera tekak gajahku.. mmg sedap, trust me !!.. Bkn aku sorg je ckp cmtuh, baca review kt internet pn cakap benda yang sama. Tapi tempat makannya amat la terhad, kitorg aritu pn terpaksa tunggu bangku kosong beberapa minit sambil berdiri tepi dinding, seb baik berbaloi penantian itu. Okonomiyaki yang kitorg tapau tu tetap sedap walaupun dh sejuk. Lenkali kompom aku akan datang lg !! Yummy Mummy !!

21 Jun 2012

Takoyaki @ Jusco Cheras Selatan

4 June 2012 (Isnin), sebelah petang ada urusan kt JANM Putrajaya. Abih keje kt Putrajaya, terus blk umh, setengah jam dh smp umh. Singgah Pjbt Pos Mini dlm bgnn Jusco Cheras Selatan utk pos barang baek punye kt anak sedara aku. Jusco ni jaraknya cuma 15 minit je drpd umh aku, so klo nk dtg shoping ke, tgk movie ker, dkt je la..

Aritu ada terpandang gerai jual takoyaki kt dlm Jusco nih. Selama ni tk perasan pong kewujudannye. So arini nk try rasa la takoyaki kt sini plk. Ni kali kedua aku makan tako. Kali pertama 3 Feb lps kt Plaza Masalam, opkoz la Ratu Jepun opisku yg blanje, Hanan.








Bagi aku rasa nye agak mengecewakan, tk sedap berbanding ngn kt Plaza Masalam punye.. Aku makan skit jerk, selebihnya Afieq yg habiskan.. nasib baik tekak dia blh terima makanan-makanan cm nih... From now on, aku tknk beli dh takoyaki kt Jusco Cheras Selatan... Aku tunjuk gmbr ni kt Hanan, dia ckp "tgk pong dh tau tk sedap"... hahaahaha