28 Jun 2013

Labu Sira Klate Style



Arini nk share resepi sira labu atau mat salleh sebut caramelised pumpkin (oh my english !!). Orang klate mesti kenal makanan ni. Ada jugak dihidangkan di majlis kawen sebagai dessert. Senang sangat nak buat.. Kesian anak-anak bangun tido petang mesti lapar kan, takkan nak bagi makan nasi pulak petang-petang cmtuh, kang malam nanti dorang dah tak nak makan nasik pulak.



Bahan-bahan :

Labu kuning 
Kapur makan
Gula melaka (lagi banyak lagi bagus supaya warna labu bertambah cantik)
Gula Kasar (ikut kemanisan yang korang nak)
Air (ikut banyak mana kuah yang korang nak)
Daun Pandan

Cara Buat :

1. Kupas kulit labu, potong ikut bentuk korang suka, bersihkan dan rendamkan dalam air kapur selama 2,3 jam.Tujuannye supaya labu tadi keras, sebab nak masak nanti takot senang hancur.

2. Panaskan air, masukkan gula melaka, gula kasar dan daun pandan. Biarkan mendidih dan pekat, baru masukkan labu.

3. Bila labu dah empuk, angkat dan simpan dalam peti sejuk. Makan bila sejuk sangat le yummy mummy !!!




27 Jun 2013

Red Velvet Cuppies Percuma

Ari Selasa aku kluar opis awal, kebetulan sekarang takde keje urgent, so boleh la kluar awal. Tapi tak boleh buat selalu, kang customer bising kat kompeni aku pulak.. Pepandai la nak hidup kan.. Pukul 3.30 petang aku cakap kat budak opis ni aku nak gi JPM, diorang ingat aku nak gi configure server kat sana kot, padahal aku nak gi jumpa kawan aku, Sally...


Sally ni aku kenal melalui satu forum, pastu sambung beramas mesra di FB, tetiba jadik kamceng, mungkin sebab masing-masing otak tak berapa nak ok sangat kot.. Hihihihih... Dapat mesej daripada dia, bagitau nak bagi kek kat aku. Minggu lepas dia dapat tempahan red velvet cupcakes, dia buat banyak, so balance yang ada dia nak bagi aku sikit. Aku langsung tak bajet dia akan bagi sekotak besar cupcakes 12 ketul, ingatkan seketul dua jerk.. Huwaaaaaa, gile terharu, dah la free !!!!




Balik umah cepat-cepat wat sesi photography ngan kek ni. Aku makan kek sambil menangis sebab ni first time makan red velvet, gile jakun ok orang lain dah berkurun dah makan. Sedap rupanye red velvet cake ni yerk, dah la topping best, campuran creamcheese, fresh cream ngan lemon. Memang terbaik la... Sally memang selalu dapat tempahan kek dan kuih. Sesapa nak tempah kek  ngan dia, boleh call nombor ni 012-2110329.  Dia ada wat delivery sekitar Putrajaya. Boleh tengok blog dia kat SINI dan fb dia Sally Rashid



Terima kasih Kak Sally.. Aku doakan rezeki ko bertambah murah dan dapat banyak tempahan kek berganda-ganda pasni.. Sayang ko !!....



24 Jun 2013

Rezeki Di Malam Nisyfu Syaaban

Malam tadi tengah syok dok survey harga barang dapo kat Tesco Kajang, tetiba dapat call daripada jiran yang dok tingkat bawah rumah aku. Dia call sebab nak offer katil dua tingkat anak dia. Aku trus cakap NAK. Barang FOC kan sape taknak.

Aku sampai je kat parking umah, tengok-tengok jiran aku dah siap bukak katil tu satu per satu. Aku cakap kat dia yang kitorang nak bawak naik barang dulu baru turun semula. Sampai atas umah, Mr.Lee sibuk nak tengok rancangan Bintang Mencari Bintang pulak, maklum la nak tengok orang klate perform.

Tetiba dengar orang ketuk pintu. Rupa-rupanye jiran kitorang dah angkut kayu-kayu katil tu naik ke tingkat 3 umah kitorang.. Huwaaaa, dah la kasik free, siap angkut wat naik lagi.. Terharu gile wey !! Laki jiran aku pesan kalu nak pasang katil nanti ajak dia.



Mr.Lee kan keje dalam bidang construction, so dia pandai la pasang sendiri katil tuh. Segan la nak mintak laki jiran tu tolong pasang. Aku tolong pegangkan kayu tu jer.. Pasang skru semua tu Mr.Lee buat.. Bising gile la umah kitorang malam tadi bunyik papan jatuh terhempas ke lantai la, bunyik Mr.Lee gerudi skru la.. hahaahaha !!



Mencabar keimanan sungguh bila anak-anak pun sibuk nak "menolong"....



Setelah sejam berpeluh satu badan, akhirnya katil dua tingkat ni selamat dipasang. Tapi tak boleh tido lagi sebab belum ada tilam.


Minggu lepas aku mimpi mengandung.. Nerves gile dah aku.. huhuhhu.. Opismate cakap tu tandanya murah rezeki. Rupanya rezeki nak dapat katil free.. Masih dalam keadaan elok lagi. Baru setahun pakai.. Jiran kasik sebab dia cakap umah dia tak cukup ruang kalu sedara-mara datang, ye la, umah kitorang kan apartment jer. Dulu aku pernah keje satu opis ngan jiran aku ni, walaupun dia Chinese tapi dia sangat pemurah ngan aku. Mungkin sebab tu la rezeki dia pun bertambah murah, awal bulan ni dia dah tukar kereta baru dah.... Thanks a lot Miss Chua, i doakan u bertambah ong lepas ni oke...



19 Jun 2013

1st Wordless Wednesday

First time aku buat wordless wednesday.. hihihhih... Jom layan gambar budak tido berdiri lepas penat main air kat kolam Precint 9, Putrajaya...




Have a lovely Wednesday ok.. babai....

17 Jun 2013

Dikir Barat, Taman Budaya

Ahad minggu lepas, bukan Ahad semalam yerk, kitorang gi tengok persembahan dikir barat di Taman Budaya KL.. Sebbaik FB Page Kelantan FA dok sakan promote, kalu tak, kitorang takkan tau pasal dikir barat nih.

Lepas bawak anak-anak berendam kat kolam precint 9 Putrajaya, balik umah tukar baju trus menghala ke KL.. Jarang sesangat kitorang masuk KL time weekend camni. Siap on GPS carik lokasi Taman Budaya tuh.. Wahahaahah !!



Tiket masuk RM10 jerk. Dah sampai Taman Budaya, terkial-kial pulak carik pintu masuk. Sebbaik jumpa sorang awek, dia la tunjuk pintu masuk kat mana.. Tak ramai pun penonton, mungkin sebab tak ramai yang aware dengan promotion yang FB Page Kelantan FA buat.














First time aku tengok dikir barat live depan mata camni, selama ni tengok kot tv jerk. Sebelum ni aku langsung tak minat dengar dikir barat walaupun aku orang kelantan, tak tau nape jadik gitu.. Overall sangat puas ati ngan persembahan dorang. sound system pun superb ! Rasa macam bayaran RM10 tadi tu sangat murah berbanding dengan kualiti persembahan dorang yang mantap ni.. Lagu-lagu yang dinyanyikan kebanyakannya diambil daripada album The Red Warrior, trus aku menggelupor tak sabar nak gi tengok final bola klate lawan Johor ujung bulan nanti. 

Lenkali kalu ada persembahan dikir barat lain, kompom aku takkan lepaskan peluang gi tengok lagi. 


14 Jun 2013

Carl's Jr. @ Sunway Pyramid

Entri pasal makanan. Saje post pukul 4 petang lebih supaya perut rasa bergelora kelaparan..

Minggu lepas aku balik opis aku kat PJ sebab nak hantar monthly claim aku dan tukar laptop lain sebab laptop yang aku guna sekarang dah kong terus. Betapa hard core nya aku keje sampaikan laptop boleh rosak walaupun aku kuat mengular.. hihihih... Sebbaik laptop kepunyaan kompeni, rosak je trus tukar yang lain. Laptop yang baru ni lagi besar, lagi syok la nak layan movie time lunch hour....

Tetiba dapat call daripada bos aku ajak temankan dia gi repair Ipad kat Sunway Pyramid yang sekangkang kera je daripada opis tuh.

Lepas dah settle bab Ipad, boos ajak aku makan kat Mc Donalds. Tetiba dia nampak signboard Carl's Jr trus ajak aku makan kat situ. Aku tak pernah makan situ, kang tercangang tak tau nak makan ape plak. Bos aku cakap Carl's Jr ni sama je cam Mc D tuh.. So aku ikut jerk, bila lagi nak pow bos kan.. 

Konsep nya cam fastfood restaurant lain la, order sendiri...

Yang lain daripada lain ialah kitorang kena amik air sendiri, boleh refill air tu sampai pecah perut. So aku sajeskan supaya korang amik Small Set saje, sebab air boleh refill..Aku aritu 2 kali amik air, 1st air 7Up, 2nd aku amik air F&N Grape pulok...

Aku cakap "Bos, salad ni kite tak boleh amik ke ?. Bos aku replied "tu bukan salad la, tu sos salsa. Kalu nak makan kena campur sos dengan semua sayuran tuh".. Oooo tu sos salsa ke ? Zura orang kampung jerk, kenal kicap ngan budu jer, sobb sobb... 

Meja kami

Dekorasi, lengang jer sebab belum lunch hour..

Fries dia tak boleh lawan kesedapan dan kemantapan Mc D punyer

Besar gile saiz berger dia. Tapak tangan aku pun tak boleh cover kebesaran dia.. 

Teriyaki Combo Burger aku punye

Special sikit sebab ada satu slice nenas. Daging grill dia tu tebal dan lembut. Roti dia pun best.

Sos teriyaki dia tak terasa mana (ke aku yang tak tau beza sos teriyaki?), so aku tambahkan sos salsa dan blackpepper atas burger tuh. 

Bos aku punye, Portobello Mushroom Combo Burger.. Masa nak amik gambar ni lens camera telefon aku kena minyak, tu yang gambar jadik berkilau camni...


Total damage aritu RM48.75 termasuk goverment tax, so harga kat Carl's Jr ni agak pricey bagi aku. Sebbaik bos belanja, pasni kompom tak masuk lagi dah kat restoren ni.. Hihihih.. Tima kasey Bos..


12 Jun 2013

Spageti Tomyam ZuraLee




Arini aku nak share resepi spageti tomyam. Sekali tengok gambar-gambar ni semua kompom korang kata ni spageti bolognaise kan...hihhihih... Dulu opismate wasap gambar spageti tomyam dia beli kat kafe bawah opis, aku ingatkan spageti berkuah tomyam, tapi spageti mcm bolognaise tapi rasa tomyam.

So aku buat la satu. Aku main bedal je ramuan semua, tapi alhamdulillah sedap...



Bahan-bahan :

- Daging kisar atau seafood atau kedua-dua sekali
- bawang besar ngan bawang putih dicincang halus
- minyak zaitun
- perencah tomyam
- sayuran cam cendawan butang dalam tin, capsicum, jagung muda, cilipadi, serai dan daun limau purut
- garam dan serbuk stok ayam
- sedikit air perahan limau / air asam jawa
- sedikit air kosong
- spageti / fettucine yang telah direbus, gaulkan dengan minyak zaitun untuk mengelakkan ia kering

Cara masak :

- Tumis bawang besar dan bawang putih dengan minyak zaitun.
- Masukkan daging kisar
- Masukkan sedikit sahaja air, pastu masukkan perencah tomyam.  Untuk enhance lagi rasa tomyam, masukkan cilipadi, serai yang diketuk, daun limau purut dan air perahan limau / air asam jawa.
-Bila dah mendidih, masukkan cendawan butang, jagung muda dan capsicum dan bahan perasan.
- Bila kuah dah agak pekat, boleh angkat dan curahkan kuah ke atas spageti tadi..

Senang sangat nak buat kan.. Campak-campak jerk... Sedap sgt, pedas-pedas masam gitu.. Aku prefer yang ni berbanding bolognaise sebab bolognaise tu masam-masam tomato buat aku rasa muak sangat...




Selamat mencuba... Yummy mummy !!

10 Jun 2013

Sabah - Pantai Tanjung Aru

Entri Sebelum : Monsopiad Cultural Village


Singgah isi minyak kete dekat Pekan Putatan. Sepanjang 4 hari di Sabah ni jumlah minyak kitorang isi hanyalah RM70, padahal dok merayap merata-rata 1/3 negeri Sabah dah aku rasa..


 Memandangkan epot terletak dekat Tanjung Aru, so aku masukkan Pantai Tanjung Aru kat dalam itinerary nih. Lepak kat pantai adalah aktiviti terakhir kitorang kat Negeri Di Bawah Bayu nih...


 Pantai Tanjung Aru ni terbahagi kepada dua, First Beach dan Second Beach. 

 Cantik betul pantai ni. Semua pantai di Sabah memang cantik..


 Masa jer entrance pantai, trus nampak SugarBun. Trus aku ajak Mr.Lee makan kat situ sebab aku masih teringatkan kesedapan SugarBun dekat LIMBANG Sarawak dulu. Padahal ikutkan itinerary aku, kitorang sepatutnya makan kat foodcourt pantai, tapi tak jumpa pulak mana foodcourt tuh. Restoren ni takde sinki, tapi kena cuci tangan guna jag macam kat kenduri kawen tuh..


 Sama macam kat Limbang dulu, aku order nasi dan ayam goreng. Nasi kat SugarBun Tanjung Aru ni lembik, langsung tak sedap macam kat LIMBANG dulu. Frust gile aku.. Makan jugak la sebab lapar, sambil suap sambil membebel. Lenkali kalau datang KK lagi memang takkan datang makan sini dah..


 Mr.Lee cakap "air tin kacang soya pun nak amik gambar jugak ke ibu..?"


Set nasi dan talapia Mr.Lee punya. Ikan tu besar, digoreng garing panas-panas lagi.. Sedap..


 Lepas makan cepat-cepat gi main air pantai. Masa ni afieq dah bangun dah. Tadi masa kitorang makan, dia tengah sedap tido dalam keter.


Rupa-rupanya foodcourt yang femes tu letaknya kat hujung pantai sebelah kiri gambar ni. Patut la mula-mula masuk tak jumpa, kena drive ke dalam sikit rupanya. 


 Pasirnya putih bersih. Lagi halus daripada pasir PULAU MANUKAN tu.







Dah puas lepak kat pantai tuh, terus mandikan anak-anak kat tempat mandi yang disediakan sebelah SugarBun tadi. Kena bayar RM0.50 sorang untuk mandi kat situ.

Pukul 5 lebih pulangkan kete pada Encik Shahril kat depan epot. Maaf ya kitorang tak sempat nak kemas kete tuh.. Bersepah ngan cikedis anak-anak.. Ada kejadian sadis masa nak drop luggage. Kalau nak drop luggage kena ada boarding pass kan. Aku dah buat web check-in sesiap kat KL, tapi tak print boarding pass konon nk datang print kat epot KK. Rupa-rupanya bila dah buat web check-in WAJIB print siap-siap boarding pass tuh. Kalau tak, nanti kena print kat ofis Air Asia dan dorang akan caj RM2 per person dalam boarding pass tuh. Tak pasal-pasal melayang RM8.. Sebbaik masa nak datang KK aku dah print boarding pass kat opis.

Pukul 8 malam, kapatebang membawa kitorang pulang KL dengan selamatnya. Aku tido lena sepanjang flight tuh, penat gile kot.

Berakhir sudah percutian kitorang di Sabah. Total segala perbelanjaan sepanjang 4 hari 3 malam adalah tak lebih daripada RM1400. Masa kat sana aritu aku catatkan segala benda yang kitorang beli, even beli cikedis anak-anak pun aku catat jugak.. Sampai sekarang aku still simpan nota perbelanjaan kitorang tuh.. Semoga ada rezeki lagi untuk kitorang datang ke KK lagi.. Ameen...

Entri Berkaitan Percutian Di Sabah boleh refer kat sini ye :