12 November 2013 genap 4 tahun 11 bulan aku berkhidmat dengan kompeni nih... Sepanjang hampir 5 tahun ni macam-macam
yang aku belajar dan lalui.
Dekat kompeni ni,
kitorang dilatih untuk jadik multitask system engineer, bermakna bukan fokus kepada
satu jobscope saje, tapi kena buat macam-macam kerja.. Aku bukan setakat buat
project management, tapi aku turut terlibat dengan technical activity.
Technical activity tu takde la
yang hard core sangat pun, setakat gi buat network maintenance untuk beberapa
jabatan kerajaan di Putrajaya je, tapi awal tahun 2012 pernah la jugak buat network
maintenance kat beberapa cawangan Jabatan Akauntan Negara kat Sarawak dan Sabah. Kalu bahagian teknikal
yang susah-susah tu senior engineer lain buatkan.. hihihhi..
Sebab terlibat dengan network
maintenance untuk beberapa cawangan Jabatan Akauntan Negara, aku berpeluang menjejakkan kaki ke tempat-tempat yang aku tak
pernah terfikir akan sampai ke sana. Korang boleh klik pada gambar untuk cerita
lanjut.
Limbang, Sarawak - April 2012
Kuching, Sarawak - Mei 2012
Sri Aman, Sarawak - Mei 2012
Miri, Sarawak - Mei 2012
Limbang, Sarawak - Mei 2012
Labuan, Sabah - Mei 2012
Stat tahun 2012, kompeni mengalami masalah kewangan. Bila dah ada masalah kewangan tu paham-paham la kan, gaji selalu sangkut..EPF potong kat gaji tapi tak masuk dalam akaun... Aku langsung tak cite kat family aku pasal masalah kompeni. Kang kena maki hamun pulak ngan abang long aku sebab dulu dia tak suka aku keje swasta, dia suh aku jadik cikgu... Susah-susah aku blaja IT dia nak suruh aku jadik cikgu, memang tak hingin la aku...
3hb Oktober 2013 dapat call
daripada satu kompeni suruh datang interview. Berdebar gile babi aku. Sampai
berdenyut-denyut tengkorak aku rasa, kembang kucup kepala otak.. Aku siap google cara nak gi interview
dengan betol, pastu siap wat nota. Kalu ingat balik cam bongok jer, beria buat
preparation dan nerves gile padahal aku bukannye fresh graduate, hahaahah...
Gile hape tak nerves, dah dekat 5 tahun tak gi interview..
Aku siap gi amik gambar passport
baru nak attach kat resume. Kebetulan pulak kedai gambar yang aku pegi tu
memang superb.. Hasil gambarnya memang aku puas ati sangat. Sesungguhnya aku
perasan lawa sangat bila tengok gambar passport aku ni. TQ photographer.. Trus
aku rasa konfiden sikit nak gi interview. Hahahaha !!
8hb Oktober 2013 aku gi
interview. Mr.Lee pesan baca Bismillah banyak kali pastu hembus atas muka orang
yang interview aku. Petua apekah itu Bie !!! Hahahaah !! Dorang cakap akan call
aku dalam masa dua minggu. Pastu senyap jerk.. Aku pun frust, memang takde
rezeki kot, sedih nye......
30hb Oktober 2013 dapat call suh
datang untuk 2nd interview kat kompeni yang sama keesokan harinya. Alhamdulillah aku dapat keje tuh.
Syukur sangat. Rasa macam nak lompat bintang sejauh 10 km.. Kang dorang kansel
pulak nak hire aku...
Hari ni hari terakhir aku di
kompeni yang banyak berjasa pada aku selama dekat 5 tahun. Sedih sangat nak
tinggalkan kompeni ni.. Aku seronok sangat keje kat kompeni ni.. Team yang sangat best, kepala gile dan happening.... Bos department
yang sangat kamceng ngan budak-budak dia.. waktu kerja yang fleksibel, boleh gi
keje lambat, balik keje awal... kalu nak cuti boleh kawtim je ngan bos, dah
balik daripada cuti tu baru isi leave form & submit ke HR... Tapi tu la, disebabkan masalah kewangan kompeni, dah ramai staff yang beralih arah, aku pun ada matlamat sendiri, sampai bila nak stay
kat sini lagi kan, everything needs money..
Engineering Team dalam kenangan... Colmar Tropicale, Bukit Tinggi 2009..
Dah ramai dah yang blah, tinggal 5,6 orang je sekarang.
Terima kasih kepada bosses dan Engineering team yang banyak bagi tunjuk ajar...
Terima kasih untuk persahabatan yang terjalin...
Terima kasih untuk segala kenangan sepanjang 5 tahun ni....
Tengah kemas barang kat meja opis terjumpa nota ni.. Aku nangis sorang-sorang lepas baca...
Tuhan je yang tau betapa beratnya kaki aku nak melangkah pergi... Ya Allah, permudahkanlah urusan ku. Semoga pekerjaan baru ni menjanjikan kehidupan yang lebih bermakna buat aku sekeluarga.. Amin..
P/S : Pasni makin jarang la aku update blog, wat sementara waktu ni wajib lah fokus pada kerjaya dulu, pekerja baru masuk la katakan.. hihihhihih....