Mak oiii dah lama sesangat dah tak update blog nih.. Tima kasey banyak pada blogger-blogger yang chantek jelita gagah perkasa yang tak putus-putus jengah blog nih.. Korang memang terbaekk...Nanti aku blogwalking blog korang pulak yerk..
Ni aku nak mengimbas kembali cerita Rabu minggu lepas. 9hb (khamis) & 10hb (jumaat) aku cuti sebab pengasuh terpaksa balik kampung mertua dia meninggal. So aku declare work from home je la ngan bos.. Sabtu & Ahad dah wiken kan...Pastu Isnin ngan Selasa aku sekali lagi declare work from home. Sesedap hati aku je kan wat camtu macam itu kompeni arwah bapak aku plak.. So di pagi Rabu yang mulia, aku penuh semangat nak gi keje.
Tengah sedap drive tetiba radio mati ngan sendiri. Lantak situ la.. Melepasi stesen komuter Serdang, aku rasa kereta makin slow pulak, so aku tukar gear rendah sikit kot-kot aku silap masuk gear tadi. Aku pun terpandang kat dashboard, jam kereta dah mati. Aku rasa tak sedap ati. Aku try naikkan tingkap tak boleh. Terus aku call Mr.Lee. Dia suruh aku u-turn balik umah. Masuk je simpang kiri depan Uniten menghala ke Putrajaya kereta makin slow, trus aku wat u-turn dan berhenti bawah flyover. Tak sempat brek kereta trus mati. Huwaaa..Nasib baik mati bawah flyover, kalu kat tepi jalan yang panas berdenting tu kompom tiak basah lencun macam pili bomba bocor....
Mr.Lee cakap dia akan gi kat tempat aku tu. Nasib baik la Mr.Lee ada kat
sini masa kejadian ni berlaku. Dibuatnya dia tengah otstesen, tak ke
meroyan aku tak tau ape nak buat. So aku lepak-lepak la dalam kereta
sambil layan video Fyn Jamal menangis dapat bungkusan belacan dari
Malaysia. Tengah syok-syok layan youtube, tetiba peronda Lebuhraya
datang. Dia ingat aku sesaje kot nak lepak kat tepi highway camni, dia
suruh aku start kete bile aku cakap kete ni rosak. Bila dah terbukti tak
boleh start, baru dia tanye sapa akan datang, bla..bla..bla...
Tak lama pastu Mr.Lee sampai ngan budak-budak dia. Dia jump start bateri kete tetap taknak idup jugak.
Pastu kitorang try call Smart Access service supaya hantar tow truck tarik kete nih. Banyak songeh pulak dah budak yang jawab call tuh. Suruh kitorang bayar cash dulu tow truck tu then claim kat dorang semula. Aku rasa tak puas ati la dah bayar yuran keahlian, ape jadahnya kena bayar sendiri pulak. Budak tu cakap dorang ada masalah akaun. Dia suruh call bos dorang Encik Amri. Aku kol berpuluh kali tak nak jawab pulak.. Ciss !!
Terpaksa la kitorang tinggalkan kete tu tersadai kat bawah jambatan tuh... Mr.Lee hantar aku balik umah.
Dalam pada tu aku still try kol
Encik Amri tadi tuh. Akhirnya dia jawab call. Dia suruh aku bayar sendiri tow
truck tu then claim kat dorang. Hangen la aku, dah la masa tu tengah lapar,
tengah hari buta panas membahang.. Aku pun marah la “elok-elok dah bayar yuran
membership you nak suruh I bayar dulu ? Pastu belum tentu cepat dapat duit
semula kalau buat claim nanti!!".. cam dalam drama pulak. Encik Amri tau
aku dah naik marah terus dia cakap "Ok, ok, nanti saya carikkan tow truck
tuh, puan tak perlu bayar, kos tow truck tu kami yang tanggung". Tak lama
pastu dapat sms daripada kompeni tow truck service bagi nama, no telefon dan
nombor plat tow truck yang akan datang tarik kete.
Sampai je umah tertubi-tubi call daripada bos-bos tanye
keadaan kete aku. Concern nye dorang pada staff yang kaki mengular cam aku ni.
Trus aku insaf rasa tak sabar nak gi keje esok.. Dalam kul 1 lebih Mr.Lee
datang amik aku sebab nak gi tukar sendiri bateri kete tuh.
Sementara tunggu tow truck sampai, aku lepak-lepak borak ngan Mr.Lee sesambil nyanyi lagu Pusara Di Lebuhraya Ekamatra tuh. Sempat lagi aku posing amik gambar kenangan sempena tersadai bawah jambatan tepi highway, kao hado ???
Tak lama pastu tow truck sampai.
Dia ikut kitorang dari belakang. Mr.Lee decide nak try service kat satu bengkel
baru kat Bandar Hussien Onn. 100% milik bumioutera, so apa salahnya tolong sesame
melayu kan.
Dah cek segala, betol la bos aku
cakap alternater yang rosak (betol ke tak aku eja alternater tu?), sebab aku
still drive jugak so keta tarik kuasa bateri sampai bateri kong sekali sampai
tinggal 6 Volt jer. Kena tukar alternater ngan bateri.
Tinggalkan keter tu dalam kul 9.30 malam baru siap. Tukar sekali timing belt sepasang. Total Mr.Lee rabak malam tu RM500. Sebbaik pomen yang repair kete tu orang klate, so dia caj harga spare part je la tolak kos upah. Tima kasey abang Zul.
Ni la Smart Access card yang Mr.Lee buatkan untuk aku. Highly recommended untuk pompuan yang buta kayu tak tau pasal enjin kete cam aku ni. Tow truck untuk tunda kete ke mana-mana saja bengkel pilihan korang, boleh call pomen datang tukarkan tayar kalu pancit kat highway, dan macam-macam lagi bantuan sekiranya tersadai kat highway. Yuran tahunan dia dalam RM300 kot....
12 Juta Kengkawan Dah Komen:
aiii.. muka zura x nmpk sedih or cuak pun keta rosak? hahaha.. bagussss!
Butang : dasar camwhore camtu la... dalam situasi kete rosak pong menten senyum dalam gambar...hihihhi..
hahaha.. ok lea tu.. x lea panik.. klu panik ni mulalea ngelabah x tentu pasal kan.. hih3..
nak tanya, camne nk apply kad smart access tu yea?
takut kan keta tiba2 rosak tambah2 tengah drive sorang...tapi yg penting akak cool je :)
rasa sedih baca pun ada...kelakar pun ada... =)
nasib baik mr lee ada.. kalau aiza yang kena mahu nangis kot..
ALAMAK!! TAKUTLAH..NASIB CIK ABANG ADA..KALU IDAK NAYA AJE TAU!!
Hamboiiihhhh. Sengih manjang jea heh walaupun keta rusak. Haha
aiza singgah sini zura.. semoga kereta dah ok..
terima kasih zura sudi datang balik ke blog aiza.. terharunya.. :D
happy je zura keta tersadai kat situ? hehe..
Post a Comment
Apa yang korang Fikirkan :