4 Jan 2013

Kuala Selangor - Bahagian Keenam

* Bukit Malawati *

Hazabnye nak carik parking kat Bukit Malawati ni. Kitorang decide parking kat tengah pekan, depan Speed Mart, terpaksa menapak sikit la untuk ke Bukit Malawati tuh. Sebelum tu aku singgah 7-E beli ais tambah dlm icebox tadi tuh.




Nak naik ke puncak Bukit Malawati ni kena guna trem kalu hari Sabtu, Ahad dan cuti umum. Tapi kalu hari biasa boleh drive kereta sampai ke atas. Kalu korang bercita-cita nak dapatkan kaki yang ramping cam Tyra Banks korang boleh naik tangga untuk ke puncak, yang tak mungkin aku akan buat..

Tiket trem tu RM5 sorang termasuk bayaran untuk ke Taman Ikan Air Tawar. Ramai betul orang tengah nunggu trem datang. Aku pong join sekali berebut naik trem sampaikan terpijak lopak air yang berselut, padan muka !!


 Makbapak posing sengih gedik, tapi anak-anak wat muka cam baru lepas kena lempang ..



Kat atas Bukit Malawati ni ada beberapa lokasi sejarah, tapi kitorang tak pegi pun kat tempat-tempat tuh, sebabnya MALAS NAK BERJALAN JAUH DAN NAIK TANGGA. Tempat-tempat tu berjauhan antara satu sama lain, so kitorang cuma lepak kat trem drop penumpang je..





Lotong dan monyet dan spesis yang sewaktu dengannya banyak betol kat puncak bukit nih.. Langsung tak takut ngan orang, orang pulak takot ngan dorang.. Ada beberapa orang penjual kacang panjang dan makanan ringan lain untuk bintang-binatang tadi. Aku beli seikat kacang panjang, RM2.00, sikit jer, baik aku beli kat pasar Pasir Penambang je tadi.. Huhuhuhh.. Pakcik penjual kacang tu suruh kitorang berjalan ke depan sikit, lagi banyak lotong kaler hitam dan lagi besar katanye..



 Masa kecik kaler oren, bila dah besor bertukar jadik kaler itam, kagom tak ?


Betul la kata pakcik tuh. So kalu korang nak tengok sendiri lotong hitam tuh, kena berjalan beberapa meter daripada tempat trem drop penumpang tadi ok. Lotong-lotong tu memang mesra alam.. Aku perhatikan dorang cam tak berapa ghairah sangat dah ngan kacang panjang, kalu korang hulur cikedis laju je dorang datang himpit, hamboii demand !!















Bersambung....


3 Juta Kengkawan Dah Komen:

.: iEyLa :. said...

beruk2 ni xmengganas ek kak??
takot plak..

Zura Lee said...

lotong2 ni semuanye mesra alam la.. dorang mmg suka rampas makanan yang kite bawak, tapi dorang tk cederakan kite.. jgn risau..

Alin Marlini said...

lama dah tak msinggah sini...

Post a Comment

Apa yang korang Fikirkan :