21 Feb 2013

Sepetang Berdua Dengan Mr.Lee

Bangun pagi semalam Mr.Lee bagitau malam nanti dia ngan geng dah kena bertolak ke Thailand, keje kat project site sana plak.. Aku pun start bebel la... Nape malam tadi tak cakap awal..? Sempat ke nak renew passport ?... Pejabat imigresen biasanya ramai org, pastu nombor giliran plak ada limit dalam satu hari.. bla bla bla... Mr.Lee diam jerk... hihihhihi

Aku suruh Mr.Lee renew passport kat Presint 15 Putrajaya. Lepas amik nombor giliran, dia hantar aku masuk opis kejap.. Aku nak cuti, macam tak best pulak.. So datang la tunjuk muka kejap kat opis, lepas passport siap Mr.Lee amik aku.. Dan-dan masa tu jugak aku bagitau bos yang aku halfday arini sebab malam nanti laki dah nak gi siam.. hahaahahaa !! Aku dah cakap sesiap kat pengasuh, aku keje halfday tapi amik budak-budak lambat sikit sebab nak gi dating dulu, maklum la malam nanti Mr.Lee nak gi jauh dah, so nak spend masa ngan dia dulu... Pengasuh aku oke jer...

Masa aku kat opis kejap tadi, sempat jugak la aku booking dua tiket wayang citer Die Hard 5.. Konon nak tengok minggu lepas, tapi full house pulak.. Cerita baru kan, semua orang berebut nak tengok. Balik umah, mandi dan bersiap. Singgah kat opis kilang Mr.Lee uruskan hal nak gi Thailand tu sesambil cek barang yang nak kena bawak ke sana malam nanti. Sempat jugak la aku bergosipan ngan admin opis tu, Kak Lin... Dulu aku pernah keje kat opis nih, so semua orang kat opis tu aku kenal la.. hihihhih...

Terus gi Jusco Cheras Selatan. Tak ramai manusia tengok muvie petang-petang camni.. Hanya student dan kaki mengulor cam aku jer... Sekejap je amik tiket takyah beratur sebab dah bayar siap-siap masa booking nanti.Ari ni ari rabu, tiket wayang pun murah..  Jimat duwet...


Movie kul 3.30, so kitorang pun gi makan dulu. Aku ajak Mr.Lee try makan kat Orchid Bistro.. Dah berjuta kali datang Jusco ni kitorang belum pernah makan kat situ...


Sengih je ko yerk, pastu malamnye melalak laki tinggalkan kat umah.. hihihhih

Apple juice untuk Mr.Lee dan Citrus Delight untuk aku... Citrus Delight tu campuran tembikai, oren ngan lime.. Sedap !!

Cantonese Fried Char Kuey Teow yang Mr.Lee punya.. Sedap gak..

Aku punye Chicken Maryland.. Biasa-biasa je rasanye.. Yang seketul sebelah sosej tu goreng pisang.. Manis betol pisang nye.. Pes time aku makan Chicken Maryland ada pisang goreng.. aku ingatkan fish fillet ke haper...

Masa order tadi aku mintak blackpepper sauce.. Pastu bile makan, rasa cam pelik plak.. Bile makan ngan sos cili baru rasa sedap... Aku ni tekak kampung kot... hahaahahaha !!


Lepas makan terus naik level atas nak tengok movie pulak.. tapi sebelum tu boleh pulak la Mr.Lee benti kat kerusi urut pakai duit tu.. Dia bagi aku singgit suh test kerusi tuh.. So kitorang layan la urutan kerusi tu.. Sedap jugak.. Sebbaik petang tu tak ramai orang.. Hihihihh.. Singgit untuk 3 minit.. Lepas urut tu aku rasa nak muntah sebab perut tengah penuh ngan makanan tetiba kena urut plak... 




Lepas tu kitorang layan muvi Die Hard 5 nih.. Memang best.. CGI dia memang superb la... Tima kasih Bie sebab spend masa ngan Ibu sebelum berangkat ke Siam tuh.. Dah lama tak dating berdua cenggini. Anggaplah dating ni sebagai sambutan anniversary kita sebab minggu depan Bie takde kat KL.. Tima kasih kak Syidah sebab sporting tak kesah Zura gi amik anak-anak lambat daripada biasa.. Tima kasih bos bagi Zura halfday... Tima kasih sumer.. (fefeeling Azean Irdawaty menang anugerah skrin pulak !!)

14 Feb 2013

Klebang Coconut Shake Original

Hari ni ari terakhir kat Melaka... Arini aku nak blanje Rubi pekena coconut shake yg sangat femes kat Melaka nih.. Klu datang Melaka tak pekena coconut shake pantai klebang ibarat pengantin baru tanpa malam pertama la.. hihihihhi....


Aku suka gambar ni to da max.. Sebab anak-anak elok je sengih secara spontan.. Nampaknye DNA camwhore telah aku perturunkan kepada dorang ngan jayanyer...


Seawal kul 11 kitorang check-out, padahal bebudak lain tengah syok bergulung dalam selimut lagi. Maklum la pagi ni hujan turun lebat jugak la...Lokasi kedai ni betul-betul sebelah stesen minyak Caltex Pantai Klebang. Sebab dulu dah pernah datang, so takde la aku tercari-cari kat mana lokasi dia.

Kitorang sampai still hujan lagi. Parking pun banyak lagi sebab awal lagi. Dalam blog mana ntah inform bukak kul 12 tgh ari, tapi aku sampai kul 11.30 pagi dah bukak...


 Sementara tunggu order coconut shake, aku amikkan kuih ngan kopok lekor untuk anak-anak. Popiah dia sedap sangat, highly recommended.. 3 ketul singgit...

 Nasik lemak yang Rubi makan.. Dia cakap pedas jugak sambalnya. Aku tak rasa pun.

 Star of da day.. Sedap dan mantap, memaksa aku order lagi segelas... Air kelapa, isi kelapa, ais dan eskrem vanilla dikisar sekali, pastu topping plk ngn satu scoop eskrem vanilla, heaven giler !!!


Rubi tengah menikmati coconut shake sambil usha budak kedai lap meja...
 
 Bihun goreng ni aku amik sebab nak suapkan anak-anak, sekali pedas pulak, so aku le yang perabihkan sorang.. heheheehehe...

 Ashraaf usha eskrem dalam gelas...

Afieq sakan minum jerk, makan tak nak..

Senarai harga makanan dan minuman yang aku sempat snap, gambar bergegar sebab aku rushing ada orang lain beratur nak bayar jugak...

Pemandangan luar kedai...

Gerai ni untuk take away saje... Klu nak dine-in kena masuk ke dalam guna lorong yang dorang letak kon tuh..







13 Feb 2013

Holiday Inn, Melaka (Bhgn 2)

Hari kedua menginap kat sini.. Arini terpaksa wat giliran masuk training ngan Rubi sebab hubby Zah dah tak boleh jaga anak-anak aku, sebab malam tadi anak dorang tido lambat.. Takper la.. Technical team leader aku pun tak kesah aku masuk training sekejap-sekejap je. Dia paham masalah aku. Brekfes pun aku tak turun sebab anak-anak tengah tido, kesian pulak nak kejutkan dorang. Tengok-tengok Rubi dah tapaukan brekfes untuk aku.. Tengkkiyu Rubi...

Kesian Afieq ngan Ashraaf terliur tengok orang mandi swimming pool.. Nanti petang ibu bawak yerk...




Kelas pertama Rubi masuk dulu. So aku pun bercamwhore le ngan anak-anak dalam bilik... Redha je la korang dapat mak yang gile posing cam aku.. Hahahahaha !!




Abih kelas pertama, Rubi pulak balik bilik then aku pulak masuk kelas. Cakap kat Afieq "abang dok kejap yerk, ibu gi nak gi amik barang kat keter".. Sebbaik dorang oke je ngan Rubi... Tak melalak carik aku.. Sekejap je pun 3rd class nih.. Pastu dah lunch time.. Ni yang best nih.. Hahahaah !! 

Ibu membalun makanan dengan lahapnya boleh pulak si Adik tertido atas kusi sambil pegang makanan.. Ngantuk sangat la tu sebab tadi pagi bangun awal

Si Abang pulak sakan dok baling makanan, berlari sana sini.. Suap makan tak nak....

Memacam pilihan dessert.. Sume sedap... Dah le banyak betul pilihan main course lunch dia tadi.. Memang best la.. berselera aku makan berbanding dinner malam tadi...

Aiskrim pun banyak pilihan, tapi aku amik vanilla flavour sebab aku nak topping ngan macam-macam benda.. Banyak pulak tu aku amik...Very the buruk lantak..


Lepas makan ada sessi Technology Update untuk produk Cisco. Aku tak pegi pun. Bagi Rubi je join, sementara aku membuta ngan jayanye dalam bilik ngan anak-anak.. Tengkkiyu Bos sebab tak marah Zura tak masuk sessi petang tuh.. Hihihihih....

Bila Afieq dah bangun tido, aku terus bawak dia gi swimming pool. Kebetulan pulak Rubi baru kluar training, boleh la dia jagakan Ashraaf yang tengah tido lagi tuh... Masa nak turun lift bertembung ngan Abang Nizam & Yeop,, Kebetulan pulak anak Zah tengah mandi kolam sekali.









Sekejap je acara basah-basahan kat swimming pool tuh. Naik ke bilik bersiap untuk gi makan seafood kat Muara Sungai Duyong pulak. Jauh daripada bandar rupanye lokasi tempat makan malam tuh. Kitorang konvoi ramai-ramai. Dah sampai sana, hazab pulok nak carik parking nya.. Terpaksa la menapak jauh ke kedai makan tuh... Anak-anak aku sume dok diam je dalam kedai tuh. Kagom sebab orang ramai sangat kot kat situ. Bagos.. Bagooss.. Boleh ibu melantak ngan sepenuh tawadduk. Bos aku dah standby amikkan aku dua babychair
 

Bagi aku makanannye biasa-biasa jer.. Sedap la jugak.. Rasanye aku takkan datang untuk kali kedua.. Apepun tengkiyu bosses sume blanje kitorang makan...


7 Feb 2013

Holiday Inn, Melaka (Bhgn 1)

1 Februari hingga 3 Februari 2013 department kitorang (Engineering Department) mengadakan Network and Security Workshop untuk beberapa staff Network Division daripada Jabatan Akauntan Negara Malaysia HQ. Lokasi yang bos aku pilih ialah Holiday Inn, Melaka. 

Aku ingat taknak pegi sebab takde orang jaga anak-anak aku nanti. Mr.Lee pun tak boleh balik KL sebab lagi seminggu dah nak cuti raya Cina. Hujung-hujung cerita, Rubi sudi jadi bibik nak tengokkan anak-anak aku sepanjang perjalanan pegi balik Melaka tu nanti. Pastu kitorang bergilir-gilir la masuk seminar tu.

Seawal kul 11 pagi kitorang bertolak dari umah aku. Aku tak excited mana pun nak gi Melaka sebab last time pegi cuti raya Cina 2012 aritu kitorang dah cover sume tempat best kat sana.. Boleh baca kat SINI

Dalam kul 1 lebih kitorang sampai Melaka. Jalan agak jem sebab masa tu lunch hour, pastu kebetulan pulak time orang baru balik sembahyang Jumaat. 

Excited aku dapat drive kat jalanraya Melaka. Dulu datang Mr.Lee je yang jadik drebar.. Rubi belum pernah gi tempat-tempat best kat Melaka nih, so aku bawak dia pusing-pusing kat Bandar Hilir. Lagipun nak gi Holiday Inn memang kena lalu Bandar Hilir pun. Singgah makan Asam Pedas Tetel kat Medan Samudera, depan Muzium Kapal tuh. Pastu terus check-in hotel.

Asalnya aku share bilik dengan Hanan, tapi Hanan bawak family dia, so aku share bilik ni dengan Rubi.

Bilik air yang agak luas

See-tru shower. Sebbaik dalam bilik air..

Ashraaf ngan Afieq yang rasmikan shower ni dulu.. Hiihihihihih !!.. Ada dua pilihan, shower yg pegang, satu lagi shower yang melekat kt atas siling tuh... Boleh fefeeling mandi ujan...

 Toiletries yang disediakan...

 Tea and coffee maker facilities termasuk mini fridge

 Wardrobe dia beso.. Ada dua pasang jubah mandi.. Trus aku pakai, langsung tak pandang dah kat baju tido dalam luggage.. Rubi pulak sampai ke sudah tak pakai.. Dalam wardrobe ni ada iron, ironboard, safety box ngan extra pillow..

 Setiap katil ada bantal yang berlainan jenis. Aku pilih katil yang ada bantal firm. Hihihihih...

Memandangkan aku ni ibu mithali lagi solehah, maka aku request satu extra bed untuk anak-anak aku. Sebab tu aku pilih katil tepi ni, senang nk letak extra bed tuh...

 Extra bed came with extra toiletries, tuala ngan slipa...

 Ada gak kemudahan tenet, tapi....

 Kena bayar ruponye !!!!.. Ingatkan hotel mahal camni tenet free, cess !! Baik aku guna internet mobile kat henfon aku jerk...

 View daripada bilik kitorang.. Nampak la Selat Melaka.. Sebbaik kompeni bayar, merasa la dok bilik yang ada pemandangan laut...

 Anak sapo la yang mandi tengah-tengah panas rembang camni...

Lepas dinner kitorang masuk dalam bilik meeting untuk sessi training Network and Security tu.. Sebbaik la hubby Zah sudi jagakan anak-anak aku, boleh la aku ngan Rubi masuk training serentak. Tak perlu nak wat giliran. Tima kasey to hubby Zah.. (mesti dia pening pale jaga dua hero aku ngan hero dorang lagi)