17 Oct 2013

Daging Teppanyaki / Beef Teppanyaki

Mentang-mentang dalam mood raya Haji lagi, resepi arini pun pasal daging jugak...  Pernah makan kat restoren Teppanyaki tak ? Masakan grill stail Jepun. Kalau kat Jusco kat rumah aku ni, restoren tu ada dapur terbuka, chef masak depan pelanggan siap ada meja makan depan dapo dia. Tapi aku tak pernah ada peluang nak dok kat meja depan dapo tu, asek penuh je. Tak dinafikan harga makanan kat situ agak mahal sikit. Yang paling murah Chicken Teppanyaki pun dah RM9.90.

Beef teppanyaki kat Restoren Teppanyaki - RM12.90


Aritu aku google cara nak masak Beef Teppanyaki sama cam kat restoren tuh. Senang sesangat rupanye lahai !! Tak banyak bahan pulak tuh. Yang penting korang perlu ada kuali leper, tak semestinya kuali leper mahal, aku pun guna kuali roti canai murahan jer. Masak sendiri kat umah lagi bersih dan jimat kan, nak-nak lak kalau korang ada ahli keluarga ramai. Terer betul aku berjimat, raya tahun depan aku boleh beli gelang emas sampai ke ketiak.


Terima kasey banyak-banyak kat blogger AZIAN COLLECTION sebab share resepi teppanyaki dan macam-macam tips. Blogger Azian ni guna isi ikan salmon dan isi ayam. Dia kata kalau takde kicap soya Jepun pun takpe, boleh ganti ngan kicap cair Malaysia pun sedap. 


Bahan-bahan :
  • Sekeping daging lembu (boleh ganti dengan ayam, sotong, udang dan sebagainya)
  • Sayur-sayuran – kobis, taugeh, lobak merah, dan daun kuchai
  • Serbuk lada hitam
  • Kicap cair
  • Bawang putih – kupas dan hiris nipis
  • Minyak masak





Cara-cara :
  • Daging dipotong kecil dan diperap dengan serbuk lada hitam untuk beberapa ketika. Dalam resepi asal Blogger Azian dia tabur serbuk lada hitam kat atas lauk masa tengah masak.
  • Kobis, lobak merah dan daun kuchai dipotong nipis.
  • Panaskan kuali leper dan masukkan minyak masak
  • Goreng bawang putih hingga garing.
  • Masukkan daging dan renjis-renjiskan kicap cair ketika memasak daging tersebut.
  • Bila dah masak dan agak garing, ketepikan daging tersebut ke bahagian tepi kuali.
  • Dengan menggunakan sisa minyak menggril daging tadi, masukkan sayuran. Taburkan sedikit serbuk lada hitam dan kicap cair. Masak sekejap je dan angkat.
Sama tak rupa dia ? Lebih kurang je kan...


Buat sendiri daging masih lagi basah, tak terlalu kering cam kat restoren tuh...



Aksesori tambahan :
Kat Restoren Teppanyaki setiap hidangan disertakan dengan hirisan lobak putih jeruk manis dan hirisan bawang putih goreng garing. Lobak putih jeruk manis tu banyak dijual kat mana-mana pasaraya.


Untuk bawang putih goreng : hiris nipis bawang putih sebanyak mana yang dikehendaki dan digaul dengan garam. Goreng di dalam minyak yang dicampur dengan sedikit marjerin. Mula-mula goreng dengan menggunakan api yang besar, bila bawang dah kekuningan baru kecilkan api. Goreng hingga garing, angkat dan toskan di atas kertas tisu.
 

Makan ngan nasi panas memang meletops...




11 Oct 2013

Kew Tiau Kung Fu Watchaaaa !!



Buat masa ni, aku tengah gile makan kew tiau kungfu.. Aku ni kalau dah sukakan makanan tu, aku akan makan dan makan berkali-kali hingga la aku betul-betul muak dan kembang tekak.. hihihhi.. Setakat ni aku suka makan kew tiau kungfu kat kafe Jabatan Kastam dan kafe Kementerian Wilayah.. Senang sangat nak buat kew tiau kungfu ni... Masak sambil pejam mata pun kompom sedap dik..


Resepi kew tiau
Bahan-bahan:
Kew tiau
Telur
Garam dan serbuk lada sulah
Minyak untuk menggoreng

Cara : Satukan Kew tiau, telur, garam dan serbuk lada sulah. Panaskan minyak dan goreng bahan-bahan tadi macam goreng telur dadar. Better goreng garing-garing baru sedap.


Resepi kuah
Bahan-bahan :
Bawang Putih – ditumbuk hancur
Ayam / Daging / Seafood
Sayuran – kobis bunga, jagung muda, lobak merah, brokoli dan sebagainya
Bahan perisa : Sos tiram, serbuk pati ayam dan garam
Bancuhan air tepung jagung – sedikit sahaja untuk memekatkan kuah
Air untuk kuah
Minyak masak untuk menumis

Cara :
  • Tumis bawang putih hingga naik bau.
  • Masukkan ayam / daging / seafood.
  • Masukkan air. Apabila menggelegak, masukkan sayuran keras seperti jagung muda, lobak merah dan kobis bunga. Bila dah agak lembut, masukkan sayuran lembut seperti brokoli dan sawi.
  • Masukkan bahan perisa secukupnya.
  • Akhir sekali masukkan bancuhan air tepung jagung.
  • Curahkan kuah ke atas kew tiau yang telah siap digoreng tadi.



Pucat lesi je kew tiau ni takde sayuran hijau cam brokoli dan sawi.


Yang ni aku punye, tabur cili potong banyak-banyak baru mantopsss !!



P/S : Aku rindu sangat kat kengkawan blogger semua.. Rindu nak update blog... Rindu nak blogwalking kat rumah korang semua. Tapi ada halangan yang melintang. Insha Allah, Rabu minggu depan aku akan start aktif berblog semula.. Sayang sangat kat korang semua...








2 Oct 2013

Jom Makan Cikedis !

Setiap orang ada cikedis / jajan / kudapan feberet kan.. Aku suka betol makan cikedis Cachos pastu cicah pulak ngan Jalapeno Cheese. Bertambah-tambah nikmat cheese tuh.. Jalapeno Cheese powder tu berlambak orang jual, bancuh ngan air suam dah boleh buah pencicah. Cheese tu cheese yang sama digunakan pada KFC Cheesy Wedges tuh...



Sedapnye lahai... hilang stress keje sekejap..




1 Oct 2013

Ayam Kukus Halia



Ayam kukus halia - Ni resepi kakak ipar (isteri abang sulong) aku yang ajar. Salah satu masakan yang sihat sebab menggunakan kaedah merebus. Tapi jadik kureng sihat sebab aku sengaja gunakan ayam bahagian yang berkulit dan berlemak macam peha dan kepak, baru la kuah dia jadik lebih sedap dan lemak-lemak sikit.. (pastu dok komplem badan gemuk..). 

Kalu korang nak diet better guna bahagian ayam yang tak berkulit contohnya bahagian dada ok.



Bahan-bahan :
Ayam  - dipotong kecil dan dibersihkan
Halia - dihiris nipis
Beberapa ulas bawang putih
Beberapa keping asam gelugur
Garam dan serbuk pati ayam
Tomato - dipotong kecil (tak buh pun tak pe)
Cilipadi
Air - bergantung banyak mana kuah kita nak

Cara : Campurkan semua bahan ke dalam periuk dan didihkan selama 20 minit. Dah siap.



Senang sangat nak buat kan ? Lagi sedap kalau cicah ngan kicap cili. Nak jadikkan lauk dalam berpantang lepas bersalin pun boleh. Aku sengaja lebihkan bawang putih sebab aku suka makan bawang putih, awet muda la konon, puih !!