Best betol cuti panjang, pastu liat nak mampos nak gi opis balik. Kompeni bagi cuti free ari Khamis, Selasa baru start keje balik, memandangkan big boss kompeni ni Chinese yang percaya pada feng shui, dia arahkan semua staff start keje pada pukul 11.30 pagi. Heaven betol ! (Lagi heaven kalau bos bagi cuti free sampai minggu depan, hihihih !!)
Hari pertama dan kedua stay kat umah mak aku kat Pasir Puteh, hari ketiga dan keempat baru balik umah mertua aku kat Wakaf Bharu. Untung kawen satu negeri, boleh ulang-alik dalam masa sehari jer. Hehehe.. Sebelah petang bawak anak-anak mandi sungai kat belakang umah mak aku.
Pakai swimming trunk macam nak mandi kat swimming pool jer...
Tangga nak turun ke bawah curam sikit, so kena make sure break kaki betul-betul berfungsi
Musim kemarau sekarang ni sungai pun cetek jerk. Kalau musim tengkujuh, air boleh cecah ke jambatan. Takut sangat dengan deruan air deras langgar jambatan tuh, macam ombak pantai je..
Belah sana dalam sikit, kebiasaan orang lelaki yang tinggal kat umah tepi sungai mandi kat sungai je siang dan malam.
Carik port best dulu...
Petang tu takde budak-budak lain. Biasanya petang camni, meriah la sungai....
Geram nak join main air, tapi aku malu sebab orang dok lalu lalang kat atas jambatan tuh.. hihihihhi !!
Air deras masa musim tengkujuh bulan 12 aritu dah sapu bersih semua sampah sarap tepi tebing sungai.. Kalau tak, ada je sampah menyakitkan mata...
Sekejap je mandi anak-anak tak tahan air sejuk sangat, maklumla ari daripada bukit kan..
Kenangan lalu : Gambar kawen aku pada tahun 2008 shoot kat atas jambatan sungai ni la..
Bila aku upload gambar anak-anak mandi sungai ni, ramai kengkawan dok cakap bestnye ada sungai belakang umah.. Tapi ntah nape aku tak rasa best pun, biasalah manusia jarang menghargai apa yang ada depan mata dia kan.. (Eh tetiba pulak..hahahahaha)
Lepas mandi, Mr.Lee belanja makan sup belut kat pekan Pasir Puteh. Sorry kalau gambar sup ni buat korang kembang tekak sebab ada sesetengah orang geli nak makan belut. Aku ni tolak batu ngan kayu je...