26 Nov 2012

Warung Santai, Tesco Ampang

15hb November 2012 - Cuti Awal Muharram.. Sebelah malamnya Mr.Lee bawak kitorang ke Pandan Indah, umah kakak dia yang jugak merupakan kakak ipar aku untuk pass kad jemputan kawen anak kakak tiri dorang. Aku ngan anak-anak belum makan, terus aku google tempat makan best kat Pandan Indah nih. Terjumpa satu BLOG cerita pasal mee bandung paling best kat Malaysia ni katanye. Nama kedai tu Warung Santai, terletak dalam Tesco Ampang. So aku ajak la Mr.Lee gi sana.

Dapat parking dekat ngan pintu masuk walaupun public holiday. Pusing-pusing ground floor Tesco Ampang tu sambil usha lokasi Warung Santai. Rupanya bersebelehan ngan kedai nasi ayam Linda Onn. Ramai betul umat tengah makan kat Warung Santai, memang takde meja kosong. Sedey sungguh lalu menambahkan kelaparan yang sedia ada.. Terpaksa gi pusing tempat lain dulu. Tetiba tercetus idea nak gi wat booking kat kedai tu dulu.Maybe dah rezeki kitorang kot, baru je aku nak wat booking tengok-tengok ada meja kosong ngam-ngam untuk kitorang berempat nih. Terus duduk dan order. Lama jugak nunggu makanan sampai, anak-anak pun start wat hal. Sebelum anak-anak menggelepur hingga mampu mencacatkan selera makbapaknya, aku pun kluar g beli Kaya Ball kat gerai luar kedai makan ni. Sedap gak Kaya Ball ni..



Akhirnya makanan sampai....

Aku ngan Mr.Lee sama-sama order Mee Bandung. 

Sup ayam ngan nasik putih untuk hero-hero ibu.. Sup ayamnya banyak,siap tapau wat balik sebab tak abih makan

Sampai je makanan terus aku suapkan anak-anak makan dulu. Bagi dorang kenyang takde la dorang wat perangai kan.. Lagi satu nak biarkan kuah tu betul-betul meresap ke dalam mee, barula bertambah mantap gitu.. Memang sedap sangat-sangat la, serius tak tipu. Mr.Lee makan separuh je, dia cakap biasa-biasa jer. Eleh, padahal dia dah kenyang makan nasi ngan gulai lemak ketam sebelum keluar umah tadi, so aku tolong habiskan  mee bandung dia yang lagi separuh.(Untung Mr.Lee ada bini kuat makan perut stokin)

 Kuahnya yang pekat melekat, cukup segala rasa

Isi kandungan yang tak terlalu banyak dan tak terlalu sikit, juz nice baby !!

Memang puas hati sangat ngan kualiti dan kuantiti mee bandung tuh... Tima kasih Eyriqazz for the suggestion. Sebab terlampau kenyang makan semangkuk mee bandung kepunyaan aku, separuh mangkuk kepunyaan Mr.Lee dan segelas air limau ais, aku tak mampu nak makan sup ayam tadi tuh. Sebab tu kena tapau wat balik umah.. Tima kasih Bie belanja kitorang mamam..

Sesapa yang nak datang makan sini, aku sarankan korang wat reservation terlebih dahulu ok, nak-nak lak kalu time cuti, kol dis number hokey  03 -9281 8173





22 Nov 2012

Mr.Kabab & Biryani


12 November 2012 - Minggu ni ramai yang bercuti panjang sebab Selasa cuti Deepavali dan Khamis cuti Awal Muharram, dah alang-alang tu terus sambung cuti seminggu la kan.. Nak-nak lak sekarang cuti sekolah. Jalan raya lengang jer, aku sampai opis kul 9 lebih pun masih banyak lagi parking lot kosong, i likee !!

Masuk je opis, Zah dok ajak Akmal makan nasi arab sebab aritu Akmal janji nak belanja makan kalu duit claim overtime dah dapat. Mula-mula kitorang plan nak gi makan kat Restoren Saba' kat Cyberjaya tuh. Masa tengah google map ke sana, ada sorang staff bagitau tak elok makan kat situ... Terus tukar tempat, paling dekat ngan opis ialah Mr.Kabab & Biryani, Presint 15.

Setiap meja ada ukiran nama Mr.Kabab

Macam-macam pilihan nasi.. Potion nasi memang banyak, sepinggan boleh share dua orang makan.. Tapi kalu jenis selera macam bela antu raya, dua pinggan pun belum tentu kenyang, hahahahaa !!

Kalu rasa taknak makan nasi, boleh makan makanan yang lebih ringan cm dalam menu kat atas nih..

Jus tembikai (Akmal), Jus Mangga (Aku) dan Milo Ais (Rubi)

Lunch hour memang ramai betul orang makan kat sini

Beef Sheesh Kabab - Daging dia hamis sikit bagi aku..

Chicken Boti Kabab.. Zah yang order, aku cuit makan sikit ayam dia, sedap ayam dia

Lamb Biryani Rice - aku yang order. Nasi dia memang banyak, lauk ditimbus kat bawah nasi

Sos buatan sendiri - Sos tomato dan sos cili, dua-dua tawar heber jer...

Akhirnya lauk kambing naik ke darat

Makan ngan tangan baru feel hokey !!

Close-up Lamb Biryani Rice aku

Jumlah kerabakan poket Akmal tengah hari tuh.. Tengkiyu sebab belanja kitorang makan dan bawak kitorang naik Preve baru ko tuh..



14 Nov 2012

Terengganu * Kuala Kemaman *

Memandangkan kitorang belum makan makanan berat sejak pagi tadi, opkos la time ni dah kelaparan tahap maksima dah.. Dek kerana terpengaruh ngan cerita Sham TPG pasal kesedapan dan kemantapan Satar Warung Aziz Satar, aku ajak Mr.Lee carik sampai jumpa.. Jenuh jugak la menggugel map dan blog carik lokasi tepat warung yang tersohor tuh. Rupanya terletak kat Kuala Kemaman... 

Sepanjang jalan kat Kuala Kemaman ni ada banyak warung jual satar, tapi aku tetap degil nak gi Warung Aziz jugak.. Masa kitorang sampai kat warung tuh, ada satu rombongan cik Kiah tengah serbu gerai satar tuh dan stok satar yang dah siap dibakar dah abih dah masa tu, so kitorang makan nasi dulu la..





Kitorang dah siap makan pun stok satar belum siap dibakar.. Kesabaran, keimanan, ketakwaan mula tercabar, my blood going upstair gitu, kitorang decided nak blah je malas nak tunggu dah.. Lagipun Afieq mula menggelupor wat perangai, masa tu aku dah tak mampu nak kontrol ayu dah... Bila aku siap bayar, tengok-tengok Mr.Lee tengah pegang satu plastik satar. Dia citer budak gerai tu cakap satar belum siap bakar lagi, pastu Mr.Lee cakap "saya dah siap makan pun satar belum masak ker..?".. Bile dengar Mr.Lee cakap camtuh, baru la budak tu bawak keluar satar. Aik, takkan kena makan kat situ dulu baru boleh beli satar kot..?

Cukupla sekali tu je aku pegi kat Warung Aziz Satar... Satar kat warung tu memang terbaik, isi ikan segar dia lebih banyak daripada satar tempat lain, memang sedap, tapi pengalaman nak menunggu satar masak tu memang sangat haprak.. Dah la harga makanan kat situ mahal ya rabbi !!



Satar tu aku makan dalam keter ngan anak-anak. Perjalanan balik KL diteruskan tanpa singgah kat mana-mana lagi dah... Tamat sudah percutian yang tak berapa nak cuti kitorang kat Negeri Terengganu Darul Iman ni...











Terengganu * Pantai Kemasik *


Setelah terkagum dengan keindahan Pantai Teluk Bidara, kitorang meneruskan perjalanan semula. Sebenarnya aku langsung tak plan nak singgah kat Pantai Kemasik ni. Tujuan utama singgah sini sebab nak mandikan dua hero kecik kitoang tuh. Ye la, masa tu dah kul 2 petang, mesti la budak-budak tu dah tak selesa terperap dalam kereta kan..

R & R terletak kat depan jalan besar, pantainya agak terkebelakang sikit. Dah alang-alang singgah R & R nya, kitorang pun jenguk la pantainya sekali. Bagi aku pantai Kemasik ni biasa-biasa jerk, pasirnya pulak kasar, tak halus cam pantai lain.






Masa ni kitorang dah kelaparan yang teramat dah, tapi sanggup tahan tak makan kat R & R Pantai Kemasik sebab nak gi makan satar ikan kat Kuala Kemaman.

Bersambung........

 







9 Nov 2012

Terengganu * Pantai Teluk Bidara *

Tak jauh daripada Pantai Rantau Abang dan Pantai Batu Pelanduk tadi, kitorang singgah kat Pantai Teluk Bidara. Pantai ni bersebelahan je dengan Pantai Tanjong Jara. Ni kali pertama aku datang pantai ni. Tak pernah singgah walaupun selalu lalu dalam perjalanan balik Kelate. 


Aku ingatkan dah tak boleh singgah dah sebab kitorang terlepas simpang pertama. Rupanya ada lagi satu simpang yang boleh bawak ke pantai ni. Simpang kedua kalu korang daripada  Kuala Terengganu dan merupakan simpang pertama kalu korang daripada Kuala Lumpur. Tapi kalu guna simpang yang kitorang amik nih, kitorang terpaksa lalu perkampungan dan pantai tu agak jauh ke dalam.


Bila dah sampai kat pantai ni, aku betol-betol terkagum, terkasima, terpaku, terpukau, tersantau dengan     keindahannya.. Cantik sangat hokey, tak tipu !! (sambil angkat tangan macam nak baca Rukun Negara)












Indah, cantik dan betol-betol da bombs view Pantai Teluk Bidara ni.. Terus aku simpan cita-cita nak stay kat sini untuk satu hari satu malam nanti.. Kat pantai ni ada signboard melarang pengunjung mandi-manda, maklum la sekrang dah masuk musim tengkujuh, ombak kuat kan.. Kalu korang degil nak mandi jugak, kemungkinan besar korang akan masuk dalam newspaper sebab mayat dihanyutkan hingga ke Laut China Selatan, huhuuhuhuhuh !!

 Bersambung ....



Terengganu * Pantai Rantau Abang *

Snap beberapa keping gambar kat Jeti Kuala Marang jap tadi, kitorang teruskan perjalanan. Dah masuk daerah Dungun, singgah pulak kat Pantai Rantau Abang. Satu Malaya (maybe satu donia yang fana) dah tau pantai ni merupakan port penyu bertelur, tp tak sure sekarang ni penyu ada datang bertelur ke tak. Kalu tkde tu maybe sebab dorang merajuk, manusia selalu curi telur dorang. Sebenarnya aku ni suka tol makan telo penyu tuh..yummy !!

Kali pertama aku jejak kaki kat sini ntah tahun bile, masa rombongan sekolah darjah 6 dulu. Pernah gak singgah kat toilet awam sini mandikan anak-anak masa dalam perjalanan balik Kelate. Cantik pantai ni, pasirnya halus mulus cam dedulu jugak..














Damai jer aku tengok pemandangan pokok-pokok ni.. Berdekatan ngan pantai ni, ada satu pantai namanya Pantai Batu Pelanduk. Aku ingatkan pantai ni sebahagian pantai Rantau Abang jugak, rupanya bukan. Aku dapat tau pun lepas tengok kat website Visit-Terengganu, lepas tengok persamaan batu dalam gambar-gambar aku kat bawah nih...



Bersambung....