20 May 2014

Nasi Gulai Kawah


Cuti raya Cina lepas abang ipar aku telah bermurah hati belanja kami sekeluarga makan nasi gulai kawah. Kedai ni terletak di tepi bendang Padang Pak Amat, Pasir Puteh dan takde dinding supaya pengunjung dapat merasai tiupan angin bendang yang nyaman ketika makan. Biasa beli bungkus jer, 
kali ni try makan kat sini pulak


Muka menahan kelaparan..

Makanan dibawa menggunakan talam / dulang besar, ala-ala hidangkan makanan kat kenduri kahwin zaman dulu-dulu kan...

Menu lauk pauk kampung yang lengkap


 Star of the day - gulai kawah. Gulai kawah ni bukan kari ye, sejenis gulai menggunakan rempah khas. Asalnya gulai kawah ni dihidangkan dalam kenduri kahwin sahaja, tapi dah dikormesilkan sebagai menu utama kedai. Campuran daging, segala organ dalaman lembu (hati, limpa, paru, perut), dan umbut kelapa. Aku sengaja pilih daging yang ada lemak sajer.. Sedap oitt !!


Labu sira sebagai pencuci mulut. Kering sikit sebab tak berkuah langsung. Aku lagi terer buat.. hahaahaha 


 Makan makanan klate wajiblah ada ulam-ulaman dan ikan panggang cicah budu


 Solok lada dia banyak betul inti.. Lada dia kurus jer... hahahaa !!


Teresek - unik kan nama dia. Ni kerabu jantung pisang klate style yang dicampur dengan kaki ayam dan agak berkuah. Aku tak tau cara masak dia, huhuhhuh !!


 Ayam percik


 Ikan percik


 Ikan cencaru bakar sumbat belakang. Ikan ni besar betol !!


Makanan dibahagikan kepada dua hidangan maklumlah ramai kan rombongan kitorang.. Gulai kawah tu request extra semangkuk lagi sebab sedap sangat...


 Aku tengah transfer air kelapa masuk botol. Anak-anak meragam nak tido, aku bagi je air kelapa buh dalam botol.. wahahaaha !!


Tokey of the day.. Tima kasey Abe Yie belanjo makey arituh... Total damaged aritu dia cakap tak sampai seratus ringgit pun. Tengok tulang ikan cencaru tu, besar kan..

Pemandangan indah depan kedai - sawah yang terbentang, bukit bukau segala... Lepas makan kompom ngantuk sangat sebab ditiup angin bendang yang sepoi-sepoi bahasa...


OK nak lari pecut 100 meter ke blog korang pulak.. Muahhhh muahh !!





15 May 2014

GM Klang

Cuti Hari Wesak, tak tau nak gi mana.. Tetiba terdetik nak gi GM Klang yang femes tuh. Sebelum tu kakak ipar aku datang umah, lawat Ashraaf yang demam ulser penuh dalam mulot. Lepas dia balik, kitorang bersiap then terus gerak.


Guna Federal Highway, nampak bangunan Leisure Commerce Square, kompeni lama aku dulu dalam bangunan ni la. Rindu pulak kenangan kerja dedulu. Seawal pukul 4 petang dah lari cabut balik umah sebab tak nak sangkut dalam jem kat Federal. Sesuka hati pergi & balik keje macam opis bapak aku punye je.




Jalan lancar je takde jem. Perjalanan ke sini 100% bergantung pada bantuan GPS Waze. Bangunan GM Klang ni berdekatan dengan AEON Bukit Tinggi. Memandangkan hari ni public holiday, pencarian parking adalah sangat mencabar keimanan ye kawan-kawan.




Nampak je directory kat tepi lift ni trus aku excited gile, padahal bukannya bawak duit banyak nak bershoping pun.. 



Keluar lift je terus nampak kedai jual pakaian kanak-kanak. Holoh holoh holoh, comey nye 
lahai pakaian anak perempuan !!



Kedai-kedai menjual peralatan display pakaian macam rak, patung, hanger dan lain-lain. Kat sini aku beli hanger untuk shawl yang ada lubang bulat-bulat tuh. Murah sangat, RM6.00 jer, biasa orang jual RM10.00. Aku siap beli tiga, padahal shawl aku bukannye banyak mana pun.. wahahaahah !!




Pakaian solat pun banyak pilihan



Ofkos la kedai pakaian wanita lagi banyak daripada kedai pakaian lelaki kan. Dah boleh start survey fesyen baju raya tahun ni dah..



Dari tingkat atas aku nampak ada orang jual barang-barang umah cam karpet segala, 
tapi aku tak pergi pun...



Cantik-cantik jam kat kedai ni, tapi harga mahal sikit. Ada sebuah jam tuh harga dia RM999.00. Design biasa-biasa jerk, gile ahh !! Ke aku yang tak pandai menilai seni ? hahaahahaha !!



Kedai jual kain pasang pun ada, tapi tak banyak, tak meriah cam Nagoya la. Kain yang kaler oren tu English cotton kot, lembut sangat.... 



Singgah jap belikan sandals kat Afieq.. Kesian dia pakai selipar plastik jer. Sedondon ngan Ashraaf, sama-sama brand Superman



Lepas dah puas merayap segenap sudut kat GM Klang tuh, aku suruh Mr.Lee singgah kat foodcourt Seksyen 2 Shah Alam pekena ABC. Dulu masa zaman bergelar awek Uitm, sini la port makan kitorang. Tapi zaman tu takde pulak aku nak makan ABC camni. Sekarang bila lepak kat sini terasa diri sangat veteren dikelilingi adik-adik student yang muda belia. Sobbb sobb sobb !!



Dekat setengah jam baru ABC yang diidamkan sampai. Afieq panggil ni eskrem ada telo. 
Yang telo tu sebenarnye aiskrim vanila.



Cuaca sangat panas hari tuh, maka aku order satu sorang, tak nak kongsi-kongsi takut tak hilang dahaga kononnye. Sekali, aku jugak yang jadik tukang perabih Afieq punya. Sendat gile perut rasa nak terkeluar balik kot hidung. Wahahahaahah !!




Memang murah betul harga barang di GM Klang dengan syarat korang beli banyak la. Lenkali nak try terjah Kenangan City Mall pulak, lebih kurang cam GM Klang katanyer. Sebenarnya aku tengah senggugut dan heavy flow masa ni, bila dapat jenjalan gini trus hilang sakit !! Dasar perempuan kan, tak dapat beli, window shoping pun dah cukup ! Setuju tak ? Hahahaaha !!




11 May 2014

Yey Balik Kampung !!

Arini nak cerita pasal makan-makan masa balik kampung cuti 1 Mei haritu. Cuti kali ni jalan tak sesak langsung. Biasanya asal cuti lebih daripada 3 hari je kompom jalan kat Kelantan tu jem teruk. Mungkin orang simpan cuti nak balik kampung hujung bulan ni kot, kan hujung bulan ni start cuti sekolah. Kitorang gerak kul 10 malam lebih, kul 6 pagi dah sampai kampung mak aku.

========================================================================
1 Mei 2014 - Khamis


Bila stay kat umah mak aku, acara wajib kitorang adalah gi makan sup belut kat pekan Pasir Puteh. Kali ni tukar kedai lain pulak konon nak tukar selera. Hampeh je rasa dia, tak mantap macam sup belut yang kitorang biasa makan tu, tawar je, belut dia pun kecik kecik. Sup yang mantap tu boleh refer kat SINI


========================================================================

2 Mei 2014 - Jumaat


Arini pindah tido kat umah mak mertua aku kat Wakaf Bharu pulok. Ni yang best ni kahwin satu negeri, boleh tukar-tukar umah dalam masa sehari. Hahahaha !! Sebelum tu kitorang singgah kat Pengkalan Kubor Kejap. Pengkalan Kubor ni setengah jam je jarak daripada umah mertua aku, tapi dah dekat 4 tahun tak datang sini. Hahahaahah !!



Turun je kereta kitorang lalu depan kedai mainan, trus si sulong ni buat-buat berat kaki nak melangkah. Amboi, taktik sangat ok !! Mr.Lee memang lembut hati sangat kalau anak mintak belikan mainan.



Afieq berjaya pow Mr.Lee belikan set Thomas & Friends ni. Kalau kat KL mungkin cecah seratus lebih kot, kat sini kitorang dapat harga RM55 jer. Aku nak tengok berapa lama mainan ni bertahan tanpa cacat cela. Anak-anak aku ni sekejap je elok, pastu dicampak-campak mainan tu sampai terburai semua sendi.



Kalau dah sampai sempadan wajib la usha toto kan.. 



Peralatan dapo yang murah. Kalau korang nak yang betul-betul murah, korang bawak kawan yang terer kecek klate / memang ore klate untuk tolong bargain harga bagi pihak korang. Aku tak beli pun aritu. Nanti kalau aku nak beli kuali tu aku nak bawak mak mertua aku sebagai jurubahasa, hihhihih !!



Cuaca kat Pantai Timur ni sangat panas berdengung. Anak-anak aku pakaikan baju tayang ketiak je sepanjang dok kat kampung.



Berhenti makan mee cambo atau mee celup di kedai depan pintu pagar kawasan bebas cukai nih. Mee cambo ni guna kuah sup campuran pelbagai fishbal, fishcake dan macam-macam ball yang frozen tuh. Makanan ni biasanya hanya boleh didapati di kawasan sempadan Malaysia -  Thailand dan di dalam negaraThailand sendiri.




Kalau order mee cambo / mee celup pelayan akan bagi sebekas penambah rasa cam serbuk cili, air cili, kicap cair dan cili jeruk.




Buh cili banyak-banyak baru best. Sampai merah menyala kuah aku. Pulun sampai basah badan berpeluh. Sedap nye lahai !!!




Kiri kanan aku usung toto, tapi semua tu yang orang kirim. Untuk sendiri takde pun. Yang kaler merah tu aku dapat harga RM39, yang kecik sikit tu RM20 je. Mungkin sebab tak ramai pengunjung, so peniaga-peniaga tak kesah yang bagi harga yang betul-betul murah. Kalau sesak ngan pengunjung, aku cakap klate pekat pun dorang tak bagi harga murah sangat pun.



Kan betul aku cakap tak ramai pengunjung, lengang je kan. Kalau biasanya asal public holiday je mesti menangis air mata darah nak berebut parking.



Singgah beli satey ikan atau lok ching kat pasar Wakaf Bharu. 6 cucuk singgit. Aku beli RM10 makan ramai-ramai ngan anak-anak sedara Mr.Lee. 



Sebelah malamnya ada acara BBQ buat kat umah pakcik Mr.Lee. Adik-beradik mertua aku ni tinggal sebelah menyebelah umah jer. Satey ikan pun ada. Beli frozen je lagi jimat. Aku plan nak beli jugak wat balik KL banyak-banyak, tapi boleh pulak lupa. Ciss !!

========================================================================

3 Mei 2014 - Sabtu

Orang-orang kat umah mak mertua aku ni semua sibuk join Karnival Sukaneka, sampai sunyi sepi umah. Mr.Lee pun ajak aku keluar gi jalan-jalan kat Kota Bharu. Kitorang ni sangat sangat jarang keluar ke KB kalau balik kampung, keluar hanya bila ada urusan penting jer. Kalau aku drive sorang kat KB tu kompom aku sesat.. huhuhuh.. Port lepak kitorang aritu ialah Pasar Besar Siti Khadijah.

Plan asal nak belikan selipar kat Afieq, sekali beli untuk Ashraaf jugak. 



 Cuci mata tengok barang



Pelbagai pilihan kain batik lukis yang chantek-chantek. Peniaga-peniaga kat situ siap speaking KL lagi ngan aku, dorang ingat aku pelancong agaknye.. Wahahahaha !!



Singgah makan kat foodcourt atas pasar tuh. Nasi sup perut. Yumm yumm !!



ABC yang comel penuh bahan ni cuma RM1.50 je. Gile murah !! This is Kota Bharu baby !!!


========================================================================

4 Mei 2014 - Ahad


Arini bertolak balik KL. Lepas bawak Afieq buat pemeriksaan kesihatan kat Klinik Kesihatan Wakaf Bharu atas cadangan famili mertua aku then kitorang gerak. Jenuh nunggu keputusan darah, last sekali doktor cakap darah tadi dah beku dan nak kena amik darah lagi sekali. Hangin pulak aku dengar, malas nak cakap banyak, Mr.Lee blah je daripada klinik tuh. Tadi masa amik darah pun doktor pelatih tu terkial-kial tak jumpa cari salur darah yang betul.

Aku drive start daripada Wakaf Bharu sampai ke Merapoh. Aku tak kesah pun kalau Mr.Lee suruh drive sampai ke KL asalkan jangan dalam keadaan gelap. Jalan Gua Musang tu kan takde lampu jalan, mata aku jadi tertumpu kat lampu kereta dihadapan je buat mata aku sakit, sebab tu aku tak suka drive kat jalan tu waktu malam. Jalan lancar je tak jem, cuma jadik slow kat beberapa kawasan yang terlibat dengan aktiviti pembaikpulihan jalan.



Di pertengahan jalan, singgah beli petai dan jeruk buah banyak-banyak. Jeruk tu Mr.Lee sorang yang makan, aku tak minat sangat.