28 Aug 2012

Sup Tulang Cara Mak


Sup tulang ni salah satu hidangan wajib yang akan mak masak pada bulan puasa, yang juga merupakan salah satu hidangan feberet arwah ayah. Sekarang ni mak dah tak sihat cam dulu, so kalu nak makan jugak sup tulang, kena la masak sendiri, walaupun tak sesedap masakan mak..

Untuk sup ni, aku guna dua jenis rempah sup. Satu jenis yang bunjut tu, satu lagi jenis serbuk rempah sup Adabi. Kali ni saje nak try rempah sup bunjut Mak Siti, selama ni pakai brand Adabi jer.


Dalam periuk, rebus tulang bersama rempah-rempah sup tadi, dua inci halia yang diketuk dan selabu besar bawang besar. Pengunaan bawang besar ni takde dalam resepi mak, aku saje tambah sbb aku perhatikan kat kedai masakan siam masukkan banyak bawang besar dalam sup dorang. Bawang besar ni dapat menambahkan rasa manis semulajadi dalam sup tu nanti.


Bila sup dah mendidih, baru la dimasukkan bahan perisa cam garam, gula, serbuk pati ayam / ajinomoto, serbuk lada sulah & lada hitam yang ditumbuk kasar.


Ok, sekarang kita sampai part yang menjadikkan resepi mak ni lain skit daripada resepi orang lain (cheewahh !!).. Klo resepi orang lain, dorang tumiskan dulu bawang rempah sume, baru masukkan air dan rebus tulang tu. Mak punya style, dia tumis bawang asing-asing. Sediakan bawang putih & bawang merah yang dikupas, beberapa kuntum bunga cengkih, buah pelaga, kulit kayu manis & bunga lawang. Tumis bahan-bahan tersebut hingga garing pastu curahkan semua sekali ke dalam sup yang tengah mendidih tadi.



Sup tulang dah siap. Sebelum makan, taburkan daun bawang, daun sup dan tomato yang dipotong. Yummy !!




Sambal Tumis Udang


Sebab malas nk listkan bahan-bahan, kite teruskan ke cara memasak sambal tumis udang ni oke.. Hahaahaha !!

Cara-cara :
  1. Tumis bahan kisar (bawang putih, bawang merah, bawang besar, cili kering yang dicelur, cili padi, belacan & udang kering / udang geragau) hingga wangi
  2.  Masukkan bahan perisa (gula, garam & serbuk pati ikan bilis) secukup rasa dan sedikit air asam jawa.
  3. Masukkan terus udang segar. Udang tu blh dikopek kulitnya ikut kerajinan korang la. Aku tk masukkan air sebab taknak sambal ni berkuah sgt, aku hanya bergantung pada jus yang keluar daripada udang tu semata-mata.
  4. Biarkan beberapa minit, dah siap untuk dihidangkan. Senang jer, sempoi !!





7 Aug 2012

Pantai Bagan Lalang (ii)


22 Julai 2012 (Ahad) - Dalam kul 4 lebih, Encik Lee suruh siapkan anak-anak, nak gi jenjalan katanya.. Klo dah petang-petang cmni jenjalan, kompom-kompom la bukak poser kt luar terus. Aku ingat nk ajak dia gi Bagan Lalang jer, tapi risau kot-kot dia tknk pegi, so aku diamkan je.. Aku cakap tkde idea nk gi jalan kat mana. Encik Lee drive lalu kot highway tepi Stesen Komuter Serdang, aku syak dia nk bawak kitorang jenjalan kt Putrajaya cm biasa, rupanye tak. Sampai simpang UPM, dia amik jalan masuk highway PLUS.. Aku pun buat-buat tanyer, "Bie nak bawak kitorang jenjalan ke Nilai ker ?", dia cakap ha'ah...

Sampai je kt Nilai, Encik Lee drive terus tak berhenti pun. Rupa-rupanya dia nk bawak kitorang g Bagan Lalang.. Waah, ada chemistry plk aku ngn Encik Lee aritu, heheeheh.. Anak-anak plk tido sepanjang perjalanan...





 

Dekat-dekat kul 7 gitu, aku tanya "kita nak bukak poser kt mana ni Bie..?". Encik Lee cadangkan try makan kt kedai yang dekat ngn tempat kitorang parking tuh, Restoren Senandung Malam namanya. Aku dah cuak gile kot-kot meja dah tkde yang kosong sebab klo bulan poser cmni mesti la org booking terlebih dahulu, bukan main terjah je cm kitorang nih. Alhamdulillah ada meja untuk kami 4 beranak yang comey-comey ni.




 Kuah pencicah, klo cicah ikan rasa tak best, tp klo wat cicah sotong tepung rasa sedap plk, heran ni...

Ikan pari bakar, nampak je merah menyala tapi tak pedas pun, selamat untuk askar-askar kecikku makan
 
 Sup sayur untuk Encik Lee dan anak-anak

 Lauk wajib - Sotong Goreng Tepung, rupa tk semengah tap sedap sangat !!

Udang Masak Sweet Sour, tp pedas siot, ape pun tetap sedap !!