22 Jun 2014

Happy 1st Birthday Little Darling Zara

Ni entri yang backdated punya. Sayu pun ada tengok gambar ni semua sebab petang Ahad (8/6) aritu aku dok tengok gambar-gambar kemeriahan majlis besdey Zara, malamnya dapat call daripada kakak aku yang mak dah meninggal dunia...

Seperti biasa tengah borak-borak kat Whatsapp Mimi jemput aku ke majlis besdey anak dia petang Sabtu (7/6) dekat rumah parents Mimi kat Nilai. Sebut je Nilai aku terus terbayang kain pasang, kain langsir, kain tudung.. Dasar perempuan kan... Memandangkan kitorang takde plan lain, trus aku OK je.

Sampai sana kul 4. Aku cam teragak-agak nak turun daripada keter sebab takut salah rumah. Tak pepasal malu. Lama gak la kitorang melangok dalam keter sampai la hubby Mimi, Xua datang jemput kitorang kat keter. Diva sangat !!!


 Dengan besdey girl. Putih gebu, sakan aku gomol-gomol dia. Bila dia nangis aku 
bagi kat nenek dia suh dukung. Hihihhihi.. Eii terliur sangat aku kat baby girl sekarang ni tau !



Kat majlis tu terjumpa kawan kitorang Lin Salina. Anak-anak dia semua perempuan. Lin, sila share tips nak dapatkan baby girl ok nanti aku ajar ko nak dapatkan boy, kita sistem barter gitu !



Menu petang tu macam-macam. Ada mee kari..





Satey ayam dan daging...




Buah-buahan untuk chocolate fountain



Candy buffet table. Sakan aku dok angkut candy agar-agar kering tuh. 



Homemade Rainbow Cake, hasil air tangan kawan kitorang Sally Rashid.



Gosip dulu seround dua. Aku cam tak puas-puas cium gomol si Zara ni..tu la sape suruh tembam sangat !!





Tak sempat nak rasa kek tu sebab rushing nak balik umah, posing je la ngan kek tuh.



Trus hover bila dapat pegang belon



Aku, Mimi & Lin. Perkenalan kami bermula daripada forum ehemm ehemm sambung beramas 
mesra kat FB & Whatsapp


Best betul majlis wat kat laman rumah camni. Angin sepoi-sepoi bahasa buat aku ngantuk sangat !! Makanan semua sedap-sedap tapi pedas berdesing, biasalah orang Nogori kan.. Teringat pulak kesedapan Gulai Lemak Cili Api Burung Puyuh yang BFF aku masakkan hari tuh, gigih menyalai puyuh tengah malam buta katanye, hahaahaha ! .. Nanti masakkan lagi ok BFF. 

Tima kasih Mimi sebab selalu jemput aku ke majlis keraian ko sekeluarga. Buat Adni Zahraa, selamat hari jadi, semoga jadi anak yang solehah, membahagiakan papa & mommy dunia akhirat.



15 Jun 2014

Pemergian Ibu Tercinta

8 Jun 2014 (Ahad) pukul 7.15 malam, ibu yang tercinta yang kitorang panggil Mek telah meninggalkan kitorang buat selama-lamanya. Malam tu aku terlepas cakap pada Mr.Lee “rindunya nak makan mi goreng yang Mek masak. Sedapnya lain macam”.. Balik daripada kedai makan, dapat panggilan telefon daripada kakak aku, bagitau Mek dah meninggal. Ya Allah, aku tergamam dan terkejut. Aku sikit pun tak menangis sebab aku tak percaya berita yang disampaikan selagi aku tak tengok jenazah Mek depan mata aku. Menggigil badan aku masa kemas pakaian. Aku hanya bagitau superior aku sorang jer, kawan-kawan rapat yang lain sorang pun aku tak cakap. Tak sampai beberapa minit superior aku terus inform kat semua orang melalui Whatsapp.

Pukul 6.40 pagi kitorang sampai kat umah Mek. Sekujur tubuh Mek kaku diselimuti kain. Lemah longlai badan aku. Aku peluk jenazah dia.. Aku cium wajah Mek yang mulai sejuk.. Masa aku bacakan Yassin sebelah arwah, aku rasa sayu dan sebak, tapi aku masih belum menangis. Selesai bacakan Yassin, barulah aku keluar daripada rumah, call dan sms semua kawan berkenaan hal ni..

Pukul 10 pagi upacara memandikan jenazah Mek dimulakan. Aku dan kakak aku sama-sama bantu ustazah mandikan jenazah. Masa ni la air mata aku start menderu membasahi pipi tak boleh aku kawal. Aku menangis sepanjang upacara mandikan jenazah hinggalah upacara mengkafankan jenazah selesai. Bila ustazah yang mandikan Mek cakap jenazah Mek cantik macam tengah tidur je, air mata aku mengalir bertambah laju. Sekujur tubuh inilah yang melahirkan aku, berniaga siang malam untuk membesarkan aku, bekerja keras mencari duit untuk memenuhi segala kehendak aku… 





Lebih kurang pukul 12 tengah hari jenazah Mek selamat disemadikan, tak dapat dikebumikan sebelah kubur arwah ayah sebab dah takde ruang tapi masih lagi dekat dengan kubur arwah ayah. Alhamdulillah dipermudahkan segala urusan. Terima kasih kepada semua pihak yang membantu. Berderet-deret ucapan takziah aku terima melalui FB, Whatsapp dan SMS. Aku baca sepintas lalu jer, masih takde mood nak reply satu per satu masa tuh.










Mek sakit tua dan start nyanyuk 2 tahun lepas. Biasalah orang dah nyanyuk perangai dia macam budak-budak kan, suka bercakap tak henti-henti dan sekejap sekejap mintak nak makan itu ini. Mek pun macam tu jugak la tapi dia masih kenal anak-anak dia. Cuti 1 Mei aku balik kampung aritu, Mek dah banyak berubah. Dia jadi sangat pendiam, kurang makan dan terbaring je atas tilam dia. Dia pandang je aku tak cakap apa-apa. Dia tenung je aku daripada tempat pembaringan dia. Patut la Mek dah berubah, rupanya itu petanda Mek bakal tinggalkan kitorang buat selama-lamanya. Andai aku tau itulah kali terakhir aku suapkan dia makan.. Andai aku tau itulah kali terakhir aku tatap mata dia.. Andai aku tau itulah kali terakhir aku lihat Mek di saat hayatnya masih dikandung badan, aku sanggup extend cuti untuk habiskan lebih banyak masa dengan dia walaupun kena potong gaji.. Andai aku dapat undur masa kembali ke saat tuh.. Aduhai.. Abang ngah aku ada cakap, beberapa hari sebelum Mek meninggal, Mek berdiri di tepi tingkap, perhatikan abang ngah aku kat luar umah… Mungkin Mek nak tengok anak-anak dia sebelum dia pergi jauh.

Kawan-kawan nasihatkan aku supaya bersabar dan jangan sedih-sedih. Aku dah kurang sedih sebab aku redha pemergian dia.. Aku menangis sebab rindu.. Rindu sangat pada arwah Mek. Betul la kawan blogger aku Kak Sura cakap “rindu pada yang masih hidup, ada manisnya, tapi rindu pada yang dah tiada, sayu sangat rasanya”.. Terima kasih pada BFF aku yang sedaya-upaya hiburkan aku untuk bantu aku lupakan kesedihan ni, kamu memang BFF terbaik (you know who you are)



Ya Allah, ampunilah segala dosa kedua ibubapa ku. Cucurilah rahmat-Mu keatas roh mereka dan tempatkanlah roh mereka dikalangan roh-roh orang yang beriman. Al-fatihah….


8 Jun 2014

Bergosip Di Noodle Station, Alamanda

Hai kengkawan blogger sekalian alam.... lama aku menghilang kan ? Rindu betul nak blogwalking kat umah korang... 

Jumaat lepas aku off. Plan asal belah pagi aku nak bawak Afieq gi Hospital Serdang tapi tak jadik pulak. Tu nanti aku citer dalan entry lain ok. Tetiba Kirana wasap ajak meet up. Dia ni selalu sangat datang Putrajaya, ulang alik dari JB ke Putrajaya ikut hubby meeting tapi kali ni je aku baru gi jumpa dia, aku kan sombong dan bongkak orangnya.. Hahahaha !! Kirana stay kat The Everly Hotel, so jumpa kat Alamanda senang sikit sebab bangunan sebelah menyebelah jer. Anak-anak aku tinggalkan kejap kat umah pengasuh.


Pukul 3.20 petang aku dah sampai. Kalau kengkawan aku yang keje kat JANM ada kompom awal pagi lagi aku dah sampai, boleh lepak ngan diorang kejap, tapi diorang takde pulak aritu sebab gi majlis kenduri Rubi kat Terengganu. Dah jadik bini orang dah Rubi ye... Syiok tak kahwin ? Hahahaha !! Hujung bulan ni kita jumpa ye Rubi dan Zah..



Kirana bawak anak sulung dia. Budak comey ni dua kali dok puji aku cantik. Aku senyum 
menyeringai cam pontianak, ye la budak-budak kan ikhlas dan tak pandai menipu.. Auntie tau Wiwy 
kagum Auntie ni cantik... Hahahahaaha !!



Air ni namanya I Love You Lemonade. Manis betol !!



Cinonet jer air aku, dalam menu nampak cam botol besar.  Pastu terpaksa curi minum Ice Lemon Tea Wiwy pulak sebab air aku cepat habis.


Kirana dan Wiwy makan Fish & Chips For Kids je sebab dorang dah kenyang makan nasi tengah hari tadi.



Aku punye Spring Noodles with Smoked Blackpepper Chicken. 



 Si Wiwy suka tol wat muka pelik-pelik masa amik gambar... Babap kang baru tau !!





 Tengkiyu Wiwy ambikkan gambar mommy dan Auntie Zura tanpa sebarang gegaran walaupun nampak sebatang jari Wiwy dalam gambar ni... 



 Member kitorang cakap untung la jumpa boleh comolot, aku cakap bukan takat comolot, cium tudung Kirana sekali ni haa.. Macam-macam topik keluar.. Thanks babe belanja mamam. Aku kasik angpow tak nak amik, duit aku tak laku la katakan.... 


 Pukul 6.40 petang gitu gerak balik umah. Ni merupakan jalan aku balik rumah masa aku based kat JANM setahun yang lalu. Dulu time bulan poser jalan ni jem teruk betul sebab penutupan satu lane, so aku selalu sangat larik balik umah seawal kul 4 petang... Isshh syahdu pulak rasanya... Sobb..Sobb..Sobb...



 Sebelum sampai umah aku singgah jap kat Aeon Cheras Selatan. Nak carikkan hadiah untuk Zara sesambil window shopping cuci mata kata ko !! Memang hobi aku jenjalan sorang-sorang kat shopping mall..



Comey comey la dress untuk baby girl. Setengah jam aku dok terpacak kat sini tak tau nak beli yang mana satu. Best nya kalu ada anak pompuan. Lepas bayar trus bergegas ke gerai feberet kitorang sekeluarga sebab kakak ipar, adik ipar, Mr.Lee dan anak-anak tengah menunggu aku nak makan sesama. Baru je kejap tadi makan mi semangkuk, pastu makan nasi goreng paprik lagi.. Cam ne nak buang 4 kilo berat badan cam ni !! Haihh !!!