27 Nov 2013

Sarapan Dengan Laksa Penang


Aku : Bie pagi esok kita brekfes dengan laksa penang ok
Mr.Lee : Hoi tak pernah dibuat orang makan laksa penang pepagi buta !
Aku : Ala boleh je la.. Ibu excited nak masak nih !!
Mr.Lee : Ye la ye la.. (malas nak layan bini bercakap la tuh..)


Malam tu aku masak kuah dia sesiap. Senang gile rupanya nak buat kuah laksa ni, orang lain dah berzaman dah buat, aku sorang je baru nak try, gile sedey ko nih !!!


Aku ikut resepi daripada blog MAT GEBU ... Tima kasey bang mat share resepi tuh.

BAHAN - BAHAN KUAH :
ikan kembong
1 tin kecil ikan sardine
cili kering, kerat2, cuci dan rendam dalam air panas dan toskan*
cili padi
6 biji bawang merah*
1 biji bawang besar*
1 batang serai, dihiris*
1 cm lengkuas*
30 g belacan*(*dikisar halus)
2 kuntum bunga kantan, belah 2 setiap kuntum
1 cawan nenas yang didadu halus
1 genggam daun pudina
1 genggam daun kesom
3 keping asam gelugor
20 g asam jawa + 1 cawan air, ramas dan tapis jusnya
Air secukupnya (ikut suka hati masing2 nak byk mana)
Garam dan gula secukup rasa


CARA :
  • Ikan kembong disiang, cuci bersih dan rebus hingga masak. Keluarkan ikan, asingkan isi dan tulangnya. Kisar tulang2 ikan tadi dan tapis, ketepikan. 
  • Ikan sardine, diasingkan dari sosnya, cuci ikan tadi dan lecek hancur, buat sama dengan isi ikan kembong tadi. 
  • Air rebusan ikan tadi ditapis ke dalam periuk, masukkan bahan kisar halus, nenas, air dari kisaran tulang ikan dan isi ikan tadi. 
  • Masak hingga mendidih dan masukkan jus asam jawa, asam gelugor dan air secukupnya. Tambah belahan bunga kantan dan daun kesom. 
  • Masak dengan api perlahan selama 45 - 60 minit. Tambah air jika perlu. 
  • Akhir sekali masukkan daun pudina dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. 
  • Biar mendidih 2 - 3 minit lagi, rasa dan jika ok boleh matikan api.

Aku buh nenas banyak-banyak, lagi sedap


Mr.Lee : Kuah laksa ni pedas, nanti anak-anak nak makan camner ?
Aku : Jangan risau Bie, ibu dah masakkan nasi goreng cina ni untuk dorang
--- Amboi risau bebenor pasal anak-anak dia ----



25 Nov 2013

Nasi Ayam Penyet Indonesia


Tengah hari Ahad lepas aku masak nasi ayam penyet versi bakar punyer. Aku refer kat blog Amie's Little Kitchen sebab resepi dia lengkap. Tima kasey Amie..


Ayam penyet

Bahan:
Ayam
Air kelapa
garam / gula / perasa pilihan

Bahan kisar:
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
1 sudu teh jintan putih - aku tak buh
1 sudu teh jintan manis - aku tak buh
1 sudu makan ketumbar biji - aku tak buh
1 batang serai
2cm lengkuas
2cm halia
2cm kunyit hidup

Cara:
1. Masukkan kesemua bahan di atas ke dalam periuk.
2. Didihkan dengan api sederhana sehingga ayam separuh masak.
3. Toskan daging ayam.
4. Tekan / penyetkan daging ayam - aku hentak ngan pisau pemotong daging yang besar
5. Panggang daging ayam sehingga masak.


Tempe & Tauhu Bacem

- Kalau ikutkan resepi sebenar Amie guna bahan lain, tapi sebabkan aku malas ya rabbi, aku pun rebus je tauhu ngan tempe ni dalam kuah yang aku guna untuk rebus ayam tadi. Lepas tu goreng. Sedap jugak ok !!


Sambal Ulek

 Bahan:
1 genggam cili padi - kalau takut pedas gunakanlah dalam kuantiti yang sedikit
3cm belacan
7 biji bawang merah - hiris kasar
2 biji tomato - belah 8
minyak
garam / gula / perasa pilihan
Perahan limau - ni aku yang pepandai tambah.

Cara:
1. Goreng kesemua bahan di atas kecuali garam / gula / perasa pilihan.
2. Untuk hasil yang lebih memuaskan gunakan lesung 'ulek', aku guna lesung batu biasa je.
3. Perasakan dengan garam / gula / perasa pilihan dan perahan limau.



Hidang ngan nasi panas, memang thorr baek la..




21 Nov 2013

Kari Ikan Style Zura

 

Salam Khamis untuk kengkawan cyber yang terchenta... 

Masa tengah pilih bawang besar kat supermarket, aku tetiba terpikir nak modify resepi ikan yang biasa, kasik dia pekat lebih sikit. Semua orang memang dah tau nak masak kari kan... Tapi aku nak share ape yang aku dah buat masa masak kari ikan malam tadi.

Rahsianya (rahsia la sangat !!) :  Aku kisar 4,5 ulas bawang putih, 2 inci halia, beberapa keping cili kering yang dah dicelur dan sebijik bawang besar yang bersaiz besar gabak. Pastu aku tumis macam nak buat sambal ikan bilis. 

Bila tumisan dah garing baru aku masukkan serbuk kari Allagappas yang dah dicampur dengan sedikit air, rempah kering (kulit kayu manis, bunga lawang & bunga cengkih) dan daun kari. Satu pek serbuk kari aku guna untuk seekor ikan bawal bersaiz dua tapak tangan orang dewasa. Tengok bahan tumisan pun dah pekat dan banyak, belum masukkan santan lagi tuh.

Lepas tu teruskan masak kari cam biasa la..Masukkan sedikit air, santan pekat, asam gelugur, garam secukupnya dan serbuk perasa. Bila dah pecah minyak baru aku masukkan ikan. Dah siap !!!



Aku buh daun kari banyak-banyak...



Lebihan kuah kari yang pekat tu aku simpan dalam peti, arini panaskan bawak gi opis cicah ngan roti..


Mr.Lee nampak jer aku hidangkan kari ni atas meja, cepat-cepat dia gi basuh tangan standby nak makan. Aku cakap "tunggu jap Bie, belum boleh makan lagi ni, ibu nak amik gambar dulu"... sebbaik dia ok, dah redha dengan perangai bini dia yang perasan bblogger tegar nih... hahahaahaha !!!




15 Nov 2013

Creamy Carbonara Fettuccine

Salam Jumaat untuk kengkawan blogger & reader yang superb.. Arini aku up entry daripada opis baru. Kelas ko first day keje trus update blog.. hhaahaha...


Mr.Lee ni tak berapa makan sangat spageti spageti ni, tekak melayu sejati. Jenuh la aku kelentong dia cakap carbonara ni rasa cam kuah laksam. Tapi memang betol pun kan..lemak-lemak gitu kuahnye cam kuah laksam. SebbaikMr.Lee boleh habiskan sepinggan, so lenkali boleh buat lagi.. hhihihih ..Senang sangat nak buat ni..

Bahan-bahan:
Bawang putih dan bawang besar holland - dicincang halus
Daging kisar
Setin susu cair - nak ganti dengan fresh cream pun boleh
Setin Campbell's Cream of Mushroom
Cendawan butang dalam tin - hiris nipis
Jagung muda - dipotong kecil, nak ganti dengan sayuran keras yang lain pun boleh
Serbuk lada hitam
Sedikit air
Garam dan serbuk perasa
Fettuccine - ganti dengan spageti atau pasta jenis lain
Minyak zaitun
Cheese - aku guna slice cheese jer, parmesan cheese kan mahal, hahaahah


Cara-cara :

  • Rebus fettucine dengan air yang telah dicampur dengan sedikit minyak dan garam. Tos dan ketepikan.
  • Panaskan minyak zaitun, tumis bawang putih dan bawang besar holland yang telah dicincang hingga naik bau.
  • Masukkan daging cincang. Tumis setengah masak saje.
  • Masukkan sedikit air dan Campbell's Cream of Mushroom. Biarkan mendidih
  • Bila dah mendidih, masukkan jagung muda dan cendawan butang dalam tin tadi.
  • Bila jagung muda dah lembut, masukkan sedikit garam, serbuk pati ayam dan sedikit serbuk lada hitam
  • Masukkan susu cair.
  • Sebelum angkat, masukkan cheese dan cepat-cepat off api.
  • Tuangkan kuah ke atas fettuccine tadi. 





12 Nov 2013

Terima kasih dan Selamat Tinggal.....

12 November 2013 genap 4 tahun 11 bulan aku berkhidmat dengan kompeni nih... Sepanjang hampir 5 tahun ni macam-macam yang aku belajar dan lalui.

Dekat kompeni ni, kitorang dilatih untuk jadik multitask system engineer, bermakna bukan fokus kepada satu jobscope saje, tapi kena buat macam-macam kerja.. Aku bukan setakat buat project management, tapi aku turut terlibat dengan technical activity.

Technical activity tu takde la yang hard core sangat pun, setakat gi buat network maintenance untuk beberapa jabatan kerajaan di Putrajaya je, tapi awal tahun 2012 pernah la jugak buat network maintenance kat beberapa cawangan Jabatan Akauntan Negara kat Sarawak dan Sabah. Kalu bahagian teknikal yang susah-susah tu senior engineer lain buatkan.. hihihhi..

Sebab terlibat dengan network maintenance untuk beberapa cawangan Jabatan Akauntan Negara, aku berpeluang menjejakkan kaki ke tempat-tempat yang aku tak pernah terfikir akan sampai ke sana. Korang boleh klik pada gambar untuk cerita lanjut.

 April 2012
Limbang, Sarawak - April 2012


 Kuching
Kuching, Sarawak - Mei 2012


sri aman
Sri Aman, Sarawak - Mei 2012


 Mei 2012
Miri, Sarawak - Mei 2012


 Limbang, Sarawak - Mei 2013
Limbang, Sarawak - Mei 2012


 labuan
Labuan, Sabah - Mei 2012


Stat tahun 2012, kompeni mengalami masalah kewangan. Bila dah ada masalah kewangan tu paham-paham la kan, gaji selalu sangkut..EPF potong kat gaji tapi tak masuk dalam akaun... Aku langsung tak cite kat family aku pasal masalah kompeni. Kang kena maki hamun pulak ngan abang long aku sebab dulu dia tak suka aku keje swasta, dia suh aku jadik cikgu... Susah-susah aku blaja IT dia nak suruh aku jadik cikgu, memang tak hingin la aku...

3hb Oktober 2013 dapat call daripada satu kompeni suruh datang interview. Berdebar gile babi aku. Sampai berdenyut-denyut tengkorak aku rasa, kembang kucup kepala otak.. Aku siap google cara nak gi interview dengan betol, pastu siap wat nota. Kalu ingat balik cam bongok jer, beria buat preparation dan nerves gile padahal aku bukannye fresh graduate, hahaahah... Gile hape tak nerves, dah dekat 5 tahun tak gi interview..

Aku siap gi amik gambar passport baru nak attach kat resume. Kebetulan pulak kedai gambar yang aku pegi tu memang superb.. Hasil gambarnya memang aku puas ati sangat. Sesungguhnya aku perasan lawa sangat bila tengok gambar passport aku ni. TQ photographer.. Trus aku rasa konfiden sikit nak gi interview. Hahahaha !!

8hb Oktober 2013 aku gi interview. Mr.Lee pesan baca Bismillah banyak kali pastu hembus atas muka orang yang interview aku. Petua apekah itu Bie !!! Hahahaah !! Dorang cakap akan call aku dalam masa dua minggu. Pastu senyap jerk.. Aku pun frust, memang takde rezeki kot, sedih nye......

30hb Oktober 2013 dapat call suh datang untuk 2nd interview kat kompeni yang sama keesokan harinya. Alhamdulillah aku dapat keje tuh. Syukur sangat. Rasa macam nak lompat bintang sejauh 10 km.. Kang dorang kansel pulak nak hire aku...



Hari ni hari terakhir aku di kompeni yang banyak berjasa pada aku selama dekat 5 tahun.  Sedih sangat nak tinggalkan kompeni ni.. Aku seronok sangat keje kat kompeni ni.. Team yang sangat best, kepala gile dan happening.... Bos department yang sangat kamceng ngan budak-budak dia.. waktu kerja yang fleksibel, boleh gi keje lambat, balik keje awal... kalu nak cuti boleh kawtim je ngan bos, dah balik daripada cuti tu baru isi leave form & submit ke HR... Tapi tu la, disebabkan masalah kewangan kompeni, dah ramai staff yang beralih arah, aku pun ada matlamat sendiri, sampai bila nak stay kat sini lagi kan, everything needs money..


Engineering Team dalam kenangan... Colmar Tropicale, Bukit Tinggi 2009.. 
Dah ramai dah yang blah, tinggal 5,6 orang je sekarang.


Terima kasih kepada bosses dan Engineering team yang banyak bagi tunjuk ajar...
Terima kasih untuk persahabatan yang terjalin...
Terima kasih untuk segala kenangan sepanjang 5 tahun ni....


Tengah kemas barang kat meja opis terjumpa nota ni.. Aku nangis sorang-sorang lepas baca...


Tuhan je yang tau betapa beratnya kaki aku nak melangkah pergi... Ya Allah, permudahkanlah urusan ku. Semoga pekerjaan baru ni menjanjikan kehidupan yang lebih bermakna buat aku sekeluarga.. Amin..


P/S : Pasni makin jarang la aku update blog, wat sementara waktu ni wajib lah fokus pada kerjaya dulu, pekerja baru masuk la katakan.. hihihhihih....



8 Nov 2013

Nikmatnya Makan Bila Balik Kampung

Minggu lepas kan cuti Deepavali dan Awal Muharram. Kitorang balik kampung sebab raya Haji aritu tak balik. Bila balik kampung memang nafsu aku meningkat kaw-kaw punya. Lantak la berat badan naik, balik KL kang kita jogging sampai goyang lutut ya Mr.Lee...

Menu lunch kat umah mertua. Berkali-kali aku tambah nasik. Lauk pauk sempoi je, kat KL pun boleh dapat, tapi feel dia takkan sama macam korang makan kat kampung...

 Malam perlawanan akhir Piala Malaysia tu aku diberi mandat untuk masak Spageti Tomyam. Bangga sekejap sebab aku tak pernah masak pun kat umah mertua.. Hahahahaah, kantoi !! Resepi ni aku dah pernah share kat SINI

 Adik ipar aku goreng bihun untuk orang-orang yang datang tengok bola big screen depan umah mertua. Kitorang tengok kot tv je. Terjerit-jerit aku tengok bola kat umah mertua, takde kontrol ayu lagi dah. Nasib ko la mak dapat menantu mulot petir cam aku.. hahaahaha


Kat Klate, menu utama brekfes adalah nasi. Ni nasi berlauk Kak Wok yang sangat femes tuh. Ada ayam goreng, kuah gulai dan sambal belacan. Aku rasa cam biasa-biasa jer, ntah nape boleh femes. Orang dah belanja banyak cakap pulak ko yerk Zura...


 Kebetulan masa balik tu ada sedara bayar nazar, dia sedekahkan daging kambing, so adik ipar aku masakkan gulai kambing. Sedap wey, makan bertambah aku..


 Petang-petang lepak atas pangkin belakang umah mertua makan rambutan. Aku makan yang kuning je sebab yang merah macam dah selalu sangat aku makan. Rambutan ni pokok kepunyaan jiran. Aku suh Mr.Lee amikkan dia taknak, takut kena halau katanya. Berdesup mak mertua aku gi amikkan.. 

 Brekfes kat umah mak aku. Kalau belah kawasan Pasir Puteh, waktu pagi boleh brekfes dengan nasi berlauk ayam / daging bakar. Takyah susah-susah makan kat Kenny Rogers, kelass !!


Sebelum balik KL, kitorang singgah umah abang long aku. Konon nak singgah sekejap je, sekali kakak ipar aku ajak masak-masak mi kari pulok. Mr.Lee dah risau dah takut lambat sampai KL. Abang sulong aku tu very particular tentang kesihatan, so mi ditukar dengan spageti. Lepas makan baru kitorang bertolak balik. Untung gak lepak umah abang aku ni, dah la dapat makan, kakak ipar aku bagi selendang dua helai.  



Aku rasa bukan aku sorang je jadik pelahap gile bila balik kampung. Kompom korang pun sama jugak kan ? Hahahahaahah !!! Ok cukup cakap pasal makan, aku nak gi jenjalan kat blog korang pulak.