31 Dec 2012

Kuala Selangor - Bahagian Keempat

* Gerai Cendol Durian Borhan *

 







Sebelum check-out, kitorang bawak Afieq ngan Asyraaf mandi kat kolam apartment tuh.. amai betul orang mandi pagi-pagi buta nih. Kuat betul bau klorin.. Kolamnya kecik jer, bahagian budak-budak pun dalam jugak. 



Sekejap je basahkan badan anak-anak, pastu kitorang naik bersiap untuk check-out. Lepas check-out, terus ke Pekan Kuala Selangor konon nak makan mi udang banjir yang femes tuh. Tapi frust gile sebab belum bukak lagi, maybe sebab baru kul 10 lebih.. Terus aku google kedai makan best kat Kuala Selangor selain mi udang. Ada suggestion pasal Warung Soto Pasir Penambang. Dekat ngan warung soto tu ada Gerai Cendol Durian Borhan yang femes cam Cendol Bakar tuh. Terus kitorang singgah pekena cendol dulu.. 


Banyak betul pilihan cendol kat sini. Selain cendol, hanya ada dua makanan lain iaitu mi kari ngan laksa saje. Aku order mi kari special ngan cendol durian campur keladi, Mr.Lee pulak laksa ngan cendol durian pulut.


Asyraaf mula menunjukkan skill tiger show nyer.... Kelasakan anak-anak menyebabkan kitorang tak mampu nak makan secara aman sentosa sejahtera di kedai and the main reason nape kitorang prefer masak sendiri kat umah / homestay...

 Cendol durian campur keladi yang yummy !!

Laksa - tak sempat aku nak rasa sebab Mr.Lee dah abihkan semuanye.. huhuhuh !!

Afieq mintak nak makan sendiri, bagusnya anak sulung ibu ni.. Dahi luka sebab malam tadi langgar sliding door kat apartment sewa tuh...

Mi kari special dah sampai
Patot la special, sebab ada udang, ayam dan kerang, cuma sayo je sikit.. Kuah pekat dan pedas.. Yummy mummy !!
Mungkin sebab awal pagi lagi, so nak senang je kitorang dapat parking, kalu tengah hari sikit maybe susah kot...Parking ada disediakan tapi cam tak berapa luas sebab dekat ngan carwash. 
 
Senang sangat nak cari gerai ni..Betul-betul tepi jalan besar.. Alamatnya : Bt. 2, Pasir Penambang, Kuala Selangor. Lepas mamam kitorang singgah kat Pasar Pasir Penambang pulak..

Bersambung.... 

 

Kuala Selangor - Bahagian Ketiga


* Pantai Remis *

Lepas settle aktiviti EAGLE FEEDING, aku mintak Mr.Lee singgah kat Pantai Remis.

Sampai sana dah dekat kul 7 petang. Gerai makan dah bukak. Tapi gerai jual hidupan cengkerang cam kepah, lala, kerang dah tutup dah, ada satu je yang tinggal. 







Sebelum balik, kitorang singgah kat satu gerai nak beli kerang.

Aku : “Bie, ibu beli kerang 5 kilo yerk..”
Mr.Lee : “Ingat kita nak wat kenduri ker..?”
Aku : “Bie ingat banyak sangat ke 5 kilo tu”
Mr.Lee : “Ikut suka ibu la..” (malas nak layan bini dia yang dilanda tamak haloba)

Peniaga tu letak harga RM3.50 sekilo & RM10 untuk 3 kilo, terus aku suh akak tu bungkuskan 3 kilo.. Kerang nya bersih dan gemuk-gemuk plak tuh.. 





Sampai apartment terus bersihkan kerang dan rebus campur serai yang aku bawak daripada umah. Anak-anak tak berapa makan sangat, seronok la aku sebab boleh makan banyak.. Gile tamak aku ni !!.. Banyak gile hokey 3 kilo tuh, sampai nak muntah aku makan. Pastu aku terpaksa serender, memang aku dah tak mampu nak habiskan. Aku paksa Mr.Lee habiskan sebab dia suka makan kerang. Tak lama pastu dia plak benti makan sebab dah tak larat nak makan. Banyak jugak la balance yang kitorang tak abih malam tuh.. Padan muka aku, tamak tak hengat donia, sebbaik tak beli 5 kilo…Serius nak muntah, dah balun coke satu botol besar pun still tak hilang loya..

Bersambung..










27 Dec 2012

Kuala Selangor - Bahagian Kedua

* Aktiviti Eagle-Feeding *


Lepas settle lunch jap tadi, kitorang keluar untuk aktiviti eagle-feeding. Aktiviti ni aku masukkan dalam itinerary lepas baca kat blog AliBukanSetan. Setau aku, hanya ada satu agensi je kat Kuala Selangor yang menyediakan aktiviti eagle-feeding. Hanya berpandukan signboard tanpa bantuan GPS, kitorang sampai jugak kat D’Tour Kuala Selangor. Carik Pasar Pasir Penambang, sebelahnye ada simpang kecik untuk ke D’Tour Kuala Selangor. Jalannye kecik je, tak berturap dan anjing berkeliaran merata-rata, sebab tu dah masuk perkampungan Cina. Ingatkan dah sesat dah, sebbaik Nampak signboard D’Tour. Nak parking pun hazab sebab ada bas persiaran bawak pelancong asing.




 Penjual tiket tu sombong nak mampus macam mintak disantau jerk. Klu aku ni tok bomoh cam dalam citer Puaka Niyang Rapik tu memang kompom aku santau beliyau. Caj naik bot dewasa RM25 seorang dan Afieq ngan Asyraaf RM15 seorang. Ingatkan Afieq ngan Asyraaf free jerk sebab kecik lagi kan.. huhuhuh…




Lepas kitorang pakai safety jacket, terus naik bot dan bergerak ke suatu lokasi tengah-tengah muara. Afieq ngan adik langsung tak meragam sebab pakcik tu bawak bot tak laju sangat, takde la terhentak-hentak badan kitorang.






Lama jugak pakcik tu bawak kitorang pusing-pusing.. Lebih kurang 10 minit camtu, dia celupkan baldi yang berisi kulit ayam ke dalam air.. nak kasik bau merebak dalam air dulu kot.. Tak lama pastu berpuluh-puluh ekor burung helang dan macam-macam jenis burung yang aku tak kenal datang makan. Kagum aku kejap.



















Lama jugak aktiviti eagle feeding ni, lebih kurang sejam jugak la. Plannya sebelah malam nak gi tengok kelip-kelip kat muara Kampung Kuantan. Tapi tengokkan kelasakan Asyraaf dalam bot tadi, terus kitorang kansel.



Bersambung....