26 Dec 2013

Mini Karnival Upin Ipin 2013

Salam kengkawan blogger dan kengkawan maya semua.. Hadoi rindunye aku kat korang.. Rindunye nak update blog.. Bizi nye aku ngalahkan menteri. (Baru ko tau tinggi rendah langit tu kan zura, sebab kat kompeni lama ko banyak masa free !!)

Maaf sesangat sebab takde masa nak jenjalan kat blog korang cam dedulu. Ni aku up satu entry pun sebagai tanda aku masih wujud jer.. hahahaaha

Hari Ahad, lepas hantar anak sedara aku kat stesen bas Putra, kitorang terus ke Bukit Jalil sebab ada mini karnival upin ipin. Aku tau pasal karnival ni pun sebab kawan aku dok upload gambar anak dia gi karnival tu kat FB.

Kitorang parking kat tapak Jom Heboh, rupanye karnival tu kat dalam Dewan Sri Putra. Jauh gile menapak, ada la dalam 10 minit. Anak-anak suka la jalan jauh camni, tengah aktif berlarian la katakan..


Aku tetap menten sengih walaupun tiak dah start basah kuyup


Akhirnya si adik serender, tak larat dah nak jalan. Tapi bila adik nak berdukung, si abang pun menggelupor mintak dukung jugak. Terpaksa Mr.Lee dukung dua-dua..


 Sebelum masuk dewan, kita posing ngan van upin ipin dulu.


Selamat datang ke mini karnival upin ipin 2013


Masuk dewan terus naik pentas posing ngan patung watak-watak dalam kartun upin ipin.


Mak budak pun nak jugak....


Kena pegang anak-anak baru boleh dapat gambar elok sikit, kalu tak, dorang berlarian
masa aku snap gambar


Ada booth cenderamata cam biasa


Bilik Tayangan untuk layan katun upin ipin cam kat umah


Isi minyak dulu. Tempat duduk ni depan pentas, dekat sikit nak tengok persembahan


Watak-watak utama dah keluar


Mak bapak sama excited ngan anak-anak


Persembahan nyanyian dua buah lagu daripada pemilik suara watak Upin Ipin. Budak ni dah tingkatan satu rupanye.


Leka anak-anak tengok Upin Ipin real depan mata


Aku nak posing cecantik pun tak boleh, anak-anak asek nak berlari je dalam dewan tu


Afieq je bergambar, Ashraaf taknak, menangis tengok maskot Mamee ni..


Posing depan umah opah


Beratur amik sample Mamee Chef


Cam sweet pulak gambar ni.. Anak-anak aku dua-dua lelaki pakai baju sama, yang budak-budak sebelah ni pun sama cuma dorang tu pompuan... Comey nye dorang pakai dress, trus rasa nak beranak lagi.. Hahahaahah !!


Akak sorang ni pun excited jugak..


Aku memang daripada awal lagi dah hover excited, anak-anak tak amik port pun, sibuk melahap megi..


Gerai makanan Upin Ipin


Makanan dalam kotak pakej sekali dengan air botol Upin Ipin. Satu kotak rm10.00. Aku nak naget je, budak tu cakap dalam kotak memang semua campur.


Isi dalam kotak rm10.00 tuh.. Ayam goreng seketul, roti sebijik, popcorn chicken 4,5 ketul besar ibu jari kaki aku, naget dua ketul & mini sosej dua ketul. Aku rasa cam mahal sikit. Ape nak buat, makanan jenama Upin Ipin kan...


Yang ni Mr.Lee beli. Satu beg plastik ni ada 5 botol air buah campur Nata De Cocoa ngan satu cikedis besar, RM10.00. Air dia sedap, banyak betul nata dalam botol tuh..



P/s : masa korang baca entry aku nih, aku berada di kawasan pedalaman. Bukan bercuti tapi keje. Jumaat aku masuk opis, kalu tak bizi memang aku nak merempit terjah blog korang semua. Ai miss korang semua !!!



10 Dec 2013

Mi Kari Simple

Plan asal nak masak mi kari untuk brekfes Mr.Lee ari Sabtu sebelum dia gi keje, ntah camner lepas solat Subuh aku terbabas tido sampai tak sedar bila ntah dia kluar umah gi keje.. hahahaah !!!

Jadi mi kari ni dimasak sebagai sarapan pagi untuk hari Ahad.


Rupa-rupanye masak mi kari sama je macam kita masak gulai kari ayam, orang lain dah lama tau, aku je yang baru tau.. -_____-

Aku ada masukkan air rebusan kulit dan kepala udang macam yang JUMIE SAMSUDIN sajeskan, memang bertambah sedap rasa dia..







Bahan-bahan :
Daging Ayam - aku guna bahagian yang bertulang supaya dapat air tulang yang manis
Fishcake 
Bawang putih, bawang merah dan halia - dikisar
Serbuk rempah kari - campurkan dengan sedikit air untuk dijadikan pes
Daun kari
Udang - direbus bersama kulit dan kepala yang telah diasingkan. 
Air rebusan udang  - Kepala udang tu nanti kisar dengan air rebusan dan ditapis
Santan cair / susu cair
Air asam jawa
Mi kuning
Sawi - dicelur
Tauhu goreng
Limau nipis
Minyak untk menumis
Bahan perasa secukupnya

Cara :
  • Tumis bawang putih, bawang merah dan halia kisar hingga naik bau.
  • Tumis pes rempah kari dan daun kari hingga pecah minyak.
  • Masukkan ayam dan fishcake, goreng hingga setengah masak saje dan trus masukkan air rebusan udang dan santan cair.
  • Bila dah mendidih, masukkan bahan perasa dan air asam jawa
  • Curah kuah di atas mi kuning yang telah dicelur, hiaskan dengan hirisan limau nipis, udang yang direbus dan hirisan tauhu goreng

Senang sangat kan nak buat.. kalu buh kerang, tambah telur rebus dan sambal tumis udang lagi bertambah mantap...




27 Nov 2013

Sarapan Dengan Laksa Penang


Aku : Bie pagi esok kita brekfes dengan laksa penang ok
Mr.Lee : Hoi tak pernah dibuat orang makan laksa penang pepagi buta !
Aku : Ala boleh je la.. Ibu excited nak masak nih !!
Mr.Lee : Ye la ye la.. (malas nak layan bini bercakap la tuh..)


Malam tu aku masak kuah dia sesiap. Senang gile rupanya nak buat kuah laksa ni, orang lain dah berzaman dah buat, aku sorang je baru nak try, gile sedey ko nih !!!


Aku ikut resepi daripada blog MAT GEBU ... Tima kasey bang mat share resepi tuh.

BAHAN - BAHAN KUAH :
ikan kembong
1 tin kecil ikan sardine
cili kering, kerat2, cuci dan rendam dalam air panas dan toskan*
cili padi
6 biji bawang merah*
1 biji bawang besar*
1 batang serai, dihiris*
1 cm lengkuas*
30 g belacan*(*dikisar halus)
2 kuntum bunga kantan, belah 2 setiap kuntum
1 cawan nenas yang didadu halus
1 genggam daun pudina
1 genggam daun kesom
3 keping asam gelugor
20 g asam jawa + 1 cawan air, ramas dan tapis jusnya
Air secukupnya (ikut suka hati masing2 nak byk mana)
Garam dan gula secukup rasa


CARA :
  • Ikan kembong disiang, cuci bersih dan rebus hingga masak. Keluarkan ikan, asingkan isi dan tulangnya. Kisar tulang2 ikan tadi dan tapis, ketepikan. 
  • Ikan sardine, diasingkan dari sosnya, cuci ikan tadi dan lecek hancur, buat sama dengan isi ikan kembong tadi. 
  • Air rebusan ikan tadi ditapis ke dalam periuk, masukkan bahan kisar halus, nenas, air dari kisaran tulang ikan dan isi ikan tadi. 
  • Masak hingga mendidih dan masukkan jus asam jawa, asam gelugor dan air secukupnya. Tambah belahan bunga kantan dan daun kesom. 
  • Masak dengan api perlahan selama 45 - 60 minit. Tambah air jika perlu. 
  • Akhir sekali masukkan daun pudina dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. 
  • Biar mendidih 2 - 3 minit lagi, rasa dan jika ok boleh matikan api.

Aku buh nenas banyak-banyak, lagi sedap


Mr.Lee : Kuah laksa ni pedas, nanti anak-anak nak makan camner ?
Aku : Jangan risau Bie, ibu dah masakkan nasi goreng cina ni untuk dorang
--- Amboi risau bebenor pasal anak-anak dia ----



25 Nov 2013

Nasi Ayam Penyet Indonesia


Tengah hari Ahad lepas aku masak nasi ayam penyet versi bakar punyer. Aku refer kat blog Amie's Little Kitchen sebab resepi dia lengkap. Tima kasey Amie..


Ayam penyet

Bahan:
Ayam
Air kelapa
garam / gula / perasa pilihan

Bahan kisar:
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
1 sudu teh jintan putih - aku tak buh
1 sudu teh jintan manis - aku tak buh
1 sudu makan ketumbar biji - aku tak buh
1 batang serai
2cm lengkuas
2cm halia
2cm kunyit hidup

Cara:
1. Masukkan kesemua bahan di atas ke dalam periuk.
2. Didihkan dengan api sederhana sehingga ayam separuh masak.
3. Toskan daging ayam.
4. Tekan / penyetkan daging ayam - aku hentak ngan pisau pemotong daging yang besar
5. Panggang daging ayam sehingga masak.


Tempe & Tauhu Bacem

- Kalau ikutkan resepi sebenar Amie guna bahan lain, tapi sebabkan aku malas ya rabbi, aku pun rebus je tauhu ngan tempe ni dalam kuah yang aku guna untuk rebus ayam tadi. Lepas tu goreng. Sedap jugak ok !!


Sambal Ulek

 Bahan:
1 genggam cili padi - kalau takut pedas gunakanlah dalam kuantiti yang sedikit
3cm belacan
7 biji bawang merah - hiris kasar
2 biji tomato - belah 8
minyak
garam / gula / perasa pilihan
Perahan limau - ni aku yang pepandai tambah.

Cara:
1. Goreng kesemua bahan di atas kecuali garam / gula / perasa pilihan.
2. Untuk hasil yang lebih memuaskan gunakan lesung 'ulek', aku guna lesung batu biasa je.
3. Perasakan dengan garam / gula / perasa pilihan dan perahan limau.



Hidang ngan nasi panas, memang thorr baek la..




21 Nov 2013

Kari Ikan Style Zura

 

Salam Khamis untuk kengkawan cyber yang terchenta... 

Masa tengah pilih bawang besar kat supermarket, aku tetiba terpikir nak modify resepi ikan yang biasa, kasik dia pekat lebih sikit. Semua orang memang dah tau nak masak kari kan... Tapi aku nak share ape yang aku dah buat masa masak kari ikan malam tadi.

Rahsianya (rahsia la sangat !!) :  Aku kisar 4,5 ulas bawang putih, 2 inci halia, beberapa keping cili kering yang dah dicelur dan sebijik bawang besar yang bersaiz besar gabak. Pastu aku tumis macam nak buat sambal ikan bilis. 

Bila tumisan dah garing baru aku masukkan serbuk kari Allagappas yang dah dicampur dengan sedikit air, rempah kering (kulit kayu manis, bunga lawang & bunga cengkih) dan daun kari. Satu pek serbuk kari aku guna untuk seekor ikan bawal bersaiz dua tapak tangan orang dewasa. Tengok bahan tumisan pun dah pekat dan banyak, belum masukkan santan lagi tuh.

Lepas tu teruskan masak kari cam biasa la..Masukkan sedikit air, santan pekat, asam gelugur, garam secukupnya dan serbuk perasa. Bila dah pecah minyak baru aku masukkan ikan. Dah siap !!!



Aku buh daun kari banyak-banyak...



Lebihan kuah kari yang pekat tu aku simpan dalam peti, arini panaskan bawak gi opis cicah ngan roti..


Mr.Lee nampak jer aku hidangkan kari ni atas meja, cepat-cepat dia gi basuh tangan standby nak makan. Aku cakap "tunggu jap Bie, belum boleh makan lagi ni, ibu nak amik gambar dulu"... sebbaik dia ok, dah redha dengan perangai bini dia yang perasan bblogger tegar nih... hahahaahaha !!!




15 Nov 2013

Creamy Carbonara Fettuccine

Salam Jumaat untuk kengkawan blogger & reader yang superb.. Arini aku up entry daripada opis baru. Kelas ko first day keje trus update blog.. hhaahaha...


Mr.Lee ni tak berapa makan sangat spageti spageti ni, tekak melayu sejati. Jenuh la aku kelentong dia cakap carbonara ni rasa cam kuah laksam. Tapi memang betol pun kan..lemak-lemak gitu kuahnye cam kuah laksam. SebbaikMr.Lee boleh habiskan sepinggan, so lenkali boleh buat lagi.. hhihihih ..Senang sangat nak buat ni..

Bahan-bahan:
Bawang putih dan bawang besar holland - dicincang halus
Daging kisar
Setin susu cair - nak ganti dengan fresh cream pun boleh
Setin Campbell's Cream of Mushroom
Cendawan butang dalam tin - hiris nipis
Jagung muda - dipotong kecil, nak ganti dengan sayuran keras yang lain pun boleh
Serbuk lada hitam
Sedikit air
Garam dan serbuk perasa
Fettuccine - ganti dengan spageti atau pasta jenis lain
Minyak zaitun
Cheese - aku guna slice cheese jer, parmesan cheese kan mahal, hahaahah


Cara-cara :

  • Rebus fettucine dengan air yang telah dicampur dengan sedikit minyak dan garam. Tos dan ketepikan.
  • Panaskan minyak zaitun, tumis bawang putih dan bawang besar holland yang telah dicincang hingga naik bau.
  • Masukkan daging cincang. Tumis setengah masak saje.
  • Masukkan sedikit air dan Campbell's Cream of Mushroom. Biarkan mendidih
  • Bila dah mendidih, masukkan jagung muda dan cendawan butang dalam tin tadi.
  • Bila jagung muda dah lembut, masukkan sedikit garam, serbuk pati ayam dan sedikit serbuk lada hitam
  • Masukkan susu cair.
  • Sebelum angkat, masukkan cheese dan cepat-cepat off api.
  • Tuangkan kuah ke atas fettuccine tadi.