21 Mar 2014

Bukit Fraser - Food Garden & Taman Awam

Entri Sebelumnya : Bukit Fraser - Allen's Water

Lepas lepak kat Allen's Water tadi, kitorang ada gak pusing-pusing kat sekitar jalan kat area situ. Pusing-pusing tang tu jugak, ye la area Bukit Fraser ni kan kecik jer. Ada jumpa satu port cantik nama High Pine sebijik cam kat oversea, tapi dalam halaman umah orang (private bungalow), kitorang takut nak berhenti kat situ so kansel la nak amik gambar kat situ. 

Dah abih semua tempat yang disenaraikan wajib dikunjungi kat Bukit Fraser ni, 
kitorang berhenti kat Food Garden pulak



Kat sini ada kedai runcit, kedai cenderamata dan kedai makan. (eh baru perasan kitorang tak beli apa-apa cenderamata pun kat Bukit Fraser ni..hahahaahah !)



Klasik betul binaan tempat duduk ni kan..Depan binaan tempat duduk ada satu food court, tapi semua gerai kat foodcourt tu tutup pulak. Heran jugak nape tutup padahal weekend. Tengokkan signboard kat gerai tu ada jual macam-macam makanan, gerai jual nasik kerabu pun ada uolls kat atas bukit Fraser nih !! 



Bersebelah dengan Food Garden ada Taman Awam, sama cam taman rekreasi kat tempat lain la jugak cuma taman ni dikelilingi pokok pine












Aku nampak tinggi je dalam gambar ni, pada hakikatnya aku adalah cendawan butang.. :'(










Nah LieyaLatif amik kerusi ni, aritu sibuk bebenor carik kerusi taman kan...






Dekat taman ni ada mini padang golf. Kiut je, macam taman kat dalam muvi fairytale pulok






Mr.Lee suh aku naik benda yang aku tak tau nama nih. "Ibu naik yang besar nih, Afieq naik yang kecik sikit ye..".. Ohh tima kasey je la, kang aku terbongkang kompom Mr.Lee orang pertama gelakkan aku,
 tidak syak lagi !



Dah agak-agak boring kat Taman Awam tuh, kitorang pergi ke tengah Bukit Fraser lagi sekali. Saje nak tengok suasana petang kat sini dan opkoz sambung posing la perabihkan bateri kamera. Redup je sebab dah pukul 6 lebih dah masa ni.








Anak-anak mintak belikan topeng macam budak sebelah pakai. Dah bagi topeng pun bergaduh jugak, mungkin dorang nak menghayati watak topeng harimau tu kot. Bergaduh je keje nya walau di mana jua anda berada. Suka ati korang la ..




Kitorang balik semula ke apartment dekat-dekat kul 7 petang. Suhu makin sejuk, tambah pulak angin bertiup kencang. Ingatkan malamnya hujan, rupanye tak.. Musim kemarau kan, mana nak datang hujan nye..

Bersambung...





18 Mar 2014

Bukit Fraser - Allen's Water

Entry Sebelumnya : Bukit Fraser - Puncak Inn / Silver Park Resort

Selepas dah makan. mandi dan berehat kejap kat apartment, sebelah petangnya kitorang keluar menuju ke Allan's Water atau Tasik Allan. Sedikit info pasal Allan's Water (aku kopipes dari website Bukit Fraser)

Allan's Water is a small lake that sits in a little nook before Jelai Highland Resort at Jalan Ampang Road. It was turned into a park for recreational activities and paddle boating from a reservoir that fell into disuse over the years. Originally a water collection and supply for British residents during the colonial hill station era, FH Allan, assistant to chief infrastructure engineer FW Mager, was the architect of this project that is named after him today. Surrounding the lake are thick droves of trees and shrubs that emit a natural calm over the environment. Birds fluttering among the tree tops are common sights, along with the occasional squirrel and monkey.



Aktiviti utama kat tasik ni opskoz la naik bot kan. Tapi sedih gile bila orang bot bagitau kitorang tak boleh naik bot berempat. Kalu aku naik berdua je ngan Afieq, sapa yang nak kayuh pedal yang lagi sebelah, kaki Afieq bukannya sampai pun nak kayuh. So terpaksa kansel.. Frust betol.. Sob sob sob (nangis sambil kesat ingus kat kaki seluar)



Tak dapat naik bot, kita buat fish feeding je la ye anak-anak. Makanan ikan dijual kat kaunter tiket bot tadi. 





Dalam banyak-banyak ikan, kitorang semua kagum dengan kumpulan ikan nih. Cuba korang perhatikan, selari je pergerakan ikan-ikan ni tu. Tak tau apa nama ikan tuh. Ikan spesis lain kan berenang ikut suka ati jer, berterabur sana sini, tapi ikan-ikan pink ni teratur je. Unik tol !!



Kan betol aku cakap ikan spesis lain berterabur je gerak. Ikan-ikan pink yang teratur tadi tu tak campur ngan geng ikan biasa.



Cantik jugak pemandangan kat sini kan. Tenang jer. Aritu kitorang tak jalan sampai ke hujung sana, nyesal pulak tak explore sampai habis



Patut la orang dok tengok-tengok aku, ingat sebab aku ni cantik menawan tertawan ke hape, rupa-rupanye sebab hujung baju aku termasuk ke dalam poket seluar.. sampai ati Mr.Lee tak inform !!!



Sekejap je kitorang kat sini. Kalau dapat naik bot kan best.. (bunyik cam masih terkilan je tak dapat naik bot..huwaaa !!) Pastu kitorang lepak kat taman awam Bukit Fraser pulak




17 Mar 2014

Bukit Fraser - Puncak Inn Apartment / Silver Park Resort

Entri Sebelumnya :

1. Bukit Fraser - Pengembaraan Bermula
2. Bukit Fraser - Centre Point Of Fraser Hill (Pagi) 
3. Bukit Fraser - The Paddock


Memandangkan kitorang dah ngantuk dan kelaparan lepas naik kuda tadi, kitorang decide nak check-in. Waktu tu baru kul 12.30 tengah hari, tapi kitorang tawakal je tanya kat receptionist dan budak tu cakap  dah boleh check-in. Seronok betol. Aku terkejut gile bila receptionist tu cakap kalu book apartment bukan check-in kat situ tapi kat dalam kawasan apartment SilverPark. Sebelum ni pernah gak terbaca yang kawasan Silver Park ni agak "keras", mula la aku jadik gabra dan kepala otak aku imagine macam-macam, bengong tol !! Cer tengok anjing orang tuh, besar betol, paras peha tuan dia..



Access card yang kaler putih tu untuk bukak gate apartment, ni bermakna hanya orang dan kenderaan yang ada card ni je yang boleh masuk.



Ni blok penginapan kitorang. Ada 6 tingkat dan unit Studio Apartment terletak kat tingkat paling atas sekali, takde lift ok !! Kami penghuni pertama yang sampai kat blok ni.  Suasana sangat sunyi. Mengigil ketakutan aku turun naik tangga angkut barang sambil baca ayat Kursi sepanjang tangga tuh.. hahahaaha !!



Blok lain pun belum ramai penghuni jugak. Satu blok hanya ada satu kenderaan jer..



Queen size bed



Sofa yang sangat empuk di ruang tamu. TV biasa je bukan LCD dan tak banyak siaran pun, takpe la, bukan datang nak tengok tv je kan. Sebelah ruang tamu ni ada balkoni yang agak luas, boleh nampak The Paddock. Kalu nak buat BBQ kat balkoni pun boleh. 



Kelengkapan dapur yang basic dan bersih. Sebelah dapur ni pun ada lagi satu balkoni. Kiranya unit studio apartment ada dua balkoni la. Kalau datang ramai-ramai ngan famili memang seronok la buat BBQ.



Toilet pun biasa-biasa je tapi bersih. Yang tak best nya water heater dia tak berfungsi, betul macam kebanyakan blogger cakap tuh.  Sebbaik masa kitorang pegi ni musim panas, suasana tak sejuk sangat so takde la mati beku terpaksa mandi air sejuk



Aku dah bawak siap-siap portable gas stove, so panaskan bekal je la. Nasi aku dah masak siap-siap kat umah. Best betul makan sup ayam panas-panas sambil ditiup angin bukit tinggi ni.



Ni blok apartment yang lebih besar. Takde penghuni pun. Aku rasa ni blok persendirian. Aku pernah google harga pasaran sebuah apartment kat Silver Park ni mencecah RM3 juta seunit.. 



Deretan pokok pine ni sebijik cam kat Kundasang



Menjelang senja, baru la rumah-rumah kat blok kitorang dipenuhi ngan pelancong lain. Suasana meriah sikit berbanding masa kitorang mula-mula masuk. Terus ilang rasa takut aku yang over tuh



Ni gambar pada hari kedua, posing seound sebelum check-out



Penginapan kat sini kitorang puas hati, lagipun aku bukannya jenis cerewet sangat. Unit studio apartment yang luas, nak sumbat 4,5 orang pun boleh tapi kena request extra bed la. Sebenarnya takde gangguan apa-apa pn, aku je yang terlebih takut sebab dok baca macam-macam cite antu pasal Silver Park nih. 

Bersambung..