Dah brekfes ke belom ? Mesti korang konfius ngan tajuk entry ni kan.. Sila baca sampai abih ok... 24 Ogos aritu aku jemput pengasuh anak-anak aku dan family dia datang makan-makan kat umah aku.. Dorang satu keluarga jaga anak-anak aku dengan baik sangat, dah anggap anak-anak aku macam keluarga dorang sendiri. Selalu belikan makanan, mainan dan pakaian. Kalu aku lambat hantar sikit mula la pengasuh whatsapp tanye pasal anak-anak..
Padahal ada lagi budak-budak lain yang dia jaga, tak tau nape dorang sekeluarga lebihkan anak-anak aku.. Mungkin aku ni solehah orang nye (perasan tak abih-abih, mabuk air daun ketum agaknye !!) Syukur sangat dapat pengasuh yang baik. Terima kasih Kak Shidah sekeluarga...
Hidangan malam tu ialah nasik lemak. Sebenarnya aku ni cuak nak masakkan sambal ikan bilis untuk dorang.. Dorang tu orang Melaka, kompom terer masak sambal kan, aku takut sambal yang aku masak ni tak kena ngan tekak dorang..
- Pengasuh tu yang pakai cardigan putih. Muda belia lagi orangnya. Anak-anak dia dah besar dah. Yang sulung kalu tak silap dah umo 19 tahun. Berkat kawen muda uolls !
- Hidangan nasik lemak yang simple. Aku siap google cara nak kupas telo dengan betol sebab selama ni kalu aku kupas telo kompom terkupas sekali ngan isi telo...
- Sambal ikan bilis ni resepi mak aku. Bawang putih (beberapa ulas jer), sedikit halia, bawang besar (mak pesan buh banyak-banyak) dan cili kering (yang dah dicelur) dikisar bersama hingga lumat. Pastu tumis hingga pecah minyak. Masukkan air, bila mendidih baru masukkan ikan bilis dan bawang besar yang dipotong membulat (buh banyak-banyak jugak), garam, gula, stok ikan bilis dan air asam jawa. Masak hingga bawang besar yang dipotong tadi hancur.
Lama wooo mak aku masak sambal ni. Kakak aku cite hazab betul nak tunggu sambal ni masak masa dia tolong mak aku berniaga kedai makan dulu. Aku masak sambal ni stat kul 1 petang hingga kul 4 petang. Pastu lepas maghrib aku panaskan balik sambal ni hingga pengasuh datang. Barulah betul-betul gelap warna sambal ni. Pengasuh puji sedap, trus aku perasan bagus sampai keesokan hari nye..
Setiap kali masak nasik lemak, memang aku sengaja lebihkan sambal nye. Nanti sambal tu aku boleh panaskan makan ngan roti ataupun wat perencah nasik goreng atau bihun goreng.
Cara-cara :
- Panaskan minyak yang timbul pada permukaan sambal. Goreng ayam / daging / seafood / fishball hingga masak. Pastu pecahkan telur.
- Buat lubang kat tengah. Goreng sambal ikan bilis tu semula.
- Masukkan sayur dan nasik. (Seeloknya gunakan nasik balance nasik lemak sebab nasik lemak kan wangi kombinasi bau santan, daun pandan dan halia)
- Tak perlu nak masukkan bahan perisa sebab sambal ikan bilis tu kan dah cukup rasa.
