23 Sept 2013

Bingkisan Dari Kampung

Tima kasey semua kengkawan blogger yang tak putus-putus blogwalking kat blog nih.. Sayang korang ketat-ketat.. Rindu betol nak menaip blog, ape kan daya ada halangan yang melintang, gittewww..

16 September lepas kompom ramai balik kampung kan.. Kitorang tak balik pun. Isnin tu dapat call daripada adik ipar aku mintak tolong gi jemput anak dia merangkap anak sedara Mr.Lee kat Hentian Putra. Dia kata mak (mak mertua aku) ada kirim banyak barang. Hoh suspen pulok !!!

Yang sadisnya, bas yang anak sedara Mr.Lee naik tu memang hazab gile. Rosak tengah jalan la, drebar terpaksa bawak slow la.. Bayangkan dia nak bas kul 9 pagi, sekitar kul 12.30 malam baru sampai KL.. Pastu dari KL, Mr.Lee hantar dia balik ke KJP, Nilai pulak.. Aku plan nak ikut gi jemput dia, tapi anak-anak dah tido dah masa tuh, so kansel. Pukul brape Mr.Lee balik umah pun aku tak sedar.

Esok nya aku bangun tengok ada sebijk kotak dan sebungkus besar plastik hitam. Dalam kotak tu ada buah-buahan kampung cam rambutan, dokong dan jagung. 

2 ikat rambutan dan 11 tongkol jagung

Aku rasa dokong kot...


Plastik itam besar ni sungguh aku tak expect isi kandungan, iaitu :

:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:

Macam-macam barangan plastik dan dua helai sarung bantal... Aku syak mesti masa mak mertua aku datang jaga aku dalam pantang dulu, dia tengok dapur aku tak banyak kelengkapan memasak, tu yang dia kirim ni. Anak sedara Mr.Lee cakap mertua aku siap jalan kaki daripada umah (beberapa kilometer) ke tapak ekspo semata-mata nak belikan barang-barang ni.. Huwaaaa nanges terharu aku !!!


Terima kasih mak kirimkan macam-macam barang untuk kitorang di perantauan ni.. Terima kasih Wawa sebab jadik posmen aritu... Muahhhh muaaahhhh !!



P/S : Jap lagi nak masukkan entry resepi pulak..




8 Juta Kengkawan Dah Komen:

Jari Manis said...

Seronoknya dpt suami ada dusun..leh mkn buah-buahan tempatan puas2..JM ni nk mkn buah dokong pegi beli kat pasar..RM8.00 sekilo..belum puas mkn dah habis...

Pastu plak..untnnglah dpt mak mertua yg baik mcm ni..alhamduillah rezeki tu

Sura Mohd said...

sedapnya buah dari kampung!!wahh untungnya zura dpt mentua yg sangat dan sayang kat menantu dia ni...jeles akak..hehehe:)

suria lekatlekit said...

amboi baiknya mertua.. untung dapat mertua prihatin macam ni

Liza Razak said...

untung betul sis dapat macam-macam..maknanya mak mertua sayang tu :)

Mizz Aiza said...

banyaknya buah-buahan tu zura, fresh pula tu.. aiza paling suka rambutan.. zura mesti jadi kesayangan mak mertua ni, siap bagi kelengkapan dapur lagi tu..

Yana Yani said...

wah best nyer...
mak mentua saya pun selalu dok suruh angkut segala benda kat rumah dia..hehe

p/s - hulur buah dokong tu sikit. my favorite =)

zila@akulovetravel said...

TQ ye Zura..info awak mengenai sabah byk membantu :)

FarahFerraDotCom said...

Untung la dpt mak mertua yg prihatin zura.. =D

Post a Comment

Apa yang korang Fikirkan :