15 Jun 2014

Pemergian Ibu Tercinta

8 Jun 2014 (Ahad) pukul 7.15 malam, ibu yang tercinta yang kitorang panggil Mek telah meninggalkan kitorang buat selama-lamanya. Malam tu aku terlepas cakap pada Mr.Lee “rindunya nak makan mi goreng yang Mek masak. Sedapnya lain macam”.. Balik daripada kedai makan, dapat panggilan telefon daripada kakak aku, bagitau Mek dah meninggal. Ya Allah, aku tergamam dan terkejut. Aku sikit pun tak menangis sebab aku tak percaya berita yang disampaikan selagi aku tak tengok jenazah Mek depan mata aku. Menggigil badan aku masa kemas pakaian. Aku hanya bagitau superior aku sorang jer, kawan-kawan rapat yang lain sorang pun aku tak cakap. Tak sampai beberapa minit superior aku terus inform kat semua orang melalui Whatsapp.

Pukul 6.40 pagi kitorang sampai kat umah Mek. Sekujur tubuh Mek kaku diselimuti kain. Lemah longlai badan aku. Aku peluk jenazah dia.. Aku cium wajah Mek yang mulai sejuk.. Masa aku bacakan Yassin sebelah arwah, aku rasa sayu dan sebak, tapi aku masih belum menangis. Selesai bacakan Yassin, barulah aku keluar daripada rumah, call dan sms semua kawan berkenaan hal ni..

Pukul 10 pagi upacara memandikan jenazah Mek dimulakan. Aku dan kakak aku sama-sama bantu ustazah mandikan jenazah. Masa ni la air mata aku start menderu membasahi pipi tak boleh aku kawal. Aku menangis sepanjang upacara mandikan jenazah hinggalah upacara mengkafankan jenazah selesai. Bila ustazah yang mandikan Mek cakap jenazah Mek cantik macam tengah tidur je, air mata aku mengalir bertambah laju. Sekujur tubuh inilah yang melahirkan aku, berniaga siang malam untuk membesarkan aku, bekerja keras mencari duit untuk memenuhi segala kehendak aku… 





Lebih kurang pukul 12 tengah hari jenazah Mek selamat disemadikan, tak dapat dikebumikan sebelah kubur arwah ayah sebab dah takde ruang tapi masih lagi dekat dengan kubur arwah ayah. Alhamdulillah dipermudahkan segala urusan. Terima kasih kepada semua pihak yang membantu. Berderet-deret ucapan takziah aku terima melalui FB, Whatsapp dan SMS. Aku baca sepintas lalu jer, masih takde mood nak reply satu per satu masa tuh.










Mek sakit tua dan start nyanyuk 2 tahun lepas. Biasalah orang dah nyanyuk perangai dia macam budak-budak kan, suka bercakap tak henti-henti dan sekejap sekejap mintak nak makan itu ini. Mek pun macam tu jugak la tapi dia masih kenal anak-anak dia. Cuti 1 Mei aku balik kampung aritu, Mek dah banyak berubah. Dia jadi sangat pendiam, kurang makan dan terbaring je atas tilam dia. Dia pandang je aku tak cakap apa-apa. Dia tenung je aku daripada tempat pembaringan dia. Patut la Mek dah berubah, rupanya itu petanda Mek bakal tinggalkan kitorang buat selama-lamanya. Andai aku tau itulah kali terakhir aku suapkan dia makan.. Andai aku tau itulah kali terakhir aku tatap mata dia.. Andai aku tau itulah kali terakhir aku lihat Mek di saat hayatnya masih dikandung badan, aku sanggup extend cuti untuk habiskan lebih banyak masa dengan dia walaupun kena potong gaji.. Andai aku dapat undur masa kembali ke saat tuh.. Aduhai.. Abang ngah aku ada cakap, beberapa hari sebelum Mek meninggal, Mek berdiri di tepi tingkap, perhatikan abang ngah aku kat luar umah… Mungkin Mek nak tengok anak-anak dia sebelum dia pergi jauh.

Kawan-kawan nasihatkan aku supaya bersabar dan jangan sedih-sedih. Aku dah kurang sedih sebab aku redha pemergian dia.. Aku menangis sebab rindu.. Rindu sangat pada arwah Mek. Betul la kawan blogger aku Kak Sura cakap “rindu pada yang masih hidup, ada manisnya, tapi rindu pada yang dah tiada, sayu sangat rasanya”.. Terima kasih pada BFF aku yang sedaya-upaya hiburkan aku untuk bantu aku lupakan kesedihan ni, kamu memang BFF terbaik (you know who you are)



Ya Allah, ampunilah segala dosa kedua ibubapa ku. Cucurilah rahmat-Mu keatas roh mereka dan tempatkanlah roh mereka dikalangan roh-roh orang yang beriman. Al-fatihah….


19 Juta Kengkawan Dah Komen:

Jari Manis said...

Membaca sambil mengalir air mata, Jm harap Zura tabah menghadapinya ye mmg agak sukar pada mulanya apabila kita redho ia tidak akan menjadi satu bebanan. Kita semua milik Allah dan bila2 masa akan kembali kepada nya. Salam takziah buat Zura sekeluarga dan Jm doakan agar roh ibu zura d tempatkan bersama org2 beriman. Al fatihah...aminnn

♥ Mrs. Secretary ♥ (FARAH) said...

Al fatihah.. semoga arwah mak Zura tenang di sana..
Takziah zura and please be strong k..

cheesedan kejubakar said...

al fatihah... takziah semoga tabah menghadapinye..

Faiza Erina Rahmat said...

salam takziah dari saya,,, banyak kan bersabar ye....

Zilla said...

tak sanggup nak baca..

takziah, syuk...moga tabah, aku tau rasanya bagaimana...

*Al-Fatihah untuk arwah..

Lady Dreamer said...

Al-Fatihah.. takziah buat Zura sekeluarga.

semoga rohnya dicucuri rahmat..

Ibu Siti said...

Takziah Zura...kau seorang yang tabah..semoga arwah mek tenang disana...alfatihah...

Sura Mohd said...

Al-Fatihah buat arwah mek zura..Kak sura baca n3 ni pun dah meleleh airmata..harap zura tabah..

Erin - Ibu Qistina + Qaisara + Qamilia said...

Sayu hati baca ttg pemergian arwah ibu Zura ni... saya x dpt bygkan perkara yg sama seandainya tiba pd saat saya kehilangan insan tersayang... moga Zura tabah dan cekal utk lalui dugaan ini. Al-Fatihah.. Salam takziah dr saya sekeluarga..

PM said...

Tahziah Zura, moga tabah dengan pemergian itu.

Alfatihan buat arwah

Alham said...

zura...salam takziah untuk zura sekeluarga....

~SaTo OrEo~ said...

sedihla weh zura.. (T_T).. apapon takziah ye.. teruskan doa + sedekah alfatihah/yassin banyak2 buat arwah.. itu jelah lagi amalan kita utk bekalan ibu bapa kita kat sana.. (peringatan untuk diri sendiri jugak)..

insyaAllah...aku doakan arwah mak ko ditempatkan di kalangan orang yang beriman. amin..

lieyalatif said...

ya Allah zura.....sedih bace....tak sangka ko dilanda dugaan begini....tapi redha okey....moga arwah ditempatkan di kalangan org yg beriman dan sedang bahagia di syurga..... penghubung antara kite yg hidup dengan arwah hanya lah doa....jgn putus2 sedekahkan alfatihah yeak...buat penerang kubur arwah....

alfatihah.....

mysha said...

Salam takziah zura.. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang2 beriman..

Al-fatihah..

alialisa said...

zura....

takziah..i wish i can hug u right now!!!

take care of yourself..felt sorry for you..

semoga arwah mek di tempatkan di bersama orang-orang beriman..

hugs & kisses

anna alaui said...

takziah kak...alfatihah..

❤Kamsiah❤ said...

al fatihah...semoga arwah ditempatkan bersama org2 yg beriman..sabar banyak2 ya Zura...terutama menjelang ramadan ni..

yana yani said...

sedihnya saya baca, dah tak ada lagi orang yang mendoakan
kesejahteraan zura adik beradik
tak boleh bayangkan kalau saya ditempat zura
moga ALLAH menempatkan ibubapa zura di kalangan orang yang beriman
sentiasa berdoa ye, doa anak yang solehah sampai =)
salam takziah dari saya sekeluarga

Sheila Salim said...

Assalamualaikum kak zura, salam takziah.. sedih sheila baca entri ni. sheila faham perasaan akak.. sheila sendiri rasa perginya bapa mertua masa sheila tengah sarat mengandung. rasa sedih , sayu sangat bila terkenang anak sheila tak dapat kenali yayi dia.. Allahuakbar. semoga ibubapa kak zura ditempatkan dikalangan orang yang beriman di sisi Allah Taala.

Post a Comment

Apa yang korang Fikirkan :