19 Sept 2012

Melaka - Port Dickson - Bagan Lalang (Bhgn Kedua)

Bahagian Pertama


Lebih kurang pukul 3 petang, kitorang keluar semula. Tempat pertama yang dituju ialah Perkampungan Portugis. Berbekalkan google map yang dah siap diprint, kitorang sampai tanpa sebarang kesesatan (masa tu belom pakai henfon canggih yang ada GPS hokey !!).


Perkampungan Potugis ni satu perkampungan orang-orang kacukan Portugis. Pada zaman dulu kan Melaka pernah dijajah oleh orang-orang Portugis. Kat sini ada jeti, boleh lepak-lepak tengok keindahan Selat Melaka. Masa tu awal lagi, so kitorang je la manusia yang lepak kat situ, takde orang lain.. Kalu hari Ahad dengar katanya ada persembahan kebudayaan.

Sekejap je kitorang kat situ, lepas tu patah balik ke Bandar Hilir. Dah petang-petang camni memang susah nak dapat parking, orang pun makin ramai.

  (Bukit St.Paul sayup mata memandang, kitorang tak naik pun, mana nak usung stroller, mana nak usung Afieq yang tembam ni lagi. Dulu dah pernah naik, so tak rasa terkilan pun)

Lepas round-round kat area Bangunan A’Famosa tu, kitorang ke Menara Taming Sari, nak merasa naik menara berputar tu.

(Pemandangan dari dalam Menara Berputar)

Pastu kitorang naik River Cruise. Aku beratur ngan Afieq, sementara tu Mr.Lee jadik tukang beli tiket. Tiket RM10, tapi kalu tunjuk kad pengenalan dapat diskaun RM2. Memang best naik river cruise ni. Tengok keindahan lampu-lampu di Perkampungan Morten. Tapi yang tak best nya bile terhidu air sungai yang agak payau baunya.. huhuhhuh.. Gambar pun tak amik...

Selesai sume aktiviti kat Bandar Hilir, kitorang pun pekena nasi ngan asam pedas Hajjah Mona yang femes selalu masuk dalam tv tuh. Kitorang jalan kaki je sebab jaraknya Cuma 10 minit je daripada Bangunan Stadthuys  tu. Kitorang tak singgah pun kat Jonker Street tu sebab dulu dah pernah masuk sana, lebih kurang cam Petaling Street je. Bagi aku, rasa asam pedas kat situ biasa-biasa je, ntah apa yang istimewa sangat sampai masuk tv tuh. Kawan aku budak Melaka (Macha) cakap ada tempat lain yang lagi best daripada Hajjah Mona tuh.  



On da way balik ke Bangunan Stadthuys  tempat kitorang parking keter, ujan turun rintik-rintik. Terpaksa tolak stroller laju-laju takot ujan turun lebat kang demam pulok anak sulungku itu..

Bersambung.....

2 Juta Kengkawan Dah Komen:

Mak lagenda said...

Tahun bila ko pi melaka nih zura?? Kalo ikutkan date kat tajuk bulan 1??

gilerrrr lama berkurun nak publish nok!!

Zura said...

Mak Lagenda : muwahahahaahah, aku kan baru gedix2 ado blog, peginye bln 1 dlu tuh, br skrg nk tayang kt sini...

Post a Comment

Apa yang korang Fikirkan :