19 Sep 2012

Melaka - Port Dickson - Bagan Lalang (Bhgn Ketiga)

Bahagian Kedua


Pagi ni kitorang breakfast kat café hotel. Walaupun hotel Q Park ni hotel biasa jer ntah brape bintang, tapi breakfast menu dia banyak pilihan. Memang puas ati la.. Lepas breakfast baru kitorang naik ke bilik dan mandi dan bersiap untuk check-out (perghh kantoi gi breakfast tak mandi dulu !!)

Kalu ikotkan itinerary yang dah aku buat, lepas check-out tu kitorang akan patah balik ke Ayer Keroh sebab nak lepak kat Taman Botani naik buggy yang femes tuh. Ntah macam mana Mr.Lee tersilap amik simpang menghala ke Pantai Klebang. Dah malas nak patah balik, kitorang teruskan je perjalanan. 


Mr.Lee cakap nak balik KL ikot jalan dalam, bukan jalan highway PLUS tu, so kitorang ada peluang la nak singgah kat Port Dickson dulu.

Dah berkurun aku tak datang PD, last datang masa malam new year 2010. Meriah betol PD, maklum la wiken kan.. Nak carik parking pong hazab gile ko !!.. Tu bab parking, bab kesesakan toilet tok sah citer la… Beratur panjang aku nak salin baju mandi. Lepas tukor baju ready nak mandi laut katanyer, ada sorang akak tegur “dik, baju adik ni terbalik”.. dem, cmner tk perasan, excited sgt la tu.. Aku sengih-sengih je kat akak tuh.. Sebelum balik, aku sempat borong fridge magnet PD.

Bersambung...

0 Juta Kengkawan Dah Komen:

Post a Comment

Apa yang korang Fikirkan :