28 Aug 2013

Ikan Kukus Tomyam



Huwaaa berminggu-minggu dah tk update blog, rasa cam nak demam kuning je kalu tak tulis blog.. gittew !!. Arini aku nak share resepi ikan kukus tomyam yang sangat mudah untuk di buat. Guna ikan apa-apa pun boleh. Kalu guna ikan siakap atau ikan bawal putih lagi mantap sebab rasa lemak-lemak sikit. Dalam resepi ni aku guna ikan jelawat merah sebab dah lama tak makan ikan jelawat.



Bahan-bahan :
Ikan
Perencah Tomyam
Daun limau purut (dikoyak-koyak supaya mengeluarkan bau yang wangi)
Serai (diketuk)
Bawang Besar (dipotong tebal)
Air asam jawa / air limau purut
Cili padi (diketuk)
Lobak merah (dipotong kecik)
Lada sulah
Garam & sos ikan / stok ikan bilis


Cara-cara :
1. Panaskan pengukus. 

2. Bersihkan ikan dan perap dengan asam jawa untuk hilangkan hanyir selama setengah jam. Kemudian bilas dan perap ikan dengan garam dan lada sulah.

3. Bila pengukus dah panas, kukus ikan hingga masak (lebih kurang setengah jam)

4. Panaskan air (aku guna air di dalam pengukus untuk dijadikkan kuah). Bila air dah menggelegak, masukkan perencah tomyam, daun limau purut, serai, bawang besar, cili padi, garam dan sos ikan / stok ikan bilis. Bila dah mendidih boleh dicurahkan ke atas ikan yang dah siap dikukus tadi.

5. Makan panas-panas sedap woo.. 



11 Juta Kengkawan Dah Komen:

Sura Mohd said...

first time akak tengok ikan kukus tomyam ni..mesti sedap!!

♥ Mrs. Secretary ♥ said...

Sedapnya Zura.. meleleh air liur tengok nie.. dah la tgh lapar ptg2 cmni..huhuhu

NinaAz said...

Mak aiii. Mengidam suda ni. Zura. U guna gmbr cam hp ek? Awat cantik jea xpecah2. Uhuk. Any tips?

misz sheyla said...

ikan kukus tomyam???first time ni...leh try,,hehehe papepun ambik resepi dulu....try x try belakang kira

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

sedapnya makan panas2.. :D

y@N@^y@Ni said...

ha'a la...sy pun tak penah dengar
ikan jelawat ni tak rasa hanyir ke...last time mkn...tak tahan bau dia
tp zura punya masakan ni...buat teringin aje =)

Rohayu said...

JANGAN LUPA/JEMPUT ADD BLOG SAYA YER....SAYA DARI GENG CARI FORUM

alialisa said...

rajin!!!

Rosmadi Shakri said...

nampak sedap ooooo

JunAina said...

Boleh try nanti,perencah tom yam pun banyak lagi kat rumah.

Ida Syuhada said...

Ida jalan2 cari mr nuff dan terus follow

Post a Comment

Apa yang korang Fikirkan :