21 Mar 2014

Bukit Fraser - Food Garden & Taman Awam

Entri Sebelumnya : Bukit Fraser - Allen's Water

Lepas lepak kat Allen's Water tadi, kitorang ada gak pusing-pusing kat sekitar jalan kat area situ. Pusing-pusing tang tu jugak, ye la area Bukit Fraser ni kan kecik jer. Ada jumpa satu port cantik nama High Pine sebijik cam kat oversea, tapi dalam halaman umah orang (private bungalow), kitorang takut nak berhenti kat situ so kansel la nak amik gambar kat situ. 

Dah abih semua tempat yang disenaraikan wajib dikunjungi kat Bukit Fraser ni, 
kitorang berhenti kat Food Garden pulak



Kat sini ada kedai runcit, kedai cenderamata dan kedai makan. (eh baru perasan kitorang tak beli apa-apa cenderamata pun kat Bukit Fraser ni..hahahaahah !)



Klasik betul binaan tempat duduk ni kan..Depan binaan tempat duduk ada satu food court, tapi semua gerai kat foodcourt tu tutup pulak. Heran jugak nape tutup padahal weekend. Tengokkan signboard kat gerai tu ada jual macam-macam makanan, gerai jual nasik kerabu pun ada uolls kat atas bukit Fraser nih !! 



Bersebelah dengan Food Garden ada Taman Awam, sama cam taman rekreasi kat tempat lain la jugak cuma taman ni dikelilingi pokok pine












Aku nampak tinggi je dalam gambar ni, pada hakikatnya aku adalah cendawan butang.. :'(










Nah LieyaLatif amik kerusi ni, aritu sibuk bebenor carik kerusi taman kan...






Dekat taman ni ada mini padang golf. Kiut je, macam taman kat dalam muvi fairytale pulok






Mr.Lee suh aku naik benda yang aku tak tau nama nih. "Ibu naik yang besar nih, Afieq naik yang kecik sikit ye..".. Ohh tima kasey je la, kang aku terbongkang kompom Mr.Lee orang pertama gelakkan aku,
 tidak syak lagi !



Dah agak-agak boring kat Taman Awam tuh, kitorang pergi ke tengah Bukit Fraser lagi sekali. Saje nak tengok suasana petang kat sini dan opkoz sambung posing la perabihkan bateri kamera. Redup je sebab dah pukul 6 lebih dah masa ni.








Anak-anak mintak belikan topeng macam budak sebelah pakai. Dah bagi topeng pun bergaduh jugak, mungkin dorang nak menghayati watak topeng harimau tu kot. Bergaduh je keje nya walau di mana jua anda berada. Suka ati korang la ..




Kitorang balik semula ke apartment dekat-dekat kul 7 petang. Suhu makin sejuk, tambah pulak angin bertiup kencang. Ingatkan malamnya hujan, rupanye tak.. Musim kemarau kan, mana nak datang hujan nye..

Bersambung...





12 Juta Kengkawan Dah Komen:

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

wah, cantik landskap kat sana.. siap ada mini padang golf lagi tu.. zura posing macam model je, comel.. :D

Cho Zila said...

gituler kalau dah ke fraser hill yerk... tapi kalau suka menikmati keindahan alam di sini ler tempatnyer.. cuaca sejuk... damai dan aman di sini..

Sura Mohd said...

semakin jeles ngan zura...bestnya dapat hirup udara kat situ..nyaman..:)

Erin - Ibu Qistina + Qaisara + Qamilia said...

Suka tgk Zura posing...menjadi je..
cer saya pose gitu tengok..
confirm keras kejung! heheh :D

Time Traveller said...

Comel dak kecik dua orang tu hehehee.. seronok jer mereka yer :D
Btw ingat kan kat Bukt Fraser ni sejuk.. but tgk semua orang biasa jer tak de pun pakai jaket huhuuu..boleh la pi mcm ni :D

Sheila Salim said...

Assalamualaikum.. wahh bestnya... ni yang membuak-buak perasaan nak naik sini. hiewhiew ;p

Jari Manis said...

Cendawan butang katanya, comei per

BUNDA a.k.a KN said...

Assalam,

seronoknya jalan2 Bukit Fraser...tentu udara nyaman , sejuk kat sana kan...pemandangan pun cantik...

yana yani said...

comelnya semua posing sama
kalau saya tak adanya nak jadi gitu
susah nak arrange! hehe

SecretOfShaila said...

Wahhhh...bestnya....cantik pemandangan di freser hill..

lieyalatif said...

hahaah cendawan butang? takpe2 cendawan butang comel...kunyah2 pun sodappppp!!!

cis..sentap mak nak...kemain lagi ko show off kerusi taman tu...tu besi punye kan....hahaahah mak mampu beli kayu2 jek dah ler kakaakakakakak

siyes cantik2 pic zura kat sini....aku yg tgk pun rase sejuk nyaman nye....

eh nak tau tak...dok tgk entry2 zura pasal bukit fraser ni...tup2 semalam dpt surat kene gi kursus kat bukit fraser!! yeay!!! first time woo nak pergi bukit fraser nie....kalo okey, pasni leh usul kat en laki pi cuti2 sini plak....

♥ Mrs. Secretary ♥ (FARAH) said...

Cantik la tempat nie zura.. tak pernah sampai lagi kat sini..=D

Post a Comment

Apa yang korang Fikirkan :