12 Mar 2014

Penang Char Kuey Teow

Isnin aku busy gile buat monthly report.. Seharian ngadap report je rasa nak juling bijik mata dok buat statistik, kul 8 malam baru balik, langsung tak sempat nak surf internet. Whatsapp pun tak sempat jeling, sampai umah tengok ada dua ribu lebih Whatapp mesej. Tak tenteram aku nak buat report sebab menggelupor aku tak boleh nak bergosipan.



Arini belum sambung citer pasal percutian kat Bukit Fraser tuh, cuma aku nak share resepi Penang Char Kuey Teow. Kalau gi pasar malam memang aku wajib beli, memang suka sangat ngan char kuey teow. Tergerak ati aku nak masak sendiri.. Senang gile nak buat, 1st time masak trus menjadik uolls !!

Bahan Pes : (Kredit pada ARENIS)
Udang basah (aku guna kulit dan kepala udang jer)
Sedikit Air
4 ulas bawang putih (ditumbuk lumat)
Kicap pekat manis
Sos tiram
2 sudu besar petis (aku buh banyak-banyak supaya terasa keudangan nye..hihih)
Garam dan gula secukup rasa

Bahan-bahan lain :
Udang basah
Kerang rebus atau mentah (aku guna yang mentah)
Telur
Kuey Teow
Cili giling atau ciliboh
Taugeh dan daun kucai
Minyak masak untuk menumis
Sedikit air untuk kuah



Cara memasak : (Masa masak guna api yang besar)

  1. Mula-mula sediakan pes. Rebus udang sekejap dan keluarkan udang. Kisar kulit udang dan tapis. Campurkan air kisaran, kicap pekat manis, bawang putih, sos tiram, petis dan bahan perasa. Renih hingga pekat dan sejukkan.
  2. Panaskan minyak dan tumis cili giling / cili boh hingga garing. Masukkan pes yang sudah disediakan awal tadi. Nak bubuh sebanyak mana pes tu tak kisah la.
  3. Masukkan air. Apabila mendidih, masukkan segenggam kuey teow, udang basah, kerang, taugeh dan daun kucai.
  4. Masukkan telur dan terus tutup api. Biarkan telur tu separuh masak gitu.
  5. Sedia untuk dihidangkan. Lagi sedap kalau makan dengan cili jeruk..




Senang gile kan..Mentang-mentang dah pandai, dalam sehari aku dok ulang masak 2,3 kali... hahaahaha !!..



14 Juta Kengkawan Dah Komen:

Sheila Salim said...

Assalamualaikum kak zura. wahhhh terliurnya... nak rasa sikit.. klik tabung blog untuk anak2 kak zura. hehee ~~~

Ann said...

wah..wah..wahhhhhhh...terliur sy!heheh..ann pun suke char kuey teow..

boleh cuba jugak ni nnti..

cheesedan kejubakar said...

ish... lapar la nmpk gambar ni... sedap je nmpk

Rinna said...

Nyum2 sedapnyaa tgk char kueyteow Zura.. nie.. :)

Time Traveller said...

uhuhuuu... sedap nyerrrr... thanks for the resepi tu Kak Zura :D

misz sheyla said...

waaaa...sedapnye...petis tu ape???First time dengar

yana yani said...

wah nampak sedap tu zura
cer hulur sikit kat saya ni

SecretOfShaila said...

Fuyoooo...dapnya...terliur tgk..hihihi

Erin - Ibu Qistina + Qaisara + Qamilia said...

Mak aiii! Sedapnyaaaa... untungla encik Lee dpt isteri yg pandai masak... terliur sgt tgk gambar ni...apatah lagi kalau dpt rasa...

Erin - Ibu Qistina + Qaisara + Qamilia said...

Mak aiii! Sedapnyaaaa... untungla encik Lee dpt isteri yg pandai masak... terliur sgt tgk gambar ni...apatah lagi kalau dpt rasa...

Sura Mohd said...

ini mengundang kejelesan..rajin tol masak...rasanya boleh bukak restoren la zura ni..:)

Jari Manis said...

Jm ingat zura mkn d penang rupanya masak sendiri waduh2 pandai dan rajin betul, jm ni dh le malas pastu masak ikut resipi yg zurz bg asyik x menjadi maybe x ada bakat kot :-)

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

sedapnya.. puas hati makan masak sendiri.. nak cuba juga la buat char kuey teow guna resipi zura ni..

♥ Mrs. Secretary ♥ (FARAH) said...

Sedapnya zura... dah la favorite farah nie! pandai zura masak.. =D

Post a Comment

Apa yang korang Fikirkan :