17 June 2012 - Sempena Hari Bapa arini, aku nk belanje Encik Lee dan anak-anak makan takoyaki dan okonomiyaki kt The Mines. Aku plan nk bwk dorang makan kt Plaza Masalam tmpt yg Hanan bwk aku mkn dlu. Bile google, rupanya kt The Mines pn ada jgk, lg dekat ngn umah aku. Sesapa yang gile makan makanan jepun kompom tau ape itu takoyaki & oknomiyaki. Kalu tk tau, sila google, aku malas nak explain.. heheheeheh !!
Senang je nk carik gerai makanan jepun ni. Ground floor betul-betul tepi escalator.
Takoyaki in the making... Saiznya dua kali ganda drpd Jusco punya, mmg betul-betul besar..
Tiga superheroku yang berpakaian tema hijau aritu tu sedang menanti ketibaan makanan
Yey takoyaki dh smp !! Aku pilih takoyaki udang, satu set RM4.90 ada 4 ketul takoyaki yg sgt tembam saiznya.
Ibu tengah snap gmbr, abg Afieq dok hulur garfu usha takoyaki tersebut..
Encik Lee dan anak sulung nye tgh khusyuk mengerjakan takoyaki udang
Adik pun tk ketinggalan merasa keenakan takoyaki tuh..
Dapur tempat penyediaan takoyaki terletak betul-betul depan meja makan, jadi aku berkesempatan ambik gambar step-by-step cara memasak takoyaki.
1. Adunan tepung dituang ke dalam acuan yang panas.
2. Masukkan inti yang dihendaki customer cth : udang ke crabstick ke...
3. Pastu akak tu taburkan udang geragau kering, tu yg sedap tuh !!
4. Kobis yang dihiris halus ditabur plk diatas lapisan udang tadi tu.
5. Adunan tepung dituangkan lagi sekali sehingga menutupi
keseluruhan adunan dan segala inti tadi.
6. Dengan menggunakan sepasang kayu kecik, akak tu golekkan adunan menjadik bulat. Aku ada rekod video tp tk blh nk upload sbb size besar sgt. Mmg aku kagom dan terkasima ngn kehebatan akak tu.. Tabik spring katil oke !!
Bila dh abih makan takoyaki, akhirnya oknomiyaki chicken sausage with cheese tiba. tapi dek kerana hero-hero kecikku melasak tak hengat, Encik Lee suh akak kedai bungkuskan dan makan kat umah jer... Satu hidangan okonomiyaki ni harganya RM8.80, cukup utk makan dua org.
Dan sblm balik sempat aku suh akak kedai bungkuskan lagi satu set takoyaki udang... Wat to do, perut stokin la katakan...
Tak sesia datang makan takoyaki dan oknomiyaki kt The Mines nih, mmg mabeles dan memenuhi selera tekak gajahku.. mmg sedap, trust me !!.. Bkn aku sorg je ckp cmtuh, baca review kt internet pn cakap benda yang sama. Tapi tempat makannya amat la terhad, kitorg aritu pn terpaksa tunggu bangku kosong beberapa minit sambil berdiri tepi dinding, seb baik berbaloi penantian itu. Okonomiyaki yang kitorg tapau tu tetap sedap walaupun dh sejuk. Lenkali kompom aku akan datang lg !! Yummy Mummy !!
2 Juta Kengkawan Dah Komen:
ape lagi.. buat sendiri pulak la okono.. eheheh.. ;)
nanti klo ada rezeki hanan plk buatkan utk zura yerk...
Post a Comment
Apa yang korang Fikirkan :