29 Jun 2012

Ikan Bakar Portugis

Masa aku mengandungkan anak sulung pada tahun 2010 dulu, Encik Lee yang terkena alahan, asek pening-pening, mual & muntah. Aku yang mengandung, suami yang alahan, heheehehe.. Bila aku masak ikan bakar Portugis nih, dia cakap sedap sgt, mungkin sebab rasanya masam-masam pedas, sesuai dengan dia yang tengah pening-pening lalat masa tuh. Sbb tu setiap kali aku masak masakan ni, mesti aku teringat pada kenangan Encik Lee alahan masa aku mengandung sulung..

Senang je nak buat ikan bakar Portugis.

1. Mula-mula bersihkan ikan siakap, perap ikan tu dengan garam, gula dan lada sulah sesedap tekak korang. Biarkan seketika.

2. Buatkan sambal tumis cam biasa. Cili kering yang dah dicelur, bawang putih, bawang merah, halia, belacan dan sedikit udang geragau kering dikisar hingga lumat. Sukatan cili tu ikut selera korang la, kalu nak lagi pedas, tambah cili padi. Pastu tumis hingga bau tumisan melekat pada langsir umah korang. Bila tumisan dah agak garing, masukkan sedikit air, bawang besar yang dihiris nipis, buah tomato yang dipotong, air asam jawa, daun limau purut, garam, gula dan bahan perisa secukupnya.


3. Bila sambal tumis dah masak, sediakan pulak acuan ikan. Bentukkan aluminium foil mengikut ukuran ikan tadi. Pastu letakkan beberapa helai daun kunyit yang dah dikoyakkan. Pastu letak sambal tumis atas helaian daun kunyit tadi.


4. Letak ikan yang diperap di atas susunan sambal dan daun kunyit tadi pastu tutup ikan dengan baki sambal tumis dan daun kunyit.



5. Tutup keseluruhan ikan dengan aluminium foil. Pastu buatkan lubang pada bahagian atas supaya ikan cepat masak. Masukkan dalam oven yang panas pada suhu 150 darjah celcius selama 45 minit atau hingga ikan masak.



6. Masa nak makan nanti perahkan asam limau, wallaaa yummy mummyy !!!.. Hasilnya :




4 Juta Kengkawan Dah Komen:

.: iEyLa :. said...

ikan masak penjajah name nye ni kak..
kasi makan smpai abisla cmni..hahaha

Zura Lee said...

eh akak baru perasan Ieyla komen ni... sedap hokey, rasa cm asam pedas tp versi bakar...

Mizz Aiza said...

wah.. sedap ni.. aiza suka makan ikan bakar.. :D

Zura Lee said...

Mizz Aiza : cer try buat, kompom nak buat selalu.. sedap rasanye masam2 pedas...

Post a Comment

Apa yang korang Fikirkan :