28 Aug 2012

Sup Tulang Cara Mak


Sup tulang ni salah satu hidangan wajib yang akan mak masak pada bulan puasa, yang juga merupakan salah satu hidangan feberet arwah ayah. Sekarang ni mak dah tak sihat cam dulu, so kalu nak makan jugak sup tulang, kena la masak sendiri, walaupun tak sesedap masakan mak..

Untuk sup ni, aku guna dua jenis rempah sup. Satu jenis yang bunjut tu, satu lagi jenis serbuk rempah sup Adabi. Kali ni saje nak try rempah sup bunjut Mak Siti, selama ni pakai brand Adabi jer.


Dalam periuk, rebus tulang bersama rempah-rempah sup tadi, dua inci halia yang diketuk dan selabu besar bawang besar. Pengunaan bawang besar ni takde dalam resepi mak, aku saje tambah sbb aku perhatikan kat kedai masakan siam masukkan banyak bawang besar dalam sup dorang. Bawang besar ni dapat menambahkan rasa manis semulajadi dalam sup tu nanti.


Bila sup dah mendidih, baru la dimasukkan bahan perisa cam garam, gula, serbuk pati ayam / ajinomoto, serbuk lada sulah & lada hitam yang ditumbuk kasar.


Ok, sekarang kita sampai part yang menjadikkan resepi mak ni lain skit daripada resepi orang lain (cheewahh !!).. Klo resepi orang lain, dorang tumiskan dulu bawang rempah sume, baru masukkan air dan rebus tulang tu. Mak punya style, dia tumis bawang asing-asing. Sediakan bawang putih & bawang merah yang dikupas, beberapa kuntum bunga cengkih, buah pelaga, kulit kayu manis & bunga lawang. Tumis bahan-bahan tersebut hingga garing pastu curahkan semua sekali ke dalam sup yang tengah mendidih tadi.



Sup tulang dah siap. Sebelum makan, taburkan daun bawang, daun sup dan tomato yang dipotong. Yummy !!




2 Juta Kengkawan Dah Komen:

TS said...

fuuuhhhhh...meleleyh airliur tgk pic nih kak..hiks..

Zura said...

sila kesat air liur yang mulai membasahi kibod awak tu yerk.. hahaahahaha

Post a Comment

Apa yang korang Fikirkan :