4 Jan 2013

Kuala Selangor - Bahagian Ketujuh

* Taman Ikan Air Tawar *

Lebih kurang sejam kitorang lepak kat puncak tuh, kitorang naik trem untuk turun ke bawah bukit. Trem tu bawak pusing pekan kejap pastu terus ke Taman Ikan Air Tawar. Kalu ikutkan tak hingin aku nak gi sana sebab ramai yang cakap tempat tu super boring, tapi tiket trem memang dah masuk sekali dengan entrence fee ke sana, so terpaksa la pegi jugak.



Hadoii, memang betul, benar, sahih tanpa was-was, Taman Ikan Air Tawar ni tempat yang sesangat suram, sunyi dan boring to the max !! Tempat ni ada akuarium terbuka, galeri dan sangkar haiwan ala-ala zoo. Kitorang masuk galeri tu kejap, bukan nak menghayati ape yang dipamerkan, tapi untuk mengeringkan ketiak yang basah sebab kepanasan.. Hihihihhi !!..






Tak sampai 15 minit pun kitorang kat situ, trem datang je trus naik untuk ke tempat parking keter. Kitorang balik guna highway LATAR. Sunyi sepi highway ni. Tak ramai yang guna sebab tol mahal sangat kot. Daripada Ijok hingga ke Batu Cave tu kitorang bayar RM6.00 untuk tol..




 Tamat sudah percutian singkat kitorang ke Kuala Selangor dengan bajet tak sampai RM300.00 pun..



7 Juta Kengkawan Dah Komen:

TS said...

hurmm..penutup jalan2 xbest ek kak??hiks

Zura said...

moral of the story tak yah la g taman ikan air tawar tuh.. suruh je pakcik drebar trem tu drop korang kat tengah2 pekan tuh...

alialisakreatif.blogspot said...

mmg tol tu mahal. tapi singkat masa sangat!!

Zura said...

Kolin : ha'ah, sekejap je dh masuk KL... Klu lalu kot klang kompom ngadap jem..

alialisakreatif.blogspot said...

yup..elok ambik jalan tu aje. jimat masa

Ticer Syah said...

alo..suda jadi polower..kehkehkeh

Zura said...

tengkkiyu ticer... heheehehe

Post a Comment

Apa yang korang Fikirkan :