6 Feb 2013

First Time Mandi kat Swimming Pool

Arini bersamaan 20 Januari 2013, kitorang bawak anak-anak pegi mandi swimming pool. Sepatutnya semalam pegi, tapi terpaksa kansel sebab hantar kakak Mr.Lee pegi tengok keretanya yang eksiden tersadai kat stesen minyak Shell kat sebelah Istana Budaya....

Lepas aku gigih google lokasi swimming pool kat Putrajaya tuh, aku pilih nak gi kolam kat Presint 16. Asalnye Mr.Lee nak bawak gi kolam Presint 9 depan food court tu, aku taknak, sebab cam tak best jer... Hihihihhihih....

Kolam ni terletak dalam Dewan Serbaguna Kompleks Kejiranan Presint 16. Jenuh jugak la nak cari parking sebab aritu ada majlis kahwin kat dewan tuh. Jauh jugak la kitorang menapak...


Ni tiket masuk ke swimming pool berkenaan.. Kitorang tak guna pun sebab hanya mandi kat kolam luar. So lenkali tiket ni boleh guna balik la..

Afieq tak takot terus masuk kolam

Masa ni Ashraaf baru pandai bertatih... Dia pun eager nak masuk kolam join abang

Lepas beberapa minit, Afieq dah berani main dalam kolam tuh. Kolam yang ni cetek jer, sesuai la untuk kanak-kanak cam Afieq ni. Dalam gambar ni, ada tembok yang ada gambar ikan kan ? Di sebalik tembok tu la kolam mandi awam yang sebenar. Ada dua buah. Satu untuk dewasa, satu lagi untuk kanak-kanak yang dah masuk sekolah rendah.. Kitorang tak dibenarkan mandi kat situ sebab aku ngan Mr.Lee tak pakai baju mandi yang proper.. Sob sob sob.. So kitorang lepak je la kat kolam infant nih..Sebab tu kitorang tak guna tiket yang beli tadi..

Ashraaf pun sakan turun naik sendiri berkubang dalam kolam

Panas terik okey masa ni..Kitorang je yang konker kolam infant nih.. Orang yang lalu lalang baru balik daripada majlis kawen kat dewan tu mesti toleh kat kitorang.. 


Walaupun kitorang hanya berkubang kat kolam infant jer, aku puas ati dapat bagi peluang kat anak-anak merasa mandi kat swimming pool. Bilik persalinan sini pun bersih dan selesa. Lenkali kalu dah beli baju mandi yang best ala2 tupis tu nnt aku nak masuk kat kolam dewasa (perghh macam pandai berenang jerk !!)





4 Juta Kengkawan Dah Komen:

rubi ah said...

ooo..bes mandi eh.haha komeng komeng

Zura Lee said...

hahahahaah, sekeh kang cik B ni....

.: iEyLa :. said...

kemain syok lg ni...
mama die mane??hiks

Zura Lee said...

ibu dia tgh bizi jdk potografer kekdahnyer...

Post a Comment

Apa yang korang Fikirkan :