25 Mar 2013

Roti John Taman Warisan Pertanian

Ahad - Lepas lunch Mr.Lee terus ajak keluar. Jarang bebenor kitorang keluar seawal camni. Mr.Lee cakap takot petang kang ujan tak boleh merayap pulak. Aku langsung takde idea nak gi ke mana..Mr.Lee dah siap isi minyak keter tanye aku "kete dah isi minyak penuh nih, kita nak gi mana..?" Aku cakap ntah la, dah menghala ke Putrajaya ni, gi Putrajaya je la.. Macam takde tempat lain aku ni kan, padahal kat Putrajaya tu jugak le aku melangok tetiap ari gi keje sana.. Puihh !!

Dah sampai Putrajaya tu aku blank takde arah tujuan. Mr.Lee ajak aku singgah kat Taman Warisan Pertanian kat Presint 16 pekena Roti John sebab aku selalu dok propa pasal roti John kat situ. Warga Putrajaya memang dah sedia maklum ngan kesedapan roti John tu, siap masuk rancangan Jalan-Jalan Cari Makan lagi.


 Unan Roti John.. kalu lunch hour weekdays memang orang beratur panjang nak beli roti john nih..

Kat sini ada macam-macam pilihan makanan, nasi campur, ikan bakar, rojak dan bla bla... Harga pun berpatutan sangat. Kalu lunch hour weekdays memang nanges la ko nak dapatkan seat kosong...

Tak sempat aku nak snap gambar elok-elok Mr.Lee dah rembat... Yang ni panjang punyer RM3.70.. Sedap betul makan panas-panas..

 Zoom sikit....

Zoom lagi !!

 Ashraaf yang tengah mamai baru bangun tido tak nak makan roti john tuh

 Bukan main hyperaktif Afieq berlari sana sini sebab kawasan tu lengang, siap tersembam kat hujung sana, aku biorkan je sebab dia tak melalak...

 Harus la posing sikit, sengih je aku, tak sedar pakaian aku sama kaler ngan papan menu kat belakang tuh.. Ciss.. Hahahahaha !!.. Tu gerai coconut shake.. Tak sedap mana pun, mahal pulak tuh.. RM3.50. Tak boleh lawan kesedapan dan kemantapan coconut shake Pantai Klebang tula, dah le murah...

Aku suruh Afieq turun tangga cepat-cepat, so dia tak perasan la kat kedai cenderamata situ ada jual banyak mainan.. hihihihhihi.... 

Lepas makan terus blah sebab hujan turun.... Mr.Lee nak bawak jenjalan ke Puchong, tapi aku suruh balik umah je la.. Ujan-ujan ni baik lepak kat umah je. Lagi satu aku sayang minyak kete tuh tengah penuh, baik simpan untuk aku gi keje je (padahal bukannya guna duit aku untuk isi minyak pun tadi, jimat dah duit aku untuk minyak seminggu..TQ Bie..hihihih)


1 Juta Kengkawan Dah Komen:

alialisa said...

kolin pergi putrajaya kekadang aje ..mungkin leh spend weeken ke sana kut nanti..

Post a Comment

Apa yang korang Fikirkan :