3 Sept 2013

Meat Balls Ala Ikea



Dah lama sebenarnya aku teringin nak masak sendiri dan makan meatballs ala restoren Ikea tuh, tapi berminggu-minggu gak tertangguh sebab aku sakit gigi geraham bongsu. Tak aci la aku masak tapi tak boleh makan kan (hazab betol ko zura !!)...heheehe... 

Aku tunjuk gambar meatballs Ikea kat Mr.Lee, aku cakap "Bie, ahad ni kita lunch ngan benda ni yerk..".. Mr.Lee jawab "Tak nak la, cam tak kenyang jer..".. Hoh, tak urban la tekak Mr.Lee ni !! Tak pe, tunggu Sabtu baru buat sebab Sabtu dia takde kat umah, keje..



Jenuh aku google sana sini resepi meatballs ni. Akhirnya aku berkenan ngan satu resepi ni. Terima kasih SUE MIEZI (SueMiezi tu resepi asal, tapi resepi kat bawah ni aku dah ubah sikit-skit)

MEATBALLS
Bahan-bahan : 
Daging Cincang
Sebiji bawang besar - dicincang halus
Breadcrumb - untuk kekentalannya
Sedikit tepung gandum
Sebiji telur
Sedikit serbuk lada hitam
Sedikit serbuk lada sulah
1/4 cawan susu cair
Garam secukup rasa
Minyak untuk menguli

Cara-caranya : 
1. Satukan daging kisar, bawang besar, breadcrumb, lada hitam, lada sulah, gandum, susu, telur dan garam. Uli semua bahan hingga rata dan kental. 
2. Kalau agak lembik, sila tambahkan breadcrumb (jangan tambah tepung ok!!). Sebelum menguli tu letakkan sedikit minyak di atas tangan supaya bahan tadi tidak melekat. 
3. Kukus meatball yang dah siap diuli tadi selama 20 minit. Lepas kukus sila goreng  / bakar sekejap. 



BLACK PEPPER GRAVY
Bahan-bahan : 
Sebiji bawang besar - dipotong dadu
Mentega untuk menumis
2 sudu tepung gandum
1 1/2 cawan air sejuk *
Susu cair *
5 sudu sos tomato * (resepi asal ada masukkan tomato segar, tapi aku tak buh sebab tu aku lebihkan sos tomato)
3 sudu sos tiram *
3 sudu kicap manis *
3 sudu serbuk lada hitam *
1 kiub pati ayam

Cara-caranya :
1. Cairkan butter, goreng bawang hingga layu. 
2. Masukkan tepung, goreng hingga warna bertukar agak keperangan
3. Masukkan kesemua bahan yang bertanda * dan kacau hingga mendidih.
4. Sejukkan sebentar dan kisar sos ni supaya bahan seperti bawang hancur dan kuahnya licin berkilat.


AKSESORI
- Kentang aku rebus masa tengah mengukus meatballs. Kentang kat bahagian bawah, meatballs kat bahagian atas.
- Sayuran cam lobak merah dan brokoli aku kukus sekali ngan meatballs. Jimat masa kan.. 


Zoom sikit kasik menjejes liur...


Sebelum makan aku buh gravy banyak-banyak.. sedap !!!


20 Juta Kengkawan Dah Komen:

KAK RAINBOW said...

menarikkk

Yana Yani said...

zura ni suka post gambar yg mengugat keimanan tau...nak skit blh x? =)

Don't Afraid to Try said...

sedappnya...

sweetie said...

Menarik nampaknya!

Sura Mohd said...

wowww..memang menarik..teringin nak cuba..:)

Mizz Aiza said...

dah meleleh air liur.. hehe.. bagus betul zura.. usaha tangga kejayaan, kalau teringin nak makan mesti usaha nak buat juga kan..

TS said...

eheeemmm....dapnye kak..

Rohayu said...

Saya dah add blog awak ni...nnt awak add/follow blog saya jugak yer....baru belajar nak ber blog...

Alham said...

wow...rajinnya buat meatballs sendiri...aku biasa beli meatballs yg dah siap cuma buat gravy dia je...hihihi

ibh_sue said...

Asslmkum Zura. Wow! Menggoda betul meatball zura tu. Ni yg buat sie nak buat lagi ni. Thanks singgah rmh sue yg x seberapa tu ya :)

FarahFerraDotCom said...

Sedapnya zura..;)

lieyalatif said...

sumpah nampak menariks!! ikea pun kalah kot....alooo lapo sudah perut kite tauu tgk....

lieya mmg berhantu mkn meatballs ikea tu...kalo pi sane tak sah tak bawak tupperware sbb nak tapau sekali hahaahahah

Kamsiah yusoff said...

nak sikit...nampak menarik dan sedap sesangat

suria lekatlekit said...

asben saya memang tak makan apa jenis daging sekalipun selain ayam jadi jgn harap la saya dapat makan meatball. hahahaha.. dia kata family kita tak boleh makan daging. cuma baru2 ni ajak dia makan itik... Ok sebab itik & ayam berkaki dua dia boleh terima. bulan ni saja asyik makan chinese food.. hj shahrin low la.. apa lagi ntah bebaru ni gi makan restoran cina muslim tu.. bosan pulak asben asyik makan itik. apapun nampak menyelerakan. kalau meatball kat ikea tu memang sejak dari zaman bercinta lagi dok pi sana tak pernah cuba.. lg pun dulu ada kontroversi x halal sampai restoran tu tutup sekejab untuk menyamak.. lagi la x makan kat situ

Unknown said...

Salam Zura, rasanya dah lama kenal nama ni, akak cari blog tak jumpa. Ni jumpa kat komen blog Suemizi.
Kakzana/kakpb tak suka meatball, fishball dll..mmg tolak kat anak dan hubby. Mungkin sb pernah terkena yg berbau, jadi serik.
Selamat menceburi dunia blog!!

shazillahsani.com said...

meet ball ini mmg mengancam..^^

Liza Razak said...

wahh...dah nampak macam sama dengan meatballs ikea..ini yang semangat nak cuba jugak ni :)

alialisakreatif.blogspot said...

rajin sangat ok!

wawa syaida said...

seriously akak...nampak sangat-sangat sedap....akak ...wawa rasa kan...apa kata...pasni bukak restoran...semua yang akak masak semua nampak sedap...laksam...nasik kerabu....apa lagi...semua best

Jari Manis said...

wOWWW...masak sendiri ke..ingatkan ambik gambo waktu mkn kat ikea...nampak sedaplah..terliur..

Nanti kalau JM rajin nak try resipi ni

Post a Comment

Apa yang korang Fikirkan :