17 Oct 2013

Daging Teppanyaki / Beef Teppanyaki

Mentang-mentang dalam mood raya Haji lagi, resepi arini pun pasal daging jugak...  Pernah makan kat restoren Teppanyaki tak ? Masakan grill stail Jepun. Kalau kat Jusco kat rumah aku ni, restoren tu ada dapur terbuka, chef masak depan pelanggan siap ada meja makan depan dapo dia. Tapi aku tak pernah ada peluang nak dok kat meja depan dapo tu, asek penuh je. Tak dinafikan harga makanan kat situ agak mahal sikit. Yang paling murah Chicken Teppanyaki pun dah RM9.90.

Beef teppanyaki kat Restoren Teppanyaki - RM12.90


Aritu aku google cara nak masak Beef Teppanyaki sama cam kat restoren tuh. Senang sesangat rupanye lahai !! Tak banyak bahan pulak tuh. Yang penting korang perlu ada kuali leper, tak semestinya kuali leper mahal, aku pun guna kuali roti canai murahan jer. Masak sendiri kat umah lagi bersih dan jimat kan, nak-nak lak kalau korang ada ahli keluarga ramai. Terer betul aku berjimat, raya tahun depan aku boleh beli gelang emas sampai ke ketiak.


Terima kasey banyak-banyak kat blogger AZIAN COLLECTION sebab share resepi teppanyaki dan macam-macam tips. Blogger Azian ni guna isi ikan salmon dan isi ayam. Dia kata kalau takde kicap soya Jepun pun takpe, boleh ganti ngan kicap cair Malaysia pun sedap. 


Bahan-bahan :
  • Sekeping daging lembu (boleh ganti dengan ayam, sotong, udang dan sebagainya)
  • Sayur-sayuran – kobis, taugeh, lobak merah, dan daun kuchai
  • Serbuk lada hitam
  • Kicap cair
  • Bawang putih – kupas dan hiris nipis
  • Minyak masak





Cara-cara :
  • Daging dipotong kecil dan diperap dengan serbuk lada hitam untuk beberapa ketika. Dalam resepi asal Blogger Azian dia tabur serbuk lada hitam kat atas lauk masa tengah masak.
  • Kobis, lobak merah dan daun kuchai dipotong nipis.
  • Panaskan kuali leper dan masukkan minyak masak
  • Goreng bawang putih hingga garing.
  • Masukkan daging dan renjis-renjiskan kicap cair ketika memasak daging tersebut.
  • Bila dah masak dan agak garing, ketepikan daging tersebut ke bahagian tepi kuali.
  • Dengan menggunakan sisa minyak menggril daging tadi, masukkan sayuran. Taburkan sedikit serbuk lada hitam dan kicap cair. Masak sekejap je dan angkat.
Sama tak rupa dia ? Lebih kurang je kan...


Buat sendiri daging masih lagi basah, tak terlalu kering cam kat restoren tuh...



Aksesori tambahan :
Kat Restoren Teppanyaki setiap hidangan disertakan dengan hirisan lobak putih jeruk manis dan hirisan bawang putih goreng garing. Lobak putih jeruk manis tu banyak dijual kat mana-mana pasaraya.


Untuk bawang putih goreng : hiris nipis bawang putih sebanyak mana yang dikehendaki dan digaul dengan garam. Goreng di dalam minyak yang dicampur dengan sedikit marjerin. Mula-mula goreng dengan menggunakan api yang besar, bila bawang dah kekuningan baru kecilkan api. Goreng hingga garing, angkat dan toskan di atas kertas tisu.
 

Makan ngan nasi panas memang meletops...




23 Juta Kengkawan Dah Komen:

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

sedapnya.. bagus betul zura masak sendiri.. jimat dan bersih.. tak payah susah-suah nak keluar beli di luar kan..

Sura Mohd said...

rajinla Zura ni..tengok resepi tu senang je..nanti2 nak cuba gak..:)

alialisa said...

rajin giler !!!

anna hashim said...

kak zuraaaaaaa...ana kt depan screen ni melelh leleh tgk..
nak sikittttt...sedapnye..nasib x jilat screen pc ni..huhuhuuu
suka teppanyaki....sobbssssssss...

Jari Manis said...

Mak aih..kenapa pandai masak sgt niee..wlupun simple tapi nampak sedap nyerr..nk try tapi tak ada kuali leper camtu kat umah..

Hari try resipi sup ayam ikut resipi Zura tu...nyummeh..menjadi

Sheila Salim said...

Assalamualaikum kak, adoyaiii terliur sheila kak, kecur sungguh ni.. mana pulak nak cari teppanyaki area sungai buloh ni.. huwaaaaaaaaaaaaaaa :(

Sheila Salim said...

kak, balik ni sheila nak buat! heeeeeeeeee. btw sheila share entri akak kat fanpage sheila. heeeeeee jangan marah naaa :)

Suria Lekatlekitgurl said...

suka makan teppayaki chicken kat 1 utama.. sedap la jugak. yelah kalau family besar budget tinggi jugak makan masakan jepun ni kan?? Untung anak2 dapat mak yg pandai masak macam Zura. kekekekeke

Ain Eddihar said...

Assalamualaikum kak. Allahu Rabbi . terliurnya kita :3

SecretOfShaila said...

Fuyooo...sedapnya..huhuhu

mysha said...

Hurm senang jer yer rupenyer buat.. daging ada lagi nih.. leh try.. hehehe mekaceh yer kongsi resepi.. hik3

Time Traveller said...

Sedap la pulak.. buat terliur di pagi hari sabtu ni hahahaa.. thansk share resepi tu :D

BUNDA a.k.a KN said...

terima kasih share resipi, ntah bila bunda nak buat...tengok gambar dah terliur dah...

nik ros said...

nampak sedap.hampir sma kedua2 nya

alibukansetan said...

nampak mcm sedap... mcm senang nak buat... mcm ada lagi daging korban dlm fridge tu... thnks 4 de resipi :)

lieyalatif said...

wow zura! cayalah ...terra nyer! sebijik rupe mcm kat kedai tu...perfect n cantik....terliur plak lieya tgk hah...selalu order gak kalo pi Rasa Alamanda tu...tak pun kat restoren teppayanki...puas betul dpt mkn daging....

diana said...

boleh buka kedai la kalau macam ni..heheh

Liza Razak said...

sis masak sendiri lagi nampak sedap ! lagi jimat dari makan kat restoran teppanyaki tu :)

miesha said...

salam. salam perkenalan.
sedapnyer. tq berkongsi resepi : )

misz sheyla said...

rajin nau post benda2 yang buat orang lapar...mane nak cari teppanyaki ni

♥ Mrs. Secretary ♥ (FARAH) said...

Wah terror la zura.. mmg nmpk sedap! =D

y@N@^y@Ni said...

lama tuan blog tak update blog ni
rindu nak tengok gambar masakan =)

wawa syaida said...

sedap jugak ;) wawa ni bertambah2 semangat nak belajar masak....

Post a Comment

Apa yang korang Fikirkan :