18 Mar 2014

Bukit Fraser - Allen's Water

Entry Sebelumnya : Bukit Fraser - Puncak Inn / Silver Park Resort

Selepas dah makan. mandi dan berehat kejap kat apartment, sebelah petangnya kitorang keluar menuju ke Allan's Water atau Tasik Allan. Sedikit info pasal Allan's Water (aku kopipes dari website Bukit Fraser)

Allan's Water is a small lake that sits in a little nook before Jelai Highland Resort at Jalan Ampang Road. It was turned into a park for recreational activities and paddle boating from a reservoir that fell into disuse over the years. Originally a water collection and supply for British residents during the colonial hill station era, FH Allan, assistant to chief infrastructure engineer FW Mager, was the architect of this project that is named after him today. Surrounding the lake are thick droves of trees and shrubs that emit a natural calm over the environment. Birds fluttering among the tree tops are common sights, along with the occasional squirrel and monkey.



Aktiviti utama kat tasik ni opskoz la naik bot kan. Tapi sedih gile bila orang bot bagitau kitorang tak boleh naik bot berempat. Kalu aku naik berdua je ngan Afieq, sapa yang nak kayuh pedal yang lagi sebelah, kaki Afieq bukannya sampai pun nak kayuh. So terpaksa kansel.. Frust betol.. Sob sob sob (nangis sambil kesat ingus kat kaki seluar)



Tak dapat naik bot, kita buat fish feeding je la ye anak-anak. Makanan ikan dijual kat kaunter tiket bot tadi. 





Dalam banyak-banyak ikan, kitorang semua kagum dengan kumpulan ikan nih. Cuba korang perhatikan, selari je pergerakan ikan-ikan ni tu. Tak tau apa nama ikan tuh. Ikan spesis lain kan berenang ikut suka ati jer, berterabur sana sini, tapi ikan-ikan pink ni teratur je. Unik tol !!



Kan betol aku cakap ikan spesis lain berterabur je gerak. Ikan-ikan pink yang teratur tadi tu tak campur ngan geng ikan biasa.



Cantik jugak pemandangan kat sini kan. Tenang jer. Aritu kitorang tak jalan sampai ke hujung sana, nyesal pulak tak explore sampai habis



Patut la orang dok tengok-tengok aku, ingat sebab aku ni cantik menawan tertawan ke hape, rupa-rupanye sebab hujung baju aku termasuk ke dalam poket seluar.. sampai ati Mr.Lee tak inform !!!



Sekejap je kitorang kat sini. Kalau dapat naik bot kan best.. (bunyik cam masih terkilan je tak dapat naik bot..huwaaa !!) Pastu kitorang lepak kat taman awam Bukit Fraser pulak




13 Juta Kengkawan Dah Komen:

Sheila Salim said...

Assalamualaikum kak zura. wahh banyaknya ikan.. lawa la tempat dia. mendamaikan... bila dapat pergi sini ~~~

suria lekatlekit said...

holiday tiap2 bulan ke zura ni.. nampak cantik gambar tu

kakitravelkhairuddin.blogspot.com said...

Dekat map tgh2 bandar tu ada la tulis allan water..tak pegi pun, ingatkan mcm xbest tp tgk zura pegi ni alahaiiiii menyesal la pulak tak pegi..kalo tak boleh mengayuh sampan sambil lap peluh kat hujung lengan baju haha..ikan pink tu bajet cun, itu yg control ayu je, berenang dgn lemah gemalai

lieyalatif said...

mmg lawa kawasan nie...patut org pi honeymoon pun suke gi sini kan..suasana die mmg sesuai kalo honeymoon hah.....siyes cantik view die....kehijauan flora dan fauna tu buat aku tetarik....aisey bile dpt pi fraser hill nie.....

tapi seb baik ko share pasal tasik allan ni zura..sbb kalo tak mmg lieya tak tau pun pasal tasik ni....mmg kene singgah kalo ke fraser hill....tenang jek nampak tempat nieh...

Ann said...

lawa tmptnye..alaaa...sdh jugak xdpt naik bot..

adehhh...cmne leh xprasan hjng baju tu yea..hasben saja la tu nk kaco tu..hehehe

Jari Manis said...

Oh..sudah semestinya bot tu hanya sesuai tuk coulpe yg pergi tanpa anak atau suami isteri yg pergi hanimumm...leh brdua duaan dalam bot tu tanpa ganggu....heeePelik kan..apa salahnya kalau 4 org termasuk kanak2...kalau tk mesti suka 2 beradik

Mizz Aiza said...

cantik dan mendamaikan je suasananya.. sepatutnya dia buat bot untuk bawa anak-anak juga..

alialisakreatif.blogspot said...

memang kene p ni bukit fraser..
kolin takut nak naik pasal jalan nyer tu heheheh

Unknown said...

byk juga aktiviti kt bkt fraser ek..entries zura ni mcm menarik2 je nk ke sana :)

Cho Zila said...

kalau akak pun taklerkot sebabnyer suami akak memang takkan naik punya.. mati akak kena round dua kali nak bawak budak dua orangtu..

Yana Yani said...

cantiklah tempat dia ni
cam nak pergi juga ni =)

Time Traveller said...

Memang cantik.. seronok jer tgk kan.. part ikan tu kalau2 malam mau kene sauk sekor dua hahahaa :P

FarahFerraDotCom said...

kat sini pun best jugak.. perghh banyak gila ikan tue dok berebut makanan.. kalau bawak Emir mai sini mesti dia suka! =D

Post a Comment

Apa yang korang Fikirkan :