5 Mar 2014

Bukit Fraser : Center Point Of Fraser Hill (Pagi)


Aku tak tau nak bagi title apa untuk entri ni, disebabkan entri ni berkaitan ngan aktiviti di tengah-tengah puncak Bukit Fraser, maka aku namakan dia Center Point of Fraser Hill, senang nak paham..kang kalu aku buh nama pekan Bukit Fraser cam tak kena pulak sebab memang bukan pekan.


Alhamdulillah kami sampai ke puncak pada lebih kurang pukul 10.40 pagi. Anak-anak sedap tido kat belakang sebab kena golek dalam kereta yang dok lalu kot jalan yang bersimpang siur macam ular kena palu




Pemandangan Bukit Fraser dari jalan masuk. Walaupun hari kitorang pegi ni hari Sabtu (1 Mac 2014), tapi suasana agak sunyi dan tak ramai pengunjung. Tak crowded langsung, nak parking kete pun senang.




Aku tak pasti ni tempat apa. Bersebelahan ngan padang golf. Klasik betul pintu gerbang dia.




Mercu tanda utama Bukit Fraser. Masa ni ramai betul penunggang basikal berkumpul. Dorang parking beskal dorang di sekeliling Menara Jam ni. 




Aku halau Afieq suh dia gi belah sana sebab aku nak amik gambar berdua 
ngan Mr.Lee.. hihihhih !




Aku langsung tk perasan Afieq ada dekat aku je masa amik gambar ni. Patut la aku dengar suara dia cakap "Ibu, dah ke belum ??".. Hadoii kacau daun la abang nih !! Hahahahaahah !!




Pastu Puan Blogger pulak nak posing




Kitorang booked Studio Apartment Puncak Inn. Tapi bukan stay kat blok belakang aku tuh. 
Situ check-in & check-out sahaja




Masa ni aku suh Afieq jagakan kamera, siap buat-buat puji "abang pandai ambik gambar kan.." Baru la dia tak kacau aku nak amik gambar berdua.. keji ok ! Hahahaahah !!




Sukanye abang !! 




Masa ni Ashraaf baru bangun tido, rambut pun belum sikat elok lagi. Lepas kejut trus paksa 
amik gambar.. hahaaha !!




Lepas amik gambar ni baru perasa wedges aku dah terkopak, dah nganga kiri kanan dia.. huwaaaa sadis betol !! Baru nak bergaya cam model !!! Tak pasal-pasal 
kena carik gam cap gajah..




Sebelum gi kedai carik gam cap gajah, posing dulu laki bini berlatarbelakangkan padang golf




Deretan kedai cenderamata. Tak banyak pun, ada la dua tiga kedai gitu




Cantik padang golf ni, tapi takde orang main pun




Anak-anak dan bapak catwalk kat tengah-tengah jalanraya




Masa ni baru balik daripada kedai runcit beli gam cap gajah. Kedai runcit sini satu je, 
tu pun kecik je. 




Belakang aku tu klinik desa. Cantik kan klinik dia. Aku rasa tu banglo lama tapi 
diubahsuai jadik klinik.




Cantik signboard ni, tapi kecik je



Walaupun nampak cam panas terik tapi ketiak tak basah pun sebab angin sepoi-sepoi bahasa bertiup lembut, nyaman jer. Selepas dah lepak-lepak kejap kat tengah puncak Bukit Fraser ni kitorang proceed dengan aktiviti menunggang kuda pulak. Kandang kuda tu cantik, nanti aku cerita dalam entri seterusnya. 

Bersambung...






17 Juta Kengkawan Dah Komen:

Sheila Salim said...

Assalamualaikum kak zura. wahh syoknya bergambar... nak g sini gak! hehee pandai abang tangkap gambar mama ye. hiewhiew... cepat update entri kak, tak takut naik kuda ekk? hihi ~~~

Yana Halim said...

cantik la gambar2nya.. :)

Yana Yani said...

wah cantiklah zura, cam nak pergi juga ni
berapa kos dekat sini zura, cer cite sikit
barang dekat situ mahal tak?

gambar yang si abang menyorok tu kan, kelakar =)

suria lekatlekit said...

pergi sana tak pernah bermalam lagi. tak pernah lagi la bila pergi kat sana sesak dengan orang

Mizz Aiza said...

macam model zura posing.. aiza tak pernah lagi sampai bukit fraser ni..

Sura Mohd said...

seronok nengok zura bergambo..kelakar la si afieq tu..dia ingat x nampak la tu..hihi..
cepat2 sambung n3 baru..:)

Cho Zila said...

akakpun dah sampai sini.. memang aktiviti bergambarjerler...
pemandangan memang cantik... rasa duk obersee..
tapi nak pergi jalan berpalutu tak menahannyer..
akak tak penah bermalam kat sana lagi...
jom cerita pengalaman bermalam di sana lak..

wawa syaida said...

cantiknyaaaa...suka tengok semua gambar akak and family dengan permandangan yang cantik-cantik...tak sabar nak tunggu next entry ^___^

Erin - Ibu Qistina + Qaisara + Qamilia said...

Suka betul baca blog Zura ni... dari start terjumpa kat google gegara nak tgk entry pasal gi KK...terus terpaut masuk sini hari-hari :)
Teruskan update ye.. tak sabor nak baca tau!

Ann said...

bile xramai org, baru best nk posing2..amboiii merah 1 family yeaa..hehhe..

lieyalatif said...

lieya tak penah sampai sini...tgk pic zura ni rase mcm berkobar2 nak pergi..sebelum ni org kate takde ape...bosan kat sane...tapi at least bile ade pengalaman pergi sendiri baru laa kite rase bende tu kan...lagi pun lieya suke tempat2 yg cuace die sejuk2 nyaman gini...mcm cameron tuh.....syok rase mood tak bepeluh tiak....

lieya pun selalu jek puji kosong budak2 ni sbb nak suruh buat something hahaahaha...keji mmg keji tapi terpakse okey hahaahahah....

shazillahsani.com said...

wahhh..bestnya berjalan-jalan bersama family...hihihi..tempat itu memang cantik pun...sesuai untuk bergambar..^^

alialisakreatif.blogspot said...

kolin tak pernah sampai fraser hill, sebab dengar cerita jalan dia sangat menakutkan. tapi cantek laa pulak eh

Jari Manis said...

JM pun belum pernah sampai ke Bukit Fraser ni..hamboi..jeles i u oulss...pasangan baju merah gambar berdua, merpati sejoli tu....romantik betul cam baru lepas kahwin g honeymoon lah...cantik baju Zura..MERAH..i likeee!!!!!

Jari Manis said...

Nak sambnug lagi komen..sib baik 2 beradik tu sporting heeeee

FarahFerraDotCom said...

ishhh awat la tempat nie cantik sangat zura.. bila boleh sampai nie..=D

naziera said...

Best nye tgk gmbr2 u kt sane...dulu sy g x smpt bgambar, bateri habis..

Post a Comment

Apa yang korang Fikirkan :