Entri Sebelumnya :
1. Bukit Fraser - Pengembaraan Bermula
2. Bukit Fraser - Centre Point Of Fraser Hill (Pagi)
3. Bukit Fraser - The Paddock
Bersambung..
1. Bukit Fraser - Pengembaraan Bermula
2. Bukit Fraser - Centre Point Of Fraser Hill (Pagi)
3. Bukit Fraser - The Paddock
Memandangkan kitorang dah ngantuk dan kelaparan lepas naik kuda tadi, kitorang decide nak check-in. Waktu tu baru kul 12.30 tengah hari, tapi kitorang tawakal je tanya kat receptionist dan budak tu cakap dah boleh check-in. Seronok betol. Aku terkejut gile bila receptionist tu cakap kalu book apartment bukan check-in kat situ tapi kat dalam kawasan apartment SilverPark. Sebelum ni pernah gak terbaca yang kawasan Silver Park ni agak "keras", mula la aku jadik gabra dan kepala otak aku imagine macam-macam, bengong tol !! Cer tengok anjing orang tuh, besar betol, paras peha tuan dia..
Access card yang kaler putih tu untuk bukak gate apartment, ni bermakna hanya orang dan kenderaan yang ada card ni je yang boleh masuk.
Ni blok penginapan kitorang. Ada 6 tingkat dan unit Studio Apartment terletak kat tingkat paling atas sekali, takde lift ok !! Kami penghuni pertama yang sampai kat blok ni. Suasana sangat sunyi. Mengigil ketakutan aku turun naik tangga angkut barang sambil baca ayat Kursi sepanjang tangga tuh.. hahahaaha !!
Blok lain pun belum ramai penghuni jugak. Satu blok hanya ada satu kenderaan jer..
Queen size bed
Sofa yang sangat empuk di ruang tamu. TV biasa je bukan LCD dan tak banyak siaran pun, takpe la, bukan datang nak tengok tv je kan. Sebelah ruang tamu ni ada balkoni yang agak luas, boleh nampak The Paddock. Kalu nak buat BBQ kat balkoni pun boleh.
Kelengkapan dapur yang basic dan bersih. Sebelah dapur ni pun ada lagi satu balkoni. Kiranya unit studio apartment ada dua balkoni la. Kalau datang ramai-ramai ngan famili memang seronok la buat BBQ.
Toilet pun biasa-biasa je tapi bersih. Yang tak best nya water heater dia tak berfungsi, betul macam kebanyakan blogger cakap tuh. Sebbaik masa kitorang pegi ni musim panas, suasana tak sejuk sangat so takde la mati beku terpaksa mandi air sejuk
Aku dah bawak siap-siap portable gas stove, so panaskan bekal je la. Nasi aku dah masak siap-siap kat umah. Best betul makan sup ayam panas-panas sambil ditiup angin bukit tinggi ni.
Ni blok apartment yang lebih besar. Takde penghuni pun. Aku rasa ni blok persendirian. Aku pernah google harga pasaran sebuah apartment kat Silver Park ni mencecah RM3 juta seunit..
Deretan pokok pine ni sebijik cam kat Kundasang
Menjelang senja, baru la rumah-rumah kat blok kitorang dipenuhi ngan pelancong lain. Suasana meriah sikit berbanding masa kitorang mula-mula masuk. Terus ilang rasa takut aku yang over tuh
Ni gambar pada hari kedua, posing seound sebelum check-out
Penginapan kat sini kitorang puas hati, lagipun aku bukannya jenis cerewet sangat. Unit studio apartment yang luas, nak sumbat 4,5 orang pun boleh tapi kena request extra bed la. Sebenarnya takde gangguan apa-apa pn, aku je yang terlebih takut sebab dok baca macam-macam cite antu pasal Silver Park nih.
Bersambung..
13 Juta Kengkawan Dah Komen:
Assalamualaikum kak zura. wahh cantik.. tak pernah pula dengar cerita pasal seram-seram maybe sebab tak pernah sampai sini. wakakaaa. perghh sup ayam tu.. fuhhh! singgah sambil klik tabung sini ~~~
kalo cuace panas skrang ni pergi bukit fraser mmg best..sejuk nyaman jek....uishh ni rase nak gi sane gak nieh....hehehehe lieya tak penah sampai sane lagi tau zura.....nak gak rase pengalaman sendiri ke sane...nanti laa masukkan dlm list cuti2 malaysia kang heheheheeheh
3 juta ?!!! umang ai mmg mahal betul kan....tapi tu laa kalo dieorg naiktaraf sikit kawasan tu kan cantik...naampak mcm tak dijage jek....kalo di cat balik mesti nampak tempat tu mcm seronok sikit nak gi bercuti.....
zura ni mcm lieya, kalo gi cuti2 gini kalo ade mase teluang mmg bawak bekal...syok ...hari2 seterusnye takpe la nak beli pun, tapi ari pertama tu sanggup berangkut bekal bagai...syok woo makan.....
nasib baik xde pengalaman misteri yg berlaku kn..biase kalau dh terbaca pasal tempt tu mmg takut gile la nk duduk
ha,,, ha,, jenuh akak baca laju2 kot ada misteri yang keluar.. oklertu..
zura cam akak gak tak kisah sangat janji okjer...
tapi tuler kadang jangan baca sangat.. sebab diri kita tak sama ngan orang lain..
kesimpulannya rasailah sendiri...
sbaiikkk..igtkan ad cerita misteri td..nampak sweet dan selesa unit tu..
Cantik dan bersih aptment tuh.. Iye laa sejuk2 makan plak panas2 perut plak lapar.. semua jadi sedap..
bukit tinggi tak pernah bermalam.. sama la kita bab penginapan ni kalau gi holiday kita just cari yg budget & selesa jer.. tak cerewet sangat sebab kita cuma nak tidur mandi & rehat malam jer
pertama kali tengok gambar kat atas tu rasa seram la juga zura.. hehe nasib baik dah ramai yang menyewa.. bilik tidurnya nampak selesa..
Cantik, selesa dan bersih nampaknya apartment ni..saya tak tau pun kewujudan apartment ni sebab biasanya kalau ke bukit fraser balik hari je..inshaallah family day akan datang nak ajak adik beradik datang sini la..tq zura atas info bermanfaat ni
sejuk2 makan sup panas2..apartment pun selesa..bestnya..
*tengok kaki ayam buat akak terliur jer..nak kaki ayam..nak kaki ayam..:)
Oh..saspend je bila..ckp KERAS...tgk bangunan pun agak berkulat dan usang..risau gak coz JM pun penakut jugak...JM nampak sup kaki ayam lah heeee
dekat luar nampak buruk
kat dalam dia kemas ye, sejuk mata tengok
hehe...zura cam sayalah. saya kalau tempat tak penah p
memang tak lena tidur dibuatnya
macam-macam dok fikir! memang bengong tahap gaban kan...hehe
berapa harga penginapan kat situ zura
3juta harga apartment tue Zura???? serius?? huhuhu.. luar nampak b**** sikit tapi kat dalam not bad la.. okey la jnji selesa.. =D
Post a Comment
Apa yang korang Fikirkan :