Entri Sebelum : Sabah - Pasar Malam Kampung Air
Terus ke Jesselton Point Jetty. Kat sini parking kete kena bayar, singgit sejam. Parking yang free semua dah full. Beli tiket untuk ke satu pulau saje. Aku decide pegi Manukan sebab sana lebih banyak kemudahan. Blogger-blogger cakap kat Manukan dah tak banyak ikan cam Pulau Sapi, takpe la, kitorang nak gi mandi je, bukannye nak gi snorkling pun. Tambang bot ke satu pulau = rm23 (kitorang dapat diskaun RM20 je) + jetty fee = rm7.20 + island fee = RM3.00. Total semua RM30.20 untuk seorang dewasa. Afiieq kena bayar tambang RM15 dan jetty fee RM3.60. Jujur sungguh aku ni cakap Afieq dah umo 3 tahun padahal bulan 10 ni baru 3 tahun.. Kalu umo 2 tahun ke bawah free cuma bayar jetty fee dan island fee saje.Takpe la, halal kan je la..
Awal pagi aku bangun arini sebab excited gile nak berjimba-jimba kat Pulau Manukan yang femes tuh. Sejujurnye aku mengakui bahawa aku dan anak-anak tak mandi pun pagi tuh, Mr.Lee sorang je yang mandi... Dah kata nak gi mandi laut kan, wat pe nak mandi kat hotel.. Sungguh brilliant penjelasan ko yerk Zura !!. Aku pakai sunblock siap-siap kat hotel.Sapu banyak-banyak satu badan aku dan anak-anak..
Ramai blogger rekomen supaya bawak bekal makanan siap-siap sebab harga makanan kat pulau tu agak mahal. Aku plan nak tapau makanan kat Jesselton Point jer, tapi keluar hotel ternampak ada makcik jual sarapan kat depan kedai runcit. Murah gile ko bihun goreng sebungkus singgit lebih jerk !!.. Aku beli kuih, air mineral dan cikedis sekali. Mesti makcik tu rimas kan tengok muka dan tangan aku berminyak-minyak.. Saya overdose sunblock makcik, maklum la baru pestime pakai.. Hiihihhihih...
Terus ke Jesselton Point Jetty. Kat sini parking kete kena bayar, singgit sejam. Parking yang free semua dah full. Beli tiket untuk ke satu pulau saje. Aku decide pegi Manukan sebab sana lebih banyak kemudahan. Blogger-blogger cakap kat Manukan dah tak banyak ikan cam Pulau Sapi, takpe la, kitorang nak gi mandi je, bukannye nak gi snorkling pun. Tambang bot ke satu pulau = rm23 (kitorang dapat diskaun RM20 je) + jetty fee = rm7.20 + island fee = RM3.00. Total semua RM30.20 untuk seorang dewasa. Afiieq kena bayar tambang RM15 dan jetty fee RM3.60. Jujur sungguh aku ni cakap Afieq dah umo 3 tahun padahal bulan 10 ni baru 3 tahun.. Kalu umo 2 tahun ke bawah free cuma bayar jetty fee dan island fee saje.Takpe la, halal kan je la..
Bangunan kaler oren sebelah kiri gambar tu la tempat beli tiket. Aku aritu siap pegi sampai ke hujung jeti jenuh nak carik mana kaunter tiket. Nape la takde papan tanda tiket kaunter kat pintu bangunan oren tuh ? Hangen tol !! Walaupun belum mandi, aku tetap eksyen pakai baju I love Sabah beli malam tadi.. Anak-anak pun masih pakai baju tido lagi.. Sempoi !!
Kaunter-kaunter tiket ke pulau. Setiap kaunter menawarkan harga yang berbeza, korang kena pandai survey ok. Aku aritu beli tiket kat kaunter no.5 tuh.
Bot-bot yang akan bawak pelancong ke pulau. Kat jeti ni pun dah banyak ikan berenang-renang.. Geram nak sauk wat balik goreng masak merah
8.30 pagi beli tiket. Budak kaunter suruh tunggu sekejap nanti dia akan call bila bot dah ready. Sementara tu kitorang lepaskan anak-anak main kat perkarangan jeti tu. Dekat pukul 9 lebih baru gerak ke pulau. Jarak Pulau Manukan dari KK lebih kurang setengah jam.
Lepas driver bot drop kitorang kat Manukan, dia hantar penumpang lain ke pulau lain pulak. Masa mula-mula jejak kaki kat jeti Manukan ni trus aku terkagum, terpana, terkasima dengan keindahan pulau ni. Terus rasa nak pakai bikini pastu lari-lari slow motion cam Pam dalam Baywatch.
Bila masuk pintu utama, kat sini la korang kena bayar island fee RM3 sorang. Kitorang bayar RM6 je sebab orang jaga kaunter cakap Afieq dan Ashraaf tak perlu bayar. Tak sesia aku berlaku jujur masa beli tiket kat KK tadi.. Kohkohkoh !!
Afieq terus menggelupor nak mandi bila nampak air laut. Belum sempat gi toilet tukar baju dia dah bukak seluar dan baju dia. Berjalan pakai pampers saje. Perasan mat salleh kah ko wahai anak ku..?? Hahahaaha... Lepas tukar baju trus mandi dan berjemur menghitamkan lagi kulit yang tak berapa nak cerah nih.
Air jernih sangat. Tapi banyak sampah. Obor-obor pun banyak, so tak boleh berendam lama-lama. Mandi kejap, naik berjemur, pastu mandi lagi. Ramai betul orang dekat Manukan ni. Kebanyakannya foreign tourist. Boleh bilang ngan jari brape kerat je warga Malaysia.
Janji dengan budak kaunter tiket nak balik KK pukul 2.30, alih-alih kul 12.30 dia sms bot ada pukul 1.30 kalu aku nak balik awal. Takkan nak balik awal kot, bukan senang-senang boleh datang sini. aku ignore kan je sms tuh.
Tak lama pastu datang orang bersihkan sampah sarap kat tepi pantai tuh.. Lepas pantai dah bersih sakan la kitorang main air.
Janji dengan budak kaunter tiket nak balik KK pukul 2.30, alih-alih kul 12.30 dia sms bot ada pukul 1.30 kalu aku nak balik awal. Takkan nak balik awal kot, bukan senang-senang boleh datang sini. aku ignore kan je sms tuh.
Kul 2.20 petang belum nampak bayang lagi bot yang akan datang pick-up kitorang. Harus la aku mendidih. Trus call budak tiket. Dia cakap bot ada pukul 3.30 petang je. Takkan nak melangok kat pulau tu lagi. Malas nak patah balik semula ke pantai. Nak isi masa dengan bergambar dah taktau nak posing camne lagi dah ni.. Aku pun cakap "saya kena balik sekarang sebab flight saya balik KL pukul 5 nanti.." Trus budak tu cakap OK. Keji tak aku ? Hahahaahah !!... Sementara nunggu bot datang, posing lagi !!
Dalam kul 2.30 petang cam tu datang bot jemput kitorang. Hanya kitorang je dalam bot tuh. Memang dorang datang Manukan semata-mata nak amik kitorang balik. Terharu la jugak. Tetiba rasa bersalah pulak menipu tadi... Kalu tak menipu camtu kang pukul brape pulak nak balik KK...
Sampai je jeti KK dalam kul 3 lebih gitu. Panas terik sangat masa tuh, dah la usung beg berat gile penuh ngan pakaian basah, dari tempat parking bot ke parking keter ada la dalam setengah kilometer, mengigil lutut aku nak sampai ke kereta. Huwaaaa !!!
Bersambung...
Bersambung...











