Entri Terdahulu : Sabah - Pulau Manukan
Lepas kepenatan berjimba-jimba seharian kat Pulau Manukan tadi, aku sajeskan kat Mr.Lee supaya gi makan lokan bakar ngan puding kelapa kat Sepanggar. Dia cakap alang-alang tu baik kita makan nasik terus jer. Aku terus tukar plan gi makan seafood kat Gayang Seafood Restaurant yang femes tuh.
Lepas kepenatan berjimba-jimba seharian kat Pulau Manukan tadi, aku sajeskan kat Mr.Lee supaya gi makan lokan bakar ngan puding kelapa kat Sepanggar. Dia cakap alang-alang tu baik kita makan nasik terus jer. Aku terus tukar plan gi makan seafood kat Gayang Seafood Restaurant yang femes tuh.
Dari Jeti Jesselton Point, kitorang amik jalan tepi Pantai Teluk Likas. Sangat cantik pemandangan pantai ni, rasa cam nak benti turun mandi jer.. Rakyat Sabah yang guna jalan ni setiap ari kompom tak stress ngan traffic jam kalu tengok pemandangan yang sangat superb camni kan...
Aku on GPS carik lokasi restoran nih. Tapi GPS bawak kitorang ke lokasi lama restoran nih. Cuak jugak tetiba je masuk kawasan pembinaan bangunan. Pastu kitorang patah balik keluar ke jalan utama. On da way nak balik ke KK baru nampak signboard lokasi baru restoran ni. Restoren ni atas bukit sikit, so nyaman gile makan sambil ditiup angin sepoi-sepoi bahasa gitu...
Kitorang duduk je terus waitress hidangkan sepiring kacang. Bukan free ok, kena bayar walaupun korang tak order. = RM2.00
Ni pun bukan free jugak, kena bayar walaupun kitorang tak order. Makan je la sebab dah lapar kan... = RM2.00
Restoran ni luas betol, kat bahagian belakang tu dikhaskan untuk orang buat majlis makan sempena perkahwinan 2 pasangan Melayu
Pemandangan daripada atas restoren. Kolam tu tempat dorang bela segala seafood kat restoren ni kot..
Aku pilih sayur brokoli ngan bunga kobis goreng sos tiram. Rasa cam goreng ngan butter pun ada. = RM10.00
Sweet sour fish fillet.. Asalnya aku order ni sebab nak bagi anak-anak makan. Tapi dorang taknak makan. Terpaksa makbapak dorang abihkan dalam keterpaksaan, banyak ok !! = RM20.00
Dry butter prawn. Aku order setengah kilo. Orang yang amik order tu cakap udang biasa jer. Bila sampai udang saiz XXL ko.. Menimbun sepinggan, banyak gile.. Makan sampai trauma aku !! = RM18.00
Siput gonggong / Sea Snail / Tung Fung... Wajib try klu korang datang Sabah. Kayu pencungkil tu untuk korang cungkil isi siput tuh. Mula-mula waitress letak atas meja, Mr.Lee cam terkejut je. Mesti dia ingat tu siput vavi kan.. Hihihihhi.. Aku tak terkejut pun sebab dah biasa tengok kat blog-blog... Rasa siput tu lemak-lemak gitu, sambal pencicah dia pedas nok mapuh sangat !!..= RM10.00
Chef Wan pun dah pernah makan kat sini...
Ramai orang Islam makan kat restoran ni masa kitorang makan aritu. Ramai blogger Islam bercerita pasal restoran ni halal, so jangan was-was untuk datang ke sini ok, antaranya :
Kat sini jugak disediakan kemudahan surau untuk pengunjung bersolat. Bersambung...
27 Juta Kengkawan Dah Komen:
tak pernah mkn siput ni..
whitecappuccino : sedap tau.. tp ramai jgk yg geli nak mkn sbb bentuk dia cm tu kan..hihihih
hahaha yang paling xtahan, makan smpai trauma tu....
Alham : betul wey... skrg ni cm tk rasa nk mkn seafood sgt dh.. huhhuhuh
Sis guna kamera apa. Cantik
first time tengok siput tu..
NinaAz : Tima kasih.. Semua gmbr dalam blog ni guna enfon Samsung Galaxy SII & Nikon D3000.. (guna auto mode je sbb tak reti nk tukar setting kamera cm pro photographer)
Mizz Aiza : cer Aiza google pasal siput gonggong, mmg femes kat Sabah tuh...
Terima kasih Zura......
Kak sumi pun pest time g Sabah.. kalu tak tak merasa la nak makan di situ....
tapi memang banya choise kat situ... cuma kene pandai pilih la...
Sumijelly.com
Sama2 kak sumi... :=)
jijah duk KK pon lom makan sini lagi..hehe
kak g la makan kat sepanggar tu jelly kelapa..sedapp wooo~~
Azizah : Nanti jijah ajak hubby g sana, cakap baby yg nak makan.. hihihihhi
tQvM sis Zura sbb publishkan link blog saya.
1st tyme jugak makan seafood kt cni...memang TERBAEKKKK...!!!
Lala : eh cepatnye tuan blog terjah sini, tak sempat akak nak bgtau Lala.. hihih... akak dh follow lala dah td...
hehe...no problemo...thanks again
suda follow kamoo juga... :)
nak nak!! sedap sedap..
Kolin : memang sedap sebab fresh kan...
seronoknya. makanan semua nampak sedap. tempat tu cantik la.teringin sgt nak pi sabah ni.
Nik Ros : Sabah mmg cantik.. zura pn rasa cm nk g lg skali nih...
wahh..tak sabar nih nk mkn kt situ..hehe
Zila : sila pegi, kompom tk nyesal.. hihhihih...
HALAL ke restoran ne?
but sometime, diorg ni ada jg hidangan minuman keras like Tiger Beer so mng was2 la klau pinggan mangkuk pun bercampur, bkn nk memburukan tp hakikatnya slalu mcm tu..
LAUK PAUK DI ATAS TU SUME BERAPA RM SIS? ALAMAT KEDAI NI?
g sne akk sewa kereta la nak jln2 ek?
senang x nak cri jalan kt sne??
Sila check sijil halal dulu. Jangan ikut cakap cakap... sbb di sabah ni semua ambil mudah... kalau x de sijil halal, jangan makan..
Jgn pndai2 ckp smua ambil mudah...mcm la sbh ni ko yg punya!
kita orang sabah memang kenal restoran ini, dlm negara juga luar negara berpusu-pusu untuk datang ke tempat ini semata-mata untuk menikmati masakan lautnya yang segar dari laut atau sangkar.
terima kasih
Post a Comment
Apa yang korang Fikirkan :