19 Sept 2012

Melaka - Port Dickson - Bagan Lalang (Bhgn Pertama)

Percutian ni sebenarnya dah lama berlalu, saje baru gedix nak post kat blog. Ini kali ke-4 aku datang ke Melaka, sblm ni datang berdua je skrg bawak Afieq plk. Si adik tak ikot sebab masa tu dia tinggal ngn nenek kt kampong. Kali ni punya trip, betol-betol well planned, selama ni klo g Melaka main terjah je. Dekat sebulan aku dok survey info pasal tempat-tempat best kt Melaka tu, so tkde la miss tempat-tempat best tu & kurang risiko sesat barat (maklum la Bandar Melaka tu banyak jalan sehala).

21 Januari 2012 - Seawal lebih kurang pukul 8 pagi kitorang dah bertolak ke Melaka. Gile awal padahal Melaka tu dkt je kot ngn KL, tapi sebab parking kat Bandar Melaka tu memang terhad, so tu yang aku paksa Mr.Lee kluar awal sampaikan masa keluar tu kitorang belum mandikan Afieq. 

Traffic highway PLUS pagi tu agak perlahan maklumlah aritu wiken agak panjang sebab bersambung ngan cuti tahun baru Cina, ramai orang nak balik kampong dan gi bercuti cam kitorang ni. Berhenti kt satu R&R (lupa kat mana) mandikan Afieq dan Mr.Lee tapaukan Dunkin’ Donut. 


Lebih kurang dekat kul 11 pagi kitorang sampai kat Bandar Hilir. Sebab masih awal pagi, banyak lagi la parking keter.



Lepas puas berposing kat Bangunan Stadthuys tu, kitorang terus bergegas ke Muzium Samudera pulak. Mr.Lee nak gi ngan keter, tapi aku tak kasik, konon takot sampai sana takde parking. Berpeluh jugak la nak sampai kat sana, bila sampai sana, bersepah-sepah parking lot kosong. Sebbaik Mr.Lee tak fire aku balik. Hahahahaa !!.. Sebelum ni datang Melaka tak pernah terpikir pulak nak masuk Muzium Samudera. Muzium ni unik sebab bentuk kapal. Sebelum masuk kena bayar tiket dulu, RM3 sorang kalo tak silap aku. Muka akak jaga kaunter tu agak hazab mencuka macam mintak dilempang je, langsung tak mesra alam !! Macam la kitorang masuk sana tu free. Yang best kt situ ada disediakan tempat simpan stroller dan boleh kunci basikal.



Lepas tu kitorang patah balik ke Bangunan Stadthuys tempat kitorang parking keter sebab nak gi pekena coconut shake yang femes kat Pantai Klebang. Sebelum tu kitorang sempat singgah kat Kincir Air Kesultanan Melayu Melaka. Klo bukan sebab jalan kaki, kompom aku tak perasan kewujudan kincir air nih.


Sedap betul coconut shake yang femes nih. Lupa pulak nak amik gambar sebab masa tu kitorang tengah kebulur, sampai je minuman terus sauk tanpa fikir pasal kamera. Murah jer, RM2.50 segelas. Siap ada topping eskrem vanilla. Kat gerai tu jugak ada makanan siap bungkus cam nasik lemak, mi goreng, bihun goreng dan pelbagai pilihan kuih-muih. Dah kenyang, check-in hotel dan berehat. Satu perkara yang tak pernah berubah sejak dulu hingga kini, cuaca kat negeri Melaka ni memang panas membahang.

Bersambung....

 

1 Juta Kengkawan Dah Komen:

Elle D said...

Thanks for taking the time to share this.

Post a Comment

Apa yang korang Fikirkan :