25 Nov 2013

Nasi Ayam Penyet Indonesia


Tengah hari Ahad lepas aku masak nasi ayam penyet versi bakar punyer. Aku refer kat blog Amie's Little Kitchen sebab resepi dia lengkap. Tima kasey Amie..


Ayam penyet

Bahan:
Ayam
Air kelapa
garam / gula / perasa pilihan

Bahan kisar:
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
1 sudu teh jintan putih - aku tak buh
1 sudu teh jintan manis - aku tak buh
1 sudu makan ketumbar biji - aku tak buh
1 batang serai
2cm lengkuas
2cm halia
2cm kunyit hidup

Cara:
1. Masukkan kesemua bahan di atas ke dalam periuk.
2. Didihkan dengan api sederhana sehingga ayam separuh masak.
3. Toskan daging ayam.
4. Tekan / penyetkan daging ayam - aku hentak ngan pisau pemotong daging yang besar
5. Panggang daging ayam sehingga masak.


Tempe & Tauhu Bacem

- Kalau ikutkan resepi sebenar Amie guna bahan lain, tapi sebabkan aku malas ya rabbi, aku pun rebus je tauhu ngan tempe ni dalam kuah yang aku guna untuk rebus ayam tadi. Lepas tu goreng. Sedap jugak ok !!


Sambal Ulek

 Bahan:
1 genggam cili padi - kalau takut pedas gunakanlah dalam kuantiti yang sedikit
3cm belacan
7 biji bawang merah - hiris kasar
2 biji tomato - belah 8
minyak
garam / gula / perasa pilihan
Perahan limau - ni aku yang pepandai tambah.

Cara:
1. Goreng kesemua bahan di atas kecuali garam / gula / perasa pilihan.
2. Untuk hasil yang lebih memuaskan gunakan lesung 'ulek', aku guna lesung batu biasa je.
3. Perasakan dengan garam / gula / perasa pilihan dan perahan limau.



Hidang ngan nasi panas, memang thorr baek la..




19 Juta Kengkawan Dah Komen:

yana yani said...

sampai sekarang saya tak tahu apa kebend ayam penyet tu
ayam tu kena penyek ke? hehe
sungguh ketinggalan

anna hashim said...

akak...sedap nyeeeeee....
terliur liur da ni...hehehehee merembessss air liur disaat dan ketika ni....
nangessssss.......

Jari Manis said...

Wahhh..naik ayam penyek pulak..mcm2 resipi lah Zura ni pandai masak..klau lah mcm ni mmg sesuai bukan restoran tau..terutama sambal ulek...nampak sedap..cam tak pedas je

mysha said...

Dah mula da resepi ayam penyet pulak hehehhe

Seram baca utk sambal ulek tu, smp segenggam cili guna ekekeke

Kene ngan nasik panas mmg daebak la!! hehehe

Fyda Rashidi said...

zura masak sendiri ke ? macam tak percaya je tapi itulah kenyataan kan..macam kat kedai lah! hehe

SecretOfShaila said...

fuyooo...lazatnya....

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

sedapnya zura masak.. nak sikit.. :D

Time Traveller said...

oh ho.. sambal ulek tu paling terliur dari ayam tu hahahaa.. terbaik nie.. nak cuba la :D

rubi ah said...

cam sedap jeww camm sedap jeww..ayam kene penyet brozar..rajin sungguh ibu apik ibu acap nih..haha

amirul imran said...

uihhhh,, kena try niehhh....

NinaAz said...

sambal ulek tu buat iolls terliur la wehhh

alialisa said...

zura..sedap bangat!!

orang tau order aje ok..nak masak ke laut laaaa

Alham said...

terbaik la zuraaaa....

Sura Mohd said...

zura ni rajin tau..kaksura tau makan kat kedai jer kalau ayam penyet ni..hahaha

wawa syaida said...

nampak sedap! rajin nye akak masak.....suka tengok

♥ Mrs. Secretary ♥ (FARAH) said...

Alamak singgah sini mesti terliur jer tgk zura masak.. semua nampak sedap!! =D

Siti Asmah Md Yusof said...

mmg mengancam dan terancam sambalnya

fazliana said...

sedapnya zura...mantap sambal zura,,-)

Insyirah amin said...

Salam,

Jemput ke Warung Ayam Penyet Mar di Kampung Melayu Sg. Buloh.
Rasai keenakkan puyuh penyet, keli, talapia, bawal, kembung dan ayam penyet yg di perap dgn rempah giling,
terasa rempah hingga ke tulang. Sotong dan udang penyet kami menggunakan tepung tempura yg terbaik.

Satay kambing dan satay ayam menggunakan resepi asli jawa timor..kacang di sangai dan di giling bersama rempah asli jawa timur..enak di makan bersama nasi panas2...

http://ayampenyetmar.blogspot.com/

Post a Comment

Apa yang korang Fikirkan :