27 Nov 2013

Sarapan Dengan Laksa Penang


Aku : Bie pagi esok kita brekfes dengan laksa penang ok
Mr.Lee : Hoi tak pernah dibuat orang makan laksa penang pepagi buta !
Aku : Ala boleh je la.. Ibu excited nak masak nih !!
Mr.Lee : Ye la ye la.. (malas nak layan bini bercakap la tuh..)


Malam tu aku masak kuah dia sesiap. Senang gile rupanya nak buat kuah laksa ni, orang lain dah berzaman dah buat, aku sorang je baru nak try, gile sedey ko nih !!!


Aku ikut resepi daripada blog MAT GEBU ... Tima kasey bang mat share resepi tuh.

BAHAN - BAHAN KUAH :
ikan kembong
1 tin kecil ikan sardine
cili kering, kerat2, cuci dan rendam dalam air panas dan toskan*
cili padi
6 biji bawang merah*
1 biji bawang besar*
1 batang serai, dihiris*
1 cm lengkuas*
30 g belacan*(*dikisar halus)
2 kuntum bunga kantan, belah 2 setiap kuntum
1 cawan nenas yang didadu halus
1 genggam daun pudina
1 genggam daun kesom
3 keping asam gelugor
20 g asam jawa + 1 cawan air, ramas dan tapis jusnya
Air secukupnya (ikut suka hati masing2 nak byk mana)
Garam dan gula secukup rasa


CARA :
  • Ikan kembong disiang, cuci bersih dan rebus hingga masak. Keluarkan ikan, asingkan isi dan tulangnya. Kisar tulang2 ikan tadi dan tapis, ketepikan. 
  • Ikan sardine, diasingkan dari sosnya, cuci ikan tadi dan lecek hancur, buat sama dengan isi ikan kembong tadi. 
  • Air rebusan ikan tadi ditapis ke dalam periuk, masukkan bahan kisar halus, nenas, air dari kisaran tulang ikan dan isi ikan tadi. 
  • Masak hingga mendidih dan masukkan jus asam jawa, asam gelugor dan air secukupnya. Tambah belahan bunga kantan dan daun kesom. 
  • Masak dengan api perlahan selama 45 - 60 minit. Tambah air jika perlu. 
  • Akhir sekali masukkan daun pudina dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. 
  • Biar mendidih 2 - 3 minit lagi, rasa dan jika ok boleh matikan api.

Aku buh nenas banyak-banyak, lagi sedap


Mr.Lee : Kuah laksa ni pedas, nanti anak-anak nak makan camner ?
Aku : Jangan risau Bie, ibu dah masakkan nasi goreng cina ni untuk dorang
--- Amboi risau bebenor pasal anak-anak dia ----



17 Juta Kengkawan Dah Komen:

Sura Mohd said...

telan air liur weh tengok makanan ni..zura ni memang tau!!nak!!!

Fyda Rashidi said...

sedap nya zura, firda ni memang peminat tegar laksa..nak cikit boleh..nak terjah umah zura la mcm ni...hehe

yana yani said...

cam senang aje, cam nak cuba buat aje
lapo pula rasa ni

p/s - camne keja baru? =)

Ida Syuhada said...

Laksa penang adalah peberet ida.... sedapnyaaaaaaa

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

yummy.. dua-dua sedap.. :D

Daniela said...

ermm laksa penang.. terliur haha

anna hashim said...

kak...jom kita berjiran..hahahaa boleh la ana makan free hari2..hehehehe :)

lieyalatif said...

perghh cemerlang laksa nieh...cukup bahannyeee!! kalo jual boleh letak harga rm5 semangkuk ni hahahahaah...adoiii teliur lieya tgk hah....lieya ni bukan peminat laksa penang...tapi kalo laksam mmg suke gile2..... so mmg takpenah buat...tapi tgk dari resepi ni mcm sonangggg joooooo.....

Jari Manis said...

sarapan laksa pepagi..ahaksss..belasah je kan..pestime try pun nampak menyelerakan..untng lah Bie kan..hiksss

Ibu Siti said...

menarik ko punya nasi goreng cina tuh.....

wawa syaida said...

dari rupa memang sama ni akak macam laksa penang...mesti sedap nih!

SecretOfShaila said...

laksa penang memang terbaik...hihihi

Suria Lekatlekitgurl said...

amboi terliur ni.. ni yg rasa nak masak laksa utara pulak ni. bg org2 utara memang antara makanan kegemaran & laksa tak susah sgt nak buat cuma kena pandai matching bahan2 perasa.. jgn terlebih masam @ masin.. nenas tu saya tak suka makan dengan laksa.. tp kalau campur & masak dalam kuah laksa & rasa manis2 nenas tu sy suka jugak

Time Traveller said...

Alamak.. terbaikkkk la mcm nie.. asam laksa pepagi buta kata nyer hahahaa...
tak cukup boleh makan nasi goreng cina anak2 pulak hehehee.. :D

NinaAz said...

rajinnya zuraaa.pepagi berlaksa. terliur la weih

♥ Mrs. Secretary ♥ (FARAH) said...

Fuh menjadi laksa zura.. mesti sedap! =D

mysha said...

aduiyaiiii telor tu penyeri laksa tu hehehe Sha mmg suka giler ngan laksa tp masalahnyer kat umah tu sha jer yang makan.. Nak masak pun tak berbaloii...

Bak tisu nak lap air lior nih berjurai da nih huhuhuhu

Sha pun ske tgk resipi mat gebu tu.. banyak resepi da ikot blog tu.. sume shedapppp!!

Post a Comment

Apa yang korang Fikirkan :