11 Oct 2013

Kew Tiau Kung Fu Watchaaaa !!



Buat masa ni, aku tengah gile makan kew tiau kungfu.. Aku ni kalau dah sukakan makanan tu, aku akan makan dan makan berkali-kali hingga la aku betul-betul muak dan kembang tekak.. hihihhi.. Setakat ni aku suka makan kew tiau kungfu kat kafe Jabatan Kastam dan kafe Kementerian Wilayah.. Senang sangat nak buat kew tiau kungfu ni... Masak sambil pejam mata pun kompom sedap dik..


Resepi kew tiau
Bahan-bahan:
Kew tiau
Telur
Garam dan serbuk lada sulah
Minyak untuk menggoreng

Cara : Satukan Kew tiau, telur, garam dan serbuk lada sulah. Panaskan minyak dan goreng bahan-bahan tadi macam goreng telur dadar. Better goreng garing-garing baru sedap.


Resepi kuah
Bahan-bahan :
Bawang Putih – ditumbuk hancur
Ayam / Daging / Seafood
Sayuran – kobis bunga, jagung muda, lobak merah, brokoli dan sebagainya
Bahan perisa : Sos tiram, serbuk pati ayam dan garam
Bancuhan air tepung jagung – sedikit sahaja untuk memekatkan kuah
Air untuk kuah
Minyak masak untuk menumis

Cara :
  • Tumis bawang putih hingga naik bau.
  • Masukkan ayam / daging / seafood.
  • Masukkan air. Apabila menggelegak, masukkan sayuran keras seperti jagung muda, lobak merah dan kobis bunga. Bila dah agak lembut, masukkan sayuran lembut seperti brokoli dan sawi.
  • Masukkan bahan perisa secukupnya.
  • Akhir sekali masukkan bancuhan air tepung jagung.
  • Curahkan kuah ke atas kew tiau yang telah siap digoreng tadi.



Pucat lesi je kew tiau ni takde sayuran hijau cam brokoli dan sawi.


Yang ni aku punye, tabur cili potong banyak-banyak baru mantopsss !!



P/S : Aku rindu sangat kat kengkawan blogger semua.. Rindu nak update blog... Rindu nak blogwalking kat rumah korang semua. Tapi ada halangan yang melintang. Insha Allah, Rabu minggu depan aku akan start aktif berblog semula.. Sayang sangat kat korang semua...








15 Juta Kengkawan Dah Komen:

shazillahsani.com said...

Fuyooo. ..serius menyelerakan..yum3

Sheila Salim said...

Assalamualaikum kak, alahaii kecur air liur sheila. balik ni nak pegi makan ni lah. hehehhee

Jari Manis said...

Pesal lah pandai sangat msak-masak ni..jeles tau...untung lah JM kenal Zura..dapat resipi mcm2 kat blog ni...sedapnyaa....mcm makan kat kedai je..nk try jugak lah..jdi tak hee..sbb JM pun suka makan keuw tiaw kungpu ni..

Untunglah cik abe dpt isteri rajin dan pandai masak ni

Don't Afraid to Try said...

sy pun same...lately mmg hantu makan key teow kungfu...tp mesti xblh hbs sbb rase kenyang giler..

Yana Yani said...

zura ni hebatlah!
tengok gambar pun dah terliur
nak suruh saya memang kim salam lah...hehe =)

anna hashim said...

sedapnye kak zura....:) terliur tgk..hehehehee

Sura Mohd said...

wahh..mengoda seyy..zura tolong masakkan untuk kaksura boley?

Mizz Aiza said...

sedapnya.. aiza nak cuba juga nanti..

Time Traveller said...

terima kasih la kongsi resepi ni.. boleh la pakcik try kat rumah.. tgh bosan tak de pe nak buat hahahaha :P

Bunda_nora said...

assalam, salam ukhuwah dari bunda...

Nik said...

sedapnyer tgk.padai tol masak :)

FarahFerraDotCom said...

Kewtiau kunfu nie one of my favorite jugak.. nnti boleh try masak sendiri guna resepi yg zura share nie.. =D

wawa syaida said...

my feveret ni yang ber kung fu kung fu ni ;) if guna maggie pun sedap jugak

hazila said...

Salam, sedapnya. Saya suka masakan begini.

Nur haura afeeya said...

Salam

Post a Comment

Apa yang korang Fikirkan :