8 Nov 2013

Nikmatnya Makan Bila Balik Kampung

Minggu lepas kan cuti Deepavali dan Awal Muharram. Kitorang balik kampung sebab raya Haji aritu tak balik. Bila balik kampung memang nafsu aku meningkat kaw-kaw punya. Lantak la berat badan naik, balik KL kang kita jogging sampai goyang lutut ya Mr.Lee...

Menu lunch kat umah mertua. Berkali-kali aku tambah nasik. Lauk pauk sempoi je, kat KL pun boleh dapat, tapi feel dia takkan sama macam korang makan kat kampung...

 Malam perlawanan akhir Piala Malaysia tu aku diberi mandat untuk masak Spageti Tomyam. Bangga sekejap sebab aku tak pernah masak pun kat umah mertua.. Hahahahaah, kantoi !! Resepi ni aku dah pernah share kat SINI

 Adik ipar aku goreng bihun untuk orang-orang yang datang tengok bola big screen depan umah mertua. Kitorang tengok kot tv je. Terjerit-jerit aku tengok bola kat umah mertua, takde kontrol ayu lagi dah. Nasib ko la mak dapat menantu mulot petir cam aku.. hahaahaha


Kat Klate, menu utama brekfes adalah nasi. Ni nasi berlauk Kak Wok yang sangat femes tuh. Ada ayam goreng, kuah gulai dan sambal belacan. Aku rasa cam biasa-biasa jer, ntah nape boleh femes. Orang dah belanja banyak cakap pulak ko yerk Zura...


 Kebetulan masa balik tu ada sedara bayar nazar, dia sedekahkan daging kambing, so adik ipar aku masakkan gulai kambing. Sedap wey, makan bertambah aku..


 Petang-petang lepak atas pangkin belakang umah mertua makan rambutan. Aku makan yang kuning je sebab yang merah macam dah selalu sangat aku makan. Rambutan ni pokok kepunyaan jiran. Aku suh Mr.Lee amikkan dia taknak, takut kena halau katanya. Berdesup mak mertua aku gi amikkan.. 

 Brekfes kat umah mak aku. Kalau belah kawasan Pasir Puteh, waktu pagi boleh brekfes dengan nasi berlauk ayam / daging bakar. Takyah susah-susah makan kat Kenny Rogers, kelass !!


Sebelum balik KL, kitorang singgah umah abang long aku. Konon nak singgah sekejap je, sekali kakak ipar aku ajak masak-masak mi kari pulok. Mr.Lee dah risau dah takut lambat sampai KL. Abang sulong aku tu very particular tentang kesihatan, so mi ditukar dengan spageti. Lepas makan baru kitorang bertolak balik. Untung gak lepak umah abang aku ni, dah la dapat makan, kakak ipar aku bagi selendang dua helai.  



Aku rasa bukan aku sorang je jadik pelahap gile bila balik kampung. Kompom korang pun sama jugak kan ? Hahahahaahah !!! Ok cukup cakap pasal makan, aku nak gi jenjalan kat blog korang pulak.





12 Juta Kengkawan Dah Komen:

Jari Manis said...

Menu lunch tu wlupun simple mmg menyelerakan..JM suka menu mcm ada ulam..ada ikan goreng ..tu pun dah cukup nyum..nyumm... tak perlu kari bagai

Gulai daging tu pun nampak sedap..kalau di cicah ngan nasik impit..spagetti tom yam..tak pernah mkn..nanti JM skodeng resipi tu yer

~SaTo OrEo~ said...

sedapnyaaaa menu yg pertama tuh..huhuhu..air tangan org tua ni lauk simple mana pon mmg sedapppp!! ;)

♥ Mrs. Secretary ♥ (FARAH) said...

Kalau tgk pada semua menu kat atas tue rugi kot kalau tak makan.. ala bukan selalu kanzura..sesekali blk kg makan meriah mcmni apa salahnya.. =D

SecretOfShaila said...

yum3...buah rambutan tuuu...dapnya...

y@N@^y@Ni said...

wah-wah, mewahnya!
ala zura, bedal aje. bukan selalu!
lagipun awak dah keding
tak ada maknanya nak kurus lagi =)

Sura Mohd said...

zura!!kaksura memang jeles ni..nak la jugok nasik belauk tu...sedap2 weh makan masa kat kg tu..

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

sedapnya semua menu.. kalau aiza pun susah nak cakap tidak untuk memakannya.. rugi tak makan..

wawa syaida said...

adeh akak...masuk blog akak ni memang kena tahan iman....sebab wawa tengah on diet...semua nampak sedapppp bangat...sory lama x datang sini ;) agak bz lately

NURUL JAMIAN said...

sedapnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

alialisa said...

my god!!! the food is super deliciioussssss...

Time Traveller said...

Ya Allah sedap nyer makanan semua ni.. selera sungguh di buat nyer :D
suasana kampung memang menambah menyelera kan ...

Anonymous said...

hai selamat berkenalan....best nye dapat merasa suasana kampung...hehehe

Post a Comment

Apa yang korang Fikirkan :