22 Jan 2014

Jalan-Jalan Naik Komuter

Selasa minggu lepas (14 Januari) cuti Maulidur Rasul kan. Lepas brekfes aku rasa cam dungu sangat kalu dok umah je. Bagitau nak bawak anak-anak jenjalan naik komuter gi Seremban, Mr.Lee trus OK. Keje nak berjalan je, padahal bukannye banyak duit pun, hahaahahaa !!


Kitorang naik komuter dari stesen Serdang,15 minit dari umah dan parked kete kat depan kedai mamak dekat jejantan depan stesen tu. 


Tiket komuter dar Serdang ke Seremban masih lagi RM5.00 sehala, tetap sama tak berubah daripada zaman belum kawin lagi. Trus beli tiket pergi balik. Beli tiket untuk aku ngan Mr.Lee je


Masing-masing mata dah kuyu, ngantuk agaknya, mana boleh tido kan nak naik keter api nih


Dulu zaman gi keje naik komuter, papan waktu camni bukannya releven pun sebab komuter kan selalu delay.. hihihhihi


Keter api dah sampai !! Yey, dapat naik tren baru !!! Tahun 2010, masa terlibat dengan projek dekat Pos Msia HQ, setiap hari aku naik komuter, sama-sama berebut seat sambil usung perut boyot (masa tu aku ngandungkan Afieq yang sulung )


Gerabak yang lebih luas, kerusi yang lebih empuk. Tapi kalu hari biasa kompom sesak nafas jugak dok berhimpit kat dalam ni. Gerabak yang amat lengang, bukan main suka la anak-anak aku melasak ke sana sini.




Mula-mula itorang dok couple seat camni. Mr.Lee dok dengan Afieq, aku dok dengan Ashraaf


Pastu kitorang pindah ke seat panjang. Dah kata tak ramai orang kan, sakan la tukar seat sana sini. Macam jakun batak pulak kan.. Hahahaahaha !!








Aku suka gambar candid nih, nanti nak prin besar-besar. Kalu kat kompeni lama, boleh la aku print lenjan printer opis je, sekarang tak boleh, kan baru keje je kat kompeni nih... Hahahaaha !!


 Siap boleh baring-baring hindustan style lagi...


Dah lama aku usha tiang nih, baru je aku nak pose sengsorang kat situ, anak-anak terus kerumun. Kacau daun betol la !!! Tak bagi can aku nak camwhore dalam komuter !!


Sampai je Seremban, memasing macam blur-blur ayam, tak tau nak pegi mana. Shopping mall yang betul-betul depan stesen komuter dulu namanya Seremban Parade, sekarang dah tukar nama Seremban Prima. Tu pun banyak kedai belum bukak, baru lepas renovate kan. aku wasap kawan tanya tempat mana boleh pegi kalau jalan kaki je, dia tak respon. Aku dalam komuter balik ke Serdang baru dia respon, ciss !! Salah kitorang jugak sebab datang tak study peta dulu. Last minute plan memang camni la


Lepas jalan-jalan dalam Seremban Prima, minum neskefe O kat kantin stesen komuter tuh. Nak makan tengok lauk-lauk dia cam tak best.


Babai Seremban, lenkali kitorang datang kitorang akan standby peta besar-besar da explore bandar Seremban elok-elok ok


Anak-anak dah tak boleh nak melasak sangat cam tadi dah sebab komuter balik ke Serdang dah ada ramai penumpang


Sekejap je anak-anak dok dengan aku, pastu dorang turun gi kat Mr.Lee, so aku bantai tido sampai meleleh air liur. Sampai ati Mr.Lee tak kejutkan aku, aku tersedar tengok-tengok ada mamat Indon tengah berdiri depan aku. Hahahahaah mencik la !! Dalam perjalanan balik tuh, aku tengok ada polis berkumpul tepi landasan. Dari dalam tren aku nampak mayat bersepai tepi landasan. Huhuhuh, rupa-rupanye kes orang kena langgar masa nak lintas landasan kete api..


Mr.Lee belanja makan kat kedai mamak tempat kitorang parking kete


Megi goreng yang jadik rebutan aku dengan Afieq. Sedap betol la megi goreng mamak, ntah ape yang dorang buh. Memang ketagih siot !! Kalu aku puji sedap je, Mr.Lee mesti cakap "dorang buh air rendaman spender la tu ibu !!".. Ciss !!


video
Test upload video. Video Ashraaf pegang tangan Afieq masa tengah jalan


Walaupun tak sempat nak explore bandar Seremban tu, kitorang rasa puas ati dapat bawak anak-anak jenjalan naik komuter, bagi dorang kenal dunia luar. Bila diorang dah besar sikit In Sha Allah kitorang nak try balik Klate dengan kete api pulak 12 jam tu !! Berasap la badan !!



9 Juta Kengkawan Dah Komen:

♥ Mrs. Secretary ♥ (FARAH) said...

Bestnya jalan2 naik komuter.. =D

Sheila Salim said...

Assalamualaikum kak zura. kahkahkahhh spoil je mood bangun2 nampak mamat indon. hihi. best arr jejalan naik komuter. sheila dulu suka naik dari sg bloh-seremban. habiskan waktu cuti dalam tren dengan kawan2. pastu lepak kat marrybrown seremban, overnight situ. ohh kelakar pula teringat zaman remaja, suka benor naik tren >___________<

NinaAz said...

anak zura yg pakai baju kuning tu sebijik muka zura ahhh

SecretOfShaila said...

wahhh happynya tengok...keluarga bahagia...hihihi

Suria Lekatlekitgurl said...

kita pun dah 2 kali bawak anak kita jenjalan KL naik LRT.. bukan budak je excited mak budak pun teruja jugak la.. sejak dok sini memang jarang sgt naik transport awam dr bujang sampai dh kawen. boleh kira bapa kali je naik. tu yg pernah turun kat stesen komuter kepong boleh sesat cari pintu keluar tak jumpa. yg penting confident kena ada.. even sesat tetap cool gitu. hahahahaha

Sura Mohd said...

Seronok bawa anak2 naik komuter ni..si Afif pun slalu ajak..Umi n abah dia jer tak berkesempatan..selalu bawak Afif kat stesen komuter kat kg ni..tggu keretapi lalu..dapat tengok pun jadilah..last naik htr nenek kat KL Central..

yana yani said...

seronok bebudak tu ye
teringat afif dengan aisy time memula bawa naik komuter ni

eh dah tukar nama ye seremban parade tu
last p sana time belajar dekat uitm
hehe...lama dah tu =)

lieyalatif said...

hepi afieq ngan ashraaf dpt naik tren...lieya pun dah lame tak bawak budak2 ni jalan naik pengangkutan awam nieh...dayyan lagi laa tak penah langsung....sonok mase pergi sbb org tak ramai tu kan..enjoy budak2 ni leh pilih seat mane nak duduk heheeheh...lieya dulu mase bujang merase gak gi keje naik komuter nieh.. mase tu praktikal kat midf area tabung haji tuh....

alaaa megi goreng!!! peberet lieya tau....tapi tang air spender tu kelako gile....tersedak gelak lieya bace tau kakaakakakak

❤Kamsiah❤ said...

kalau ramai penumpang lain..tentu malu nak berposing sakan mcm tu kan hehe

Post a Comment

Apa yang korang Fikirkan :