7 Jan 2014

Tomyam Campur Pekat Melekat



Setakat hari ni aku belum pernah jumpa orang malaysia yang tak suka makan tomyam. Ke ada yang tak suka makan tomyam ? Mungkin korang berdarah kacukan Mexico kot. Hihihhihi ! Aku suka sangat makan tomyam kat satu gerai dekat umah aku . Tomyam dia sangat mantap !!Kalu kedai yang tomyam yang cair mengecewakan macam air paip memang aku dah banned awal-awal kedai tu.

Arini aku nak share satu tips untuk buat tomyam yang pekat cam kat kedai tuh. Selain daripada campur susu cair dalam kuah tomyam, korang kena campurkan pes cili Thailand banyak-banyak. 

Kat kedai tomyam mantap yang aku cakap tu ada banyak tin-tin berisi pes cili ni. Pes cili ni tak pedas pun, sekadar sebagai ejen pemekat dan penambah sedap tomyam, paprik atau masakan Thai  lain. Pes cili dijual dalam banyak saiz, paling besar dalam tin 3kg. Sila rujuk gambar kat bawah ni.



Resepi tomyam ni aku dapat dalam satu risalah kat klinik masa hantar anak-anak jumpa doktor. Cuma aku tambahkan pes cili Thai ni untuk memantops kan lagi tomyam tuh.



Bahan Kisar :
Bawang putih
Bawang merah
Halia
Lengkuas
Daun Limau Purut
Cili kering yang dicelur

Bahan lain:
Lauk mentah : ayam, udang, sotong, fishball dan lain-lain
Perencah tomyam
Pes Cili Thai
Daun limau purut - dikoyak untuk mengeluarkan bau
Serai - diketuk
Cilipadi - diketuk
Air asam jawa
Air untuk kuah
Susu cair / santan cair
Bahan perasa
Minyak masak untuk menumis
Tomato - dipotong kecil
Daun ketumbar - dihiris halus

Cara-cara :
  • Panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar hingga naik bau.
  • Masukkan air dan dibiarkan mendidih.
  • Masukkan serai, cilipadi, daun limau purut, perencah tomyam, pes cili, air asam jawa dan serbuk perasa
  • Akhir sekali masukkan susu cair, didihkan sekejap je terus tutup api.
  • Taburkan daun ketumbar dan tomato

Senang je kan.. Sama je dengan cara buat tomyam macam orang lain cuma tambahkan susu cair dengan pes cili Thai banyak-banyak.



P/S : esok petang aku akan blogwalking kt umah korang pulak. Tima kasey semua datang sini. Chupp Chupp Chupp !!!


20 Juta Kengkawan Dah Komen:

Sheila Salim said...

Assalamualaikum kak. sheila tak pernah lagi masak tomyam. tak confident. tapi rasanya nak try buat sekali, follow resepi akak zura boleh? hehe kecur air liur. marvellous sungguh gambar tomyam pekat ni +________________+'

lieyalatif said...

perghhhhhhhhhhhh zura!! kalo order kat kedai dpt tomyam yg mcm ni mmg kompom lieya akan terjah ulang2 kedai tu...dah le pekat, byk bahan lak tu...payah laa nak cari kedaiyg okey tomyamnye...lieya ni sampai sudah tak jumpe tomyam gy sedap....

ishh terbayang2 hirup tomyam ni ngan nasi panas ngan telor dadar ni zura oiiii...dah le kat luar opis cuace ujan sejuk2 tu kikikiki

yana yani said...

saya biasa buat tomyam, tapi yang simple aje =)
tak pandai nak buat fancy cam zura

zura ambil gambar cantiklah, buat saya lapar

Jari Manis said...

Zura tahu tak JM peminat tegsr tomyam mkn nasi ngan tomyan pun dh cukup tp kali buat mmg x menjadi dh tukar mcm2 pes tomyam tu adabi lah nona lah semua x kaw spt mkn kt kedai lepas tgk resipi dan pic ni mmg nampak kaw betul sah sedap ni

Nk tanya guna pes tomyam yg mana eh dan mcm mana rupa pes chili thai tu nk try jgk ikut resipi ni eeee jelezzzz betul pandai masak lah zura ni

Jari Manis said...

Kat kedai tomysm mantap kat kedai runcit susah nk cari eh halal kan

Sura Mohd said...

Sedap wehhh demo masak..terliur la..akak jarang masak tomyam sebab rasanya tak sama cam kat kedai...nnt boleh cuba cara zura..tom yam pes dh beli tp tak buat2 pun..hehe..

♥ Mrs. Secretary ♥ (FARAH) said...

a'a btl zura.. farah pn guna pes cili yang sama mcm zura jugak kalu nk buat tomyam..=D

Ibu Siti said...

hebat!! menjejes air liur tgk gambo tomyam kau nih....

JunAina said...

Presentation cam kat kedai...sedap nampak...

whitecappuccino said...

alahaiiiii! tengok pun terliur la zura..sedap!

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

terliurnya tengok tomyam ni zura.. owh, patut la makan tomyam kat kedai tu nampak pekat je.. mesti tambah pes ni..

::EIDA:: said...

haaaa ida peminat tegar tomyam weii!! ida suka makan tomyam kat kedai tepi 7E umah ida tu. thailand masak. perghhhh sedap pekat gile.. nnti ida nk test aaaa resepi tomyam zura ni! hehehhehe..

#haa nnti TERjumpa ida lagi, tegur tau tau tauuuuuuuuuu ;p

Anonymous said...

dulu prnh dgr2 kata pes ni x halal coz ada kandungan lemak babi...entahla...klu saya tersilap maaf ye...

Diyana Hani said...

aum..aum..sedapnyeeee...

DuniaVitamin said...

Tak pernah jumpa pes ni, nak beli kat mana kak? :-)

Norzuryati Mohamad Basir said...

Resepi yang simple, tapi sedap !!
boleh makan ngn nasi, boleh makan ngn bihun..
nak cuba ikut resepi ni la nnt..terliur..
nak cari la pes tu nnt..

Jemput ke blog saya..

http://norzuryati.blogspot.com

~perkongsian ttg kehidupan, tips kesihatan, tips kecantikan, tazkirah dan sebagainya..
moga bermanfaat

Aimi Fatimah said...

Tok cakap xelok mkn mkan laut ng darat skali..

Anonymous said...

Salam sejahtera semua. Ttg brand pes tomyam tu blog terengganukita beritahu ada kandungan khinzir. Wallahuallam.

Anonymous said...

Nmpk mcm msk padprik da...

che dai said...

Sedap ni. Nak cuba lah.

Post a Comment

Apa yang korang Fikirkan :