2 Jan 2014

Mi Wantan Dan Dumpling Ayam


Aku start teringin nak makan mi wantan ni sejak  LieyaLatif ngan Wawa Syaida post entry makan mi wantan kat Old Town White Coffee

Senang sangat nak buat. Aku refer kat blog Kak Jee cara nak buat mi wantan ni, tapi resepi yang aku share kat sini simple je.. Aku kan pemalas orangnye.. Haahaha !!

MI WANTAN 
Bahan-bahan :

Sepaket mi wantan
Dada ayam
Sawi
Kicap pekat
Serbuk pati ayam
Bawang putih
Minyak masak
Air untuk merebus

Cara : 

  • Rebus ayam, kemudian disiat-siat
  • Celurkan sawi
  • Hiris nipis bawang putih dan goreng hingga kekuningan. Minyak gorengan tu disimpan.
  • Celurkan mi wantan dengan air rebusan yang sama. Dah lembut trus bilas dengan air paip. Gaul mi dengan minyak gorengan bawang putih untuk mengelakkan daripada mi melekat. Kemudian gaul mi dengan kicap pekat dan serbuk pati ayam secukup rasa.
  • Hias dengan daging ayam rebus yang disiat, sayur yang direbus dan bawang putih goreng.



Mi wantan ni bertambah sedap bila dipadankan dengan dumpling. Biasa orang guna udang, aku guna daging ayam kisar jerk.

DUMPLING AYAM
Bahan-bahan:
Daging ayam kisar
Frozen mix vege - rebus dan dicincang halus
Serbuk pati ayam
2 sudu tepung ubi
Kulit wantan
Air masak sebagai pelekat

Cara : 

  • Satukan semua bahan kecuali kulit wantan dan air. Gaul hingga sebati
  • Bungkus bahan berkenaan di dalam kulit wantan. Untuk mengelakkan kulit wantan terbuka, titiskan air pada hujung punjut tuh
  • Kukus selama 20 minit.

Nak amik gambar-gambar mi ni sangat mencabar sebab anak sulong aku Afieq dok melalak meraung nak makan. Dia ingat mi wantan ni megi. Sibuk dok jerit "Abang nak makan megi tu !! Abang nak makan megi tu !!".. Haish terencat konsentrasi aku nak amik gambar.



Nota kaki untuk kengkawan : tima kasey sebab masih sudi datang menjengah kat sini walaupun aku jarang update blog & jarang gi jenjalan kat blog korang... Muahhhh bertubi-tubi kat pipi korang !!



9 Juta Kengkawan Dah Komen:

Sheila Salim said...

Assalamualaikum kak thanks share resepi wantan ni. fav sheila. dari start mengandung ni asyik teringin nak makan ni je. hehee pergi makan kat foodcourt memang tak sedap. kat old town pun tak sedap. nanti sheila nak cuba buat wantan ikut resepi akak. hehee. wantan yang biasa jual kat pasar malam sedap, tekstur dia besar dan berisi penuh. camne pulak kak? sama tak dengan yang ini? hehhee

cheesedan kejubakar said...

salam. uikh nampak sedap. teringin mencuba resepi ni..

Sura Mohd said...

respek ngan zura yg rajin masak camni..kaksura kalau camni makan kat kedai jelah..hehehe.
*nampak sedap!!

Jari Manis said...

Mak aihh..kenapa lah pandai masak sgt ni..rajin pulak tu...nampak sedap...nasih baik lah JM kenal ngan Zura...boleh lah copy semua resipi yg ada ni.tapi nk cuba tu belum tahu bila...JM ni tak rajin seperti Zura ni...petang2 ni lapar pulak bila tgk

cheesedan kejubakar said...

jemput berkunjung ke blog makan2 saya yea.. tq.

yana yani said...

zura ni suka buat orang tergugat iman tau
gambar pula cantik...waduhhh =)

anna hashim said...

best la kak zura...suka share resipi yg mudah :)

♥ Mrs. Secretary ♥ (FARAH) said...

Nyum...nyum... memang nampak sedap la zura.. nnti nk try buat ikut resepi zura,,. kita tgk menjadi tak..hehehe

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

sedapnya makan mi wantan dengan dumpling ayam.. selalu nak makan beli je sebab tak reti nak buat.. hihi.. boleh cub buat guna resipi zura lepas ni..

Post a Comment

Apa yang korang Fikirkan :