12 Jan 2014

Nasi Berlauk Kelantan


Nasi berlauk merupakan salah satu signature dish negeri Kelantan. so jangan hairan la kalau datang ke Kelantan, korang tengok banyak gerai makan jual nasi berlauk sebagai brefes. Tak payah tunggu tengah hari, pagi-pagi buta lagi korang dah boleh makan nasi. Lauknya macam-macam, ayam / daging bakar, gulai kuning ikan tongkol, gulai ayam / itik dan lain-lain.

Meh aku ajar cara nak masak gulai kuning ikan tongkol (kat kelantan ikan tongkol kitorang panggil ike ayo).


Bahan Kisar : 
Bawang merah
Halia

Bahan lain : 
Ikan tongkol - disiang dan dipotong 
Air secukupnya untuk kuah
Santan pekat
Asam gelugur - beberapa keping
Bawang putih - beberapa ulas dan dihiris nipis
Lengkuas - dihiris nipis
Bahan perasa secukupnya
Timun - dihiris kasar
Kacang panjang - dipotong panjang

Cara : (Style aku masak gulai ni, aku buatkan ikan singgang dulu. Lepas tu baru convert kepada gulai)
  • Ikan tongkol, air, asam gelugur, bawang putih, lengkuas, asam gelugur dan bahan perasa disatukan di dalam periuk. Didihkan hingga masak. Simpan di dalam peti sejuk semalaman supaya kuah meresap di dalam isi ikan.
  • Asingkan ikan daripada kuahnya
  • Satukan kuah ikan singgang, santan pekat, bahan kisar, asam gelugur, timun dan kacang panjang di dalam periuk dan didihkan hingga timun dan kacang panjang layu (guna api yang kecil sahaja supaya santan tidak pecah minyak)
  • Akhir sekali masukkan ikan tongkol yang telh masak ke dalam kuah dan tutup api.
  • Hidangkan dengan nasi panas dan sambal belacan.


Nasi berlauk gulai kuning ikan tongkol ni merupakan masakan terakhir aku di dalam kediaman bernombor 2-04, Apartment Seri Murni. Lepas brekfes kitorang bertungkus lumus kemas barang umah sebab berpindah ke tempat lain pulak. Dekat jela, 5 minit je daripada umah lama. Kengkawan semua ingat aku pindah balik klate bila aku cakap nak pindah.. Hahahaaha !!



15 Juta Kengkawan Dah Komen:

NinaAz said...

zuraaaaa.pindah mana wei. hehee
sedaknyoo gulai kuning niii. rajin la zura nihh

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

wah.. sedapnya zura.. :D

SecretOfShaila said...

Ya Allah,sedapnya tgk lauk tuuu...

Jari Manis said...

ikan tongkol ada dlm fridge tu smlm masak singgang je..hari leh try masak gulai lemak pulak..eeee..Zura masak lah apa pun semua nampak sedap..

Pindah umah..loh dekat je..tapi kenapa pindah..mesti dh beli umah tu ehhh

yana yani said...

sebelum ni p kelantan memang terkejut
pepagi dah makan nasi...hehe

ooo pindah ye, tak lama lagi turn saya pula =)

::EIDA:: said...

dapnyeeeeeeee.. tapi malas masak. okbaii. HAHA

Time Traveller said...

Mak aii.. terliuq la saya nie.. nak masak mana pulak nak dpt ikan tongkol time malam gini hahahah :D

Sheila Salim said...

Assalamualaikum kak zura. lama tak jejalan Kelate. hihi. tapi kita tak suka ikan batu ni. keras, isinya tak berapa nak kena dengan tekak. hihihi

Sura Mohd said...

sedaknya..nak sikit..:)

alialisa said...

wah..bila nak merasa oiii

lieyalatif said...

perghhh sedap! nampak senang gak kan...lieya nak cube laaa...eh lieya ni peminat masakan kelantan tau....sedap!

rupenye ade kenangan tersendiri lauk nieh....lahai....sayu plak lieya tgk pic kat balkoni rumah....lieya pun baru settle pindah2 kemas barang.....hope zura pun dah settle semuanye..ye ar nak mengemas pindah2 ni bukan kejap jek leh kemas kan....

Suria Lekatlekitgurl said...

mengoda sungguh gulai kuning ikan tongkol tu...

Cho Zila said...

akak suka gi Kelantan sebab makanannyer.. memang makanjer kejenye kalau gi sana.. ehm tiba2jer Zura ingatkan akak lama tak ke sana...
pindah rumah baru yang lebih selesakan...

lizz said...

nyum2 sedapnyer...nasi berlauk memang power sangat...nak try gak nanti la...
selamat berpindah kerumah baru yer...

Juls Julie80 said...

Assalam..salam ziarah..

terliur tgk lauk ni..lama dah x balik kpg mentua kat kelantan..rindu masakan dia..heheh

Post a Comment

Apa yang korang Fikirkan :