3 Mar 2014

Bukit Fraser : Pengembaraan Bermula

Tima kasey banyak-banyak untuk kengkawan blogger yang sudi bagi wish anniversary kitorang tempohari (klik SINI). Datang opis aku paksa bos wish pulak.. Hahahaha.. Sempena hari ulangtahun perkahwinan yang ke-6 ni, aku decide nak sambut kat Bukit Fraser. Sebenarnye aku plan nak gi tempat lain, tapi tak boleh amik cuti sebab aku kan belum confirm lagi, baru je ngam-ngam tiga bulan keje kat opis baru ni. Aku jadik excited nak gi Bukit Fraser lepas terbaca blog Eida ni. (klik SINI)

Seawal jam 5 pagi dh bangun settlekan semua benda dan kul 7 lebih kitorang gerak menuju ke Rawang. Kitorang amik jalan Rawang - Kuala Kubu Bharu sebab dekat, kalau lalu kot Raub jauh sikit. Padahal Raub tu laluan utama kitorang nak balik kampung, tapi ni kali pertama nak naik ke Bukit Fraser. Menyedihkan tol !

Perjalanan menuju ke arah utara.. 



Daripada highway PLUS, amik exit Rawang dan terus ke Kuala Kubu Bharu. Aku dok terjerit-jerit macam batak bila nampak signboard Bukit Fraser, maklum la dah lama tak bercuti kan..huhuhhuh



Atas saranan ramai blogger, kitorang singgah sekejap kat empangan Sungai Selangor masa dalam perjalanan menuju ke Bukit Fraser



Air kat empangan ni dah makin surut, patut la banyak tempat kat Selangor & KL kekurangan bekalan air



Indahnya betul suasana pagi di empangan ni



Cik puan blogger posing dulu sementara anak-anak dalam kete



Amik gambar sekeluarga pastu cepat-cepat blah sebab perjalanan masih jauh lagi



Sana-sini kesan hutan terbakar



Beberapa kilometer daripada empangan tadi, jalan start berliku-liku. Walaupun jalannya dua hala, tapi sempit sangat. Kalau naik ke Cameron Highland mungkin tak terasa pening sangat sebab kereta bergerak slow je disebabkan jem, tapi jalan ke Bukit Fraser ni clear je tak banyak kete, so kete kitorang boleh bergerak laju tu yang terasa pening-pening lalat. Kalu masa ni aku ngandung ni kompom dah muntah ijau sampai terkeluar bijik mata



Dekat pintu gerbang ni ada sebuah rest house dinamakan Gap, cantik tapi pembinaannya terbengkalai. Dalam entry lain aku cerita pasal the Gap ni. Sekarang ni dah takde jadual naik turun macam dulu. Sekarang jalan naiknya dekat pintu gerbang ni sahaja, jalan turunnya ada laluan lain. Pendakian ke Bukit Fraser bertambah mencabar sebab jalannya bertambah sempit dan bengkang-bengkok



Setelah melalui pendakian hazab selama sejam lebih, kami selamat sampai di puncak Bukit Fraser pada lebih kurang pukul 10.40 pagi



Bersambung...


10 Juta Kengkawan Dah Komen:

Yana Yani said...

arghh...bersambung pula
tak sabar nak nak baca sambungan

tak penah lepas lagi ke sana
kot lepas ni tergerak hati juga ke sana =)

Sheila Salim said...

Assalamualaikum kak zura. semalam keluar jejalan kat kuala selangor tu nampak banyak hutan terbakar. sana sini bomba datang. kering sungguh tanah sampai terbakar kan.. heee bestnya g Fraser Hill. cepat sambung kak. sheila tak pernah jejak sini. kuikuikuiiiii ~~~

Ibu Siti said...

aiseh..potong betul..bersambung plak...ko saje je kan...

Mizz Aiza said...

tak sabar bak tunggu sambungannya zura..

wawa syaida said...

wow...macam best ni akak...wawa pun xpernah sampai lagi bukit fraser...dok tengok gambar je...nanti posing banyak-banyak tau kat rumah ala2 inggeris tu

Rinna said...

Selalu tgk kat tv jer.. tak pernah plak sampai ke sana.. cam menarik jer.. :)

Sura Mohd said...

tengoh syok baca bersambung pulakk..adehh zura ni potong stim laa...hihi..
kaksura pernah pergi masa sekolah rendah dulu..masa tu memang best..dah tua ni x der la pergi lg..:)

lieyalatif said...

sumpah cantik view semua...sejuk mate memandang tgk semua kehijauan semua nieh...nyaman mate hah....sane sejuk lagi tak zura...bestnye dok area sejuk2...dah le skrang cuaca panas...cepat update seterusnya nanti leh lieya tergoda gi sane gak...mmg tak penah sampai sane lagi...

Ann said...

alamakk..jalan benkak bengkok yg pening eh...ni yg berat hati nk pergi ni..baru td excited..

FarahFerraDotCom said...

fuh mmg best la review zura.. buat farah rasa teruja jer nak pergi sini jugak.. =D

Post a Comment

Apa yang korang Fikirkan :