20 May 2014

Nasi Gulai Kawah


Cuti raya Cina lepas abang ipar aku telah bermurah hati belanja kami sekeluarga makan nasi gulai kawah. Kedai ni terletak di tepi bendang Padang Pak Amat, Pasir Puteh dan takde dinding supaya pengunjung dapat merasai tiupan angin bendang yang nyaman ketika makan. Biasa beli bungkus jer, 
kali ni try makan kat sini pulak


Muka menahan kelaparan..

Makanan dibawa menggunakan talam / dulang besar, ala-ala hidangkan makanan kat kenduri kahwin zaman dulu-dulu kan...

Menu lauk pauk kampung yang lengkap


 Star of the day - gulai kawah. Gulai kawah ni bukan kari ye, sejenis gulai menggunakan rempah khas. Asalnya gulai kawah ni dihidangkan dalam kenduri kahwin sahaja, tapi dah dikormesilkan sebagai menu utama kedai. Campuran daging, segala organ dalaman lembu (hati, limpa, paru, perut), dan umbut kelapa. Aku sengaja pilih daging yang ada lemak sajer.. Sedap oitt !!


Labu sira sebagai pencuci mulut. Kering sikit sebab tak berkuah langsung. Aku lagi terer buat.. hahaahaha 


 Makan makanan klate wajiblah ada ulam-ulaman dan ikan panggang cicah budu


 Solok lada dia banyak betul inti.. Lada dia kurus jer... hahahaa !!


Teresek - unik kan nama dia. Ni kerabu jantung pisang klate style yang dicampur dengan kaki ayam dan agak berkuah. Aku tak tau cara masak dia, huhuhhuh !!


 Ayam percik


 Ikan percik


 Ikan cencaru bakar sumbat belakang. Ikan ni besar betol !!


Makanan dibahagikan kepada dua hidangan maklumlah ramai kan rombongan kitorang.. Gulai kawah tu request extra semangkuk lagi sebab sedap sangat...


 Aku tengah transfer air kelapa masuk botol. Anak-anak meragam nak tido, aku bagi je air kelapa buh dalam botol.. wahahaaha !!


Tokey of the day.. Tima kasey Abe Yie belanjo makey arituh... Total damaged aritu dia cakap tak sampai seratus ringgit pun. Tengok tulang ikan cencaru tu, besar kan..

Pemandangan indah depan kedai - sawah yang terbentang, bukit bukau segala... Lepas makan kompom ngantuk sangat sebab ditiup angin bendang yang sepoi-sepoi bahasa...


OK nak lari pecut 100 meter ke blog korang pulak.. Muahhhh muahh !!





16 Juta Kengkawan Dah Komen:

alialisakreatif.blogspot said...

kenyang oii tengok lauk tu

Izzati Amira said...

sedapnya solok lada... *telan liur , kecur liur*

Jari Manis said...

kenapalah jauh sgt kedai gulai kawah ni..masakan kg mcm ni mmg idaman JM...errummmm sedapnya ada ulam2 lagik

Unknown said...

woo sedapnyw zura.. kami ni x pernah jumpe teresek n labu sira tu? kena g klantan nih hihi

Yana Yani said...

dekat kuala lipis pun gulai kawah ni selalu ada time kenduri
buat saya lapar sebab dah tak makan gulai kawah!
sedapnya zura...lapa

Sura Mohd said...

kaksura meme brehi gulai kawah ni..terliur la wehh...:)

shazillahsani.com said...

wow sedapnya...lauk dia bikin terliur...hihihi..☺☺☺

lieyalatif said...

tak lebih 100? perghhh mmg murah kan kat sane...syok mcm tu.... adik aku dulu die student nurse, suke gile kalo dpt praktikal kat klate....murah katenye bab makan...aku ni pun impian aku nak cuti kat klate...nak jjcm kat sane.....

best suasana kedai mcm tu...open air...pastu lauk2 kg...perghhhhh mmg nikmat la menyuap nasi kekdahnyerrrrr...

kakitravelkhairuddin.blogspot.com said...

wah..sedap...telah menjadi pengikut anda 119

Unknown said...

Tgk gulai kawah, sira labu ngan ayam percik tu meleleh2ailior huhuhu....sedap tuuu, windu masakan klate ^_^

FarahFerraDotCom said...

awat la jauh sangat..kalau dak boleh p try..=D

Alham said...

oit...oit...nak kena g jugak ni kedai ni...masuk dale senarai..

kakitravelkhairuddin.blogspot.com said...

blogwalking....menunggu entri terkini anda.

suria lekatlekit said...

tak mampu berkata kata hanya mampu telan air liur je zura... kekekekeke

My Daily Workout Progress said...

sangat sedap dan unik makanan tu

mysha said...

Hadoiiii terliur nengok pinggan ulam tu..!!!

Post a Comment

Apa yang korang Fikirkan :