11 May 2014

Yey Balik Kampung !!

Arini nak cerita pasal makan-makan masa balik kampung cuti 1 Mei haritu. Cuti kali ni jalan tak sesak langsung. Biasanya asal cuti lebih daripada 3 hari je kompom jalan kat Kelantan tu jem teruk. Mungkin orang simpan cuti nak balik kampung hujung bulan ni kot, kan hujung bulan ni start cuti sekolah. Kitorang gerak kul 10 malam lebih, kul 6 pagi dah sampai kampung mak aku.

========================================================================
1 Mei 2014 - Khamis


Bila stay kat umah mak aku, acara wajib kitorang adalah gi makan sup belut kat pekan Pasir Puteh. Kali ni tukar kedai lain pulak konon nak tukar selera. Hampeh je rasa dia, tak mantap macam sup belut yang kitorang biasa makan tu, tawar je, belut dia pun kecik kecik. Sup yang mantap tu boleh refer kat SINI


========================================================================

2 Mei 2014 - Jumaat


Arini pindah tido kat umah mak mertua aku kat Wakaf Bharu pulok. Ni yang best ni kahwin satu negeri, boleh tukar-tukar umah dalam masa sehari. Hahahaha !! Sebelum tu kitorang singgah kat Pengkalan Kubor Kejap. Pengkalan Kubor ni setengah jam je jarak daripada umah mertua aku, tapi dah dekat 4 tahun tak datang sini. Hahahaahah !!



Turun je kereta kitorang lalu depan kedai mainan, trus si sulong ni buat-buat berat kaki nak melangkah. Amboi, taktik sangat ok !! Mr.Lee memang lembut hati sangat kalau anak mintak belikan mainan.



Afieq berjaya pow Mr.Lee belikan set Thomas & Friends ni. Kalau kat KL mungkin cecah seratus lebih kot, kat sini kitorang dapat harga RM55 jer. Aku nak tengok berapa lama mainan ni bertahan tanpa cacat cela. Anak-anak aku ni sekejap je elok, pastu dicampak-campak mainan tu sampai terburai semua sendi.



Kalau dah sampai sempadan wajib la usha toto kan.. 



Peralatan dapo yang murah. Kalau korang nak yang betul-betul murah, korang bawak kawan yang terer kecek klate / memang ore klate untuk tolong bargain harga bagi pihak korang. Aku tak beli pun aritu. Nanti kalau aku nak beli kuali tu aku nak bawak mak mertua aku sebagai jurubahasa, hihhihih !!



Cuaca kat Pantai Timur ni sangat panas berdengung. Anak-anak aku pakaikan baju tayang ketiak je sepanjang dok kat kampung.



Berhenti makan mee cambo atau mee celup di kedai depan pintu pagar kawasan bebas cukai nih. Mee cambo ni guna kuah sup campuran pelbagai fishbal, fishcake dan macam-macam ball yang frozen tuh. Makanan ni biasanya hanya boleh didapati di kawasan sempadan Malaysia -  Thailand dan di dalam negaraThailand sendiri.




Kalau order mee cambo / mee celup pelayan akan bagi sebekas penambah rasa cam serbuk cili, air cili, kicap cair dan cili jeruk.




Buh cili banyak-banyak baru best. Sampai merah menyala kuah aku. Pulun sampai basah badan berpeluh. Sedap nye lahai !!!




Kiri kanan aku usung toto, tapi semua tu yang orang kirim. Untuk sendiri takde pun. Yang kaler merah tu aku dapat harga RM39, yang kecik sikit tu RM20 je. Mungkin sebab tak ramai pengunjung, so peniaga-peniaga tak kesah yang bagi harga yang betul-betul murah. Kalau sesak ngan pengunjung, aku cakap klate pekat pun dorang tak bagi harga murah sangat pun.



Kan betul aku cakap tak ramai pengunjung, lengang je kan. Kalau biasanya asal public holiday je mesti menangis air mata darah nak berebut parking.



Singgah beli satey ikan atau lok ching kat pasar Wakaf Bharu. 6 cucuk singgit. Aku beli RM10 makan ramai-ramai ngan anak-anak sedara Mr.Lee. 



Sebelah malamnya ada acara BBQ buat kat umah pakcik Mr.Lee. Adik-beradik mertua aku ni tinggal sebelah menyebelah umah jer. Satey ikan pun ada. Beli frozen je lagi jimat. Aku plan nak beli jugak wat balik KL banyak-banyak, tapi boleh pulak lupa. Ciss !!

========================================================================

3 Mei 2014 - Sabtu

Orang-orang kat umah mak mertua aku ni semua sibuk join Karnival Sukaneka, sampai sunyi sepi umah. Mr.Lee pun ajak aku keluar gi jalan-jalan kat Kota Bharu. Kitorang ni sangat sangat jarang keluar ke KB kalau balik kampung, keluar hanya bila ada urusan penting jer. Kalau aku drive sorang kat KB tu kompom aku sesat.. huhuhuh.. Port lepak kitorang aritu ialah Pasar Besar Siti Khadijah.

Plan asal nak belikan selipar kat Afieq, sekali beli untuk Ashraaf jugak. 



 Cuci mata tengok barang



Pelbagai pilihan kain batik lukis yang chantek-chantek. Peniaga-peniaga kat situ siap speaking KL lagi ngan aku, dorang ingat aku pelancong agaknye.. Wahahahaha !!



Singgah makan kat foodcourt atas pasar tuh. Nasi sup perut. Yumm yumm !!



ABC yang comel penuh bahan ni cuma RM1.50 je. Gile murah !! This is Kota Bharu baby !!!


========================================================================

4 Mei 2014 - Ahad


Arini bertolak balik KL. Lepas bawak Afieq buat pemeriksaan kesihatan kat Klinik Kesihatan Wakaf Bharu atas cadangan famili mertua aku then kitorang gerak. Jenuh nunggu keputusan darah, last sekali doktor cakap darah tadi dah beku dan nak kena amik darah lagi sekali. Hangin pulak aku dengar, malas nak cakap banyak, Mr.Lee blah je daripada klinik tuh. Tadi masa amik darah pun doktor pelatih tu terkial-kial tak jumpa cari salur darah yang betul.

Aku drive start daripada Wakaf Bharu sampai ke Merapoh. Aku tak kesah pun kalau Mr.Lee suruh drive sampai ke KL asalkan jangan dalam keadaan gelap. Jalan Gua Musang tu kan takde lampu jalan, mata aku jadi tertumpu kat lampu kereta dihadapan je buat mata aku sakit, sebab tu aku tak suka drive kat jalan tu waktu malam. Jalan lancar je tak jem, cuma jadik slow kat beberapa kawasan yang terlibat dengan aktiviti pembaikpulihan jalan.



Di pertengahan jalan, singgah beli petai dan jeruk buah banyak-banyak. Jeruk tu Mr.Lee sorang yang makan, aku tak minat sangat.



13 Juta Kengkawan Dah Komen:

Jari Manis said...

bestnya blik kg terutama kelantan...dh le semua barang murah termasuk makanan yg pelbagai jenis dan sedap...jelez i ouls..try kenyit2 mata kat ore kelate tapi tak ada respond ahahah

Liza Razak said...

huwaaaa....lama betul tak pergi pengkalan kubor...best kan shopping kat situ..jeles !!

Sura Mohd said...

zura berjaya buat kaksura jeles...waaa..nak ikuttt..kaksura pun lama dah tak pergi Pgkln Kubor..memang menangis nak parking kalau pergi time cuti..terlir wehh..tengok mee tu..

Alham said...

akhirnyaaaaaaaa......muahahahaha update lagik...

cheesedan kejubakar said...

bestnye dlm shoping kelantan.. kalu g kelantan menu utama wajiib cuba n cari ialah Nasi Kerabu hahaha
...

yana yani said...

sup belut! geli mendengarnya! sedap ke zura?
wah, penuh aktiviti ye kat sana
tak tahu nak balik kelantan, kalau tak nak order toto juga...hehe

Love Umi said...

hai salam kenal zura...umi pun org klate gak..husband pun sama...tgk review pasal mknan klate ni buat umi rasa nak lompat balik kg je uhuhuhu... :)

♥ Mrs. Secretary ♥ (FARAH) said...

Wah bestnya cuti blk kg Zura... part makan2 n shopping tue paling best..Ermm bila nk bawa farah p kelantan nie... =D

lieyalatif said...

fuhhh telan air liyo tgk pic ko satu2.....semua mee jek hah...mmg menggoda iman betul...aku ni bab2 mee mmg kalah..... aku puase ko tau tgk pic ko ni....lagi2 ABC tu...mmg menggugat iman betul .....

syok kan harga murah jek abc tu....kalo kat sini jgn harap le nak dpt....tgk ko borong mcm2 pun dah tau dah mmg berbaloi ngan duit.....untung ko pergi time org tak ramai..takde laa belecak tiak berebut parking, berhimpit2 soping kan....aku suke kalo situasi mcm ni....so dpt pilih barang dgn aman....

seumur hidup aku takpenah makan belut...tapi kalo ade depan mate mcm sup belut ko ni aku bedal jek...aku berani jek cube...sbb belut ala2 mcm ikan keli jek aku bygkan heheheeheheheh

mysha said...

Amboi sronok ek balik kg... tgk gambo kedai mainan tu, usah kata bebudak, sha sendiri rasa xcited lebey hehehhee... Nak kirim kuali satu leh tak ekekeke..

Makanan pantai timur mmg sedap2 kan!! Sha pun klo balik belah sana asik makan jer krojenyer hahahhaa

anna hashim said...

hamboi kak zura...syok nye...ana hjg bln nnt pi jalan2 heheheee :)

Suzana Ikram said...

Salam singgah kt sini Zura.. Pertama kalinya tengok blog Zura rasanya. Zana x pernah lg jejak kaki ke Kelantan. Seronok tengok barang2 menyoping..murah2.

Time Traveller said...

Seronok nyer aktiviti balik kampung dia.. dari shopping sampai bbq semua2 tu menarik okay hahahaa :D

Post a Comment

Apa yang korang Fikirkan :