15 Jul 2013

Laksam Kelantan



Sabtu aritu aku buatkan laksam Kelantan sebagai juadah berbuka puasa kitorang. Aku selalu buat sendiri laksam ni. Sebagai anak jati Kelantan (walaupun dilahirkan kat Pahang), harus la aku memaster'kan diri masak makanan tradisional negeri Kelantan, gitteww... Aku start buat sejak tahun lepas, bila aku tengok anak-anak cam tak puas je makan laksa yang aku beli kat pasar malam. Dengan semangat ibu mithali, aku pun start masak sendiri je laksam nih. Jenuh la google sana sini resepi laksam. Kalu kat Kelantan senang, beli je laksam segera yang dijual timbang kilo kat pasar, balik umah tinggal buat kuah jerk. Kt KL mana nak cari kan...

Resepi Laksam (Kredit kepada Yani):
3 1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
4 cawan air suam
Garam secubit rasa

-  Sukat tepung dan air guna cawan yang sama ok. Pastu campurkan semua bahan di dalam satu bekas. Adunan ni dapat menghasilkan lebih kurang 10 gulung laksam, bergantung kepada kebesaran cawan korang. Lagi besar cawan, lagi banyak la laksam korang akan dapat.. Aku guna cawan kecik je, tu pun dah dapat 9 gulung laksam.. Jenuh nak habiskan sebab kitorang berdua je yang dewasa kat umah tuh, anak-anak bukannya boleh makan sebanyak makbapak dorang kan...

Panaskan pengukus. Sapu minyak kat permukaan loyang, pastu tuangkan adunan tepung ke atas loyang tuh.

Bila tepung dah menggelembung kat bahagian tepi, tu tandanya laksam dah masak (estimate time 3-5 minit), keluarkan dan biarkan sejuk.

Tengok laksa ni, elok je takde pecah-pecah.  Petua nya tunggu BETUL-BETUL sejuk baru gulung. Dulu aku pernah gak gulung masa tengah suam-suam kuku, sekali laksam tu melekat lagi kat loyang, pastu laksam jadik menggerutu, burok bebenor !!



Resepi Kuah (ni aku terjah je buat sendiri):
Beberapa ekor ikan sardin (lagi banyak lagi sedap)
Beberapa biji bawang merah
Seinci halia
Sekeping asam gelugur
Santan
Gula, garam dan sos ikan (boleh ganti ngan serbuk pati ikan bilis)

- Ikan sardin tadi rebus sehingga masak. Lebihkan air rebusan. Bila ikan dah masak, buang tulang dan tumbuk kasar. Aku tak kisar macam orang lain baru la terasa ketulan ikan rebus tuh dalam kuah.
- Kisar lumat bawang merah, halia dan air rebusan ikan tadi.
- Masukkan bahan kisaran, asam gelugur dan santan ke dalam periuk. Masukkan terus gula, garam dan sos ikan.
- Bila kuah dah mendidih, masukkan isi ikan yang ditumbuk kasar tadi, pastu tutup air. Jangan dibiarkan santan mendidih lama sangat nanti pecah minyak tak sedap pulak.
- Aku selalu gak tambah fishball dan sosej dalam kuah, baru la urban, hahaahahah !!


Resepi sambal cili kering:
Cili kering - dicelur
Air suam
Gula dan garam

Kisar lumat semua bahan.


Ulam-ulaman:
Bunga kantan
Kacang panjang
Kobis
Daun kesum

Semua bahan dihiris halus


Masa nak makan tu aku tambah telur rebus sebijik sorang


Yummy mummy !!


Ketulan-ketulan isi ikan di dalam setiap suapan.. Wallah !!!!!!



18 Juta Kengkawan Dah Komen:

wawa syaida said...

aduhai sedapnye...isi ikan berketul2 tu yg best...dah buat sendiri boleh lah kan nak ikut selera letak isi ikan banyak2...bestnya...adeh tak leh jadi ni...balik weekend ni nak kena gi mencari :)

Sura Mohd said...

wahhh...sedaknya...akak x pernah buat laksam..nanti boleh la akak cuba..hehehe..

Mizz Aiza said...

memang buat aiza terliur.. berbakat memasak la zura ni.. dulu masa aiza belajar di terengganu selalu juga makan laksam ni masa sarapan pagi, sebungkus RM1 je.. lagi satu aiza suka makan nasi kerabu.. kat sini susah nak jumpa laksam dan nasi kerabu yang rasanya asli macam di kelantan di terangganu kan..

rubi ah said...

pestime tgok laksam mkn nga telo kak gojess wehh..hihi

alialisa said...

tak pernah makan ler zura. Tapi tengok cara zura masak tu teringin dowh...

lieyalatif said...

laksa yg menjadi peberet lieya...tapi tak penah buat sebab renyah nye nak buat mee die hohohoho...

teliur i ari tau tgk pic laksam di zoom2 ekeekekekek

Rizal Slaughterheart said...

laparnya tgk entry ni... dah la tadi tak sahur... hehe

Firdawati Rashidi said...

Kecur mulut tgk laksam ni,..

misz sheyla said...

adeh...terliur lak tgok entry ni...belum kul 2 lagi ni...

♥ Mrs. Secretary ♥ said...

Zura!!!! Fav farah tue laksam.. tapi tak pernah buat selalu beli jer.. nnti nk try buat la guna resepi zura nie..Thanks dear.. ;p

Ibu Siti said...

hokay...aku memang suka resepi kau nie..sangat senang nak paham...tapi aku rasa ko tipu aku nih...sambal tu tulis cili kering, air, garam gula je..tapi nape sambal ko tu de benda hijau2?? kenapa..kenapa...eh, sambal tu takyah masakkan eh? segera aku nak try nie...

Zura Lee said...

Tima kasey yerk kengkawan blogger semua sebab terliur..berjaya gak misi buat korg menjejes air liur.. hahahaaha !!!


Ibu Siti : takyah masak sebab dah guna air suam. Aritu aku campur cili padi ijau sikit.. Cisss tajam betul mata kauuuu !! Hahahaaha !!

~SaTo OrEo~ said...

ok zura.. benciiii tepek gambar laksam time2 ni..huhuh..teringat masa kecik mmg slalu tgk ma buat laksam neh..

aku rasa mcm nak jadi jiran ko jek..leh dpt free sepinggan dua..hahahaha..

::EIDA:: said...

huwaa pandainyeee buattt.. hubby ida suka laksam. ida tak pernah makan, percaya takk? hehehhee

❤Kamsiah❤ said...

masa kenduri nak sambut posa baru ni..akak buat sekilo setengah tepung beras..kukus dari jam 4 pagi hingga 11 pagi huhu...guna satu pengukus ja...

Tetamu Istimewa said...

Assalamualaikum, singgah kali pertama dan follow. Salam Ramadan. Macam sedap je, laksam ni. Dah lama tak makan laksam.

SecretOfShaila said...

alamak...terliur tgk...done follow sini..^^

nik ros said...

rajinyer masak. mmg semua nampak sedap. dah lama tak mkn laksam..

Post a Comment

Apa yang korang Fikirkan :